Tiang Aren dan Kelirieng: Penanda Budaya dan Spiritualitas Masyarakat Orang Ulu di Sarawak

Tiang Aren dan Kelirieng
Kongsi Artikel ini

Dalam konteks kajian budaya & antropologi di Malaysia, Sarawak merupakan antara wilayah di Malaysia yang kaya dengan warisan peribumi yang masih hidup & diamalkan hingga kini. Salah satu aspek yang menonjol ialah seni ukiran kayu yang bukan sahaja mempamerkan nilai estetika tinggi, malah mengandungi simbolisme mendalam berkaitan struktur sosial, kepercayaan spiritual & peranan ritual dalam komuniti.

Antara struktur budaya yang berjaya mencuri perhatian kami ialah kewujudan struktur kayu menegak yang dikenali sebagai Tiang Aren (Carved Ceremonial Pole) & Kelirieng (Burial Pole). Walaupun nampak serupa, kedua-dua struktur ini mempunyai fungsi & makna simbolik yang berbeza dalam konteks sosial dan spiritual masyarakatnya.

Memahami kedua-dua struktur ini bukan sahaja membantu kita menghargai kompleksiti adat masyarakat Orang Ulu, malah memberi gambaran lebih luas tentang bagaimana masyarakat ini menangani soal kehidupan, kematian & hubungan dengan alam ghaib.

Artikel ini akan menelusuri sejarah, fungsi serta kepentingan Tiang Aren & Kelirieng sebagai lambang identiti budaya yang unik dan tidak ternilai.

Apa itu Kelirieng & Tian Aren

Kelirieng: Tiang Pengebumian Golongan Bangsawan

Kelirieng (tiang pengebumian), merupakan manifestasi budaya pengebumian masyarakat Punan; secara tradisinya memperuntukkan struktur ini untuk individu berstatus tinggi seperti ketua adat, pahlawan atau orang kenamaan dalam komuniti. Secara struktural, kelirieng diperbuat daripada kayu keras seperti belian, dipahat dengan pelbagai motif mitologi serta ukiran yang memperingati si mati.

@projektravel

Tiang Pengebumian atau Kelidieng ini berasal dari Kampung Sungai Ud di daerah Dalat dan telah dibawa ke #MuziumSarawak pada tahun 1962. la diperbuat daripada kayu Belian & seringkali dikaitkan denqan upacara pengebumian sekunder kaum Melanau. Tinggalan tulang si mati dipindahkan daripada keranda sementara (pengebumian primer) ke dalam tempayan yang seterusnya diletakkan di dalam ruang pada bahagian atas kelidieng. #Sarawak #CutiCutiMalaysia #Borneo #TikTokTravel #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak #borneoculturesmuseum

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Mayat tidak dikebumikan di tanah, sebaliknya diletakkan dalam peti kayu yang dinaikkan ke atas kelirieng. Ia melambangkan penghormatan tertinggi dan keyakinan bahawa roh si mati akan lebih mudah mencapai dunia roh yang abadi. Dalam falsafah kepercayaan mereka, kelirieng berfungsi sebagai perantara antara dunia nyata & alam spiritual; mencerminkan hubungan erat antara manusia & kosmos dalam kosmologi Orang Ulu.

Tiang Aren: Simbolik Upacara dan Identiti Komunal

Berbeza dengan kelirieng, Tiang Aren tidak digunakan untuk tujuan pengebumian. Sebaliknya, ia memainkan peranan penting dalam konteks upacara adat, perayaan keagamaan, atau peristiwa ritual yang melibatkan komuniti. Ia biasanya dipahat dengan wajah-wajah manusia, makhluk spiritual, atau corak kosmik; dipercayai mempunyai kuasa perlindungan & simbolik hubungan dengan nenek moyang.

@projektravel

Kisah disebalik Tiang Aren (Carved Ceremonial Pole). Mamat atau Kramen merupakan sebuah struktur tiang kayu berukir yang digunakan untuk sesuatu upacara / festival bagi masyarakat orang Ulu di Sarawak pada zaman dahulu. 📍 #KampungBudayaSarawak #Sarawak #CutiCutiMalaysia #TiangAren #MalaysiaTrulyAsia #ProjekTravel #PTxSarawak #NgajatLesong #SarawakCulturalVillage #OrangUlu #Borneo

♬ original sound – ProjekTravel – ProjekTravel

Tiang Aren bukan sahaja berperanan sebagai penanda lokasi atau ruang suci, malah menjadi lambang identiti kolektif, memori sejarah & ekspresi artistik masyarakat Orang Ulu. Ia juga memperlihatkan kehalusan dalam teknik ukiran, menunjukkan bahawa seni bukan sekadar hiasan tetapi juga wadah penyampaian nilai, hikmah & warisan turun-temurun.

Kepentingan Warisan Ukiran dalam Konteks Moden

Dalam era globalisasi yang semakin mendesak, pemeliharaan elemen budaya seperti Tiang Aren dan Kelirieng menjadi semakin penting. Kedua-dua struktur ini mencerminkan kepercayaan spiritual dan sistem sosial, serta menjadi rujukan penting dalam kajian antropologi dan etnoarkeologi. Ia memperlihatkan bahawa komuniti seperti Orang Ulu telah lama mempunyai sistem pemikiran yang kompleks berkenaan kematian, spiritualiti, serta struktur sosial.

Oleh itu, usaha mendokumentasi, memelihara dan mempromosikan struktur ini kepada generasi baharu harus dipandang serius. Ia bukan sekadar melindungi warisan fizikal, tetapi juga memelihara jati diri, nilai dan falsafah hidup masyarakat asal Borneo.

Kesimpulan

Tiang Aren dan Kelirieng bukan sekadar artifak kayu berukir di pedalaman Sarawak. Ia merupakan warisan budaya hidup yang mencerminkan struktur sosial, kepercayaan spiritual dan seni ukiran halus masyarakat Orang Ulu. Memahami perbezaan fungsi dan makna kedua-duanya penting untuk menghargai serta melestarikan budaya pribumi Malaysia yang kini kian terancam.

BACA: Hari Gawai Dayak di Sarawak: Simbol Spiritual & Warisan Leluhur

Simpan dan kongsikan artikel ini sebagai satu usaha kecil dalam menyebarkan kesedaran budaya. Jangan lupa ikuti media sosial Projek Travel. Temui lebih banyak kisah autentik tentang sejarah, budaya dan destinasi unik di Malaysia dan Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *