20+ Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025

Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025
Kongsi Artikel ini

Senarai Tempat Menarik di Negeri Sembilan 2025

Sepertimana yang kita tahu, Negeri Sembilan sering dikaitkan dengan adat perpatih dan seni bina Minangkabau yang unik. Tapi korang tahu tak, negeri ni sebenarnya mempuyai banyak lokasi percutian menarik.

Sama ada korang plan nak bercuti dengan keluarga, BFF atau solo trip, negeri ini menawarkan gabungan alam, budaya dan rekreasi moden dalam satu destinasi. Artikel ini senaraikan lebih 20 tempat menarik di Negeri Sembilan terkini 2025 untuk korang explore, lengkap dengan info lokasi dan waktu operasi.

Tempat Menarik di Negeri Sembilan

1. Taman Negeri Kenaboi

📍 Jln Kampung Ulu Kenaboi
🕒 8.00 AM–5.00 PM

Sebuah destinasi wajib bagi pencinta alam! Korang boleh buat aktiviti seperti jungle trekking ke Jeram Berungut, berkhemah, berkayak, meneroka Gua Harimau dan mandi air terjun yang menyegarkan.

2. Kompleks Taman Seni Budaya (Seremban Cultural Complex)

📍 Sungai Ujong, Seremban
🕒 9.00 AM–5.00 PM

Nak kenal budaya Negeri Sembilan? Datanglah ke sini! Rumah adat Minangkabau yang ikonik, muzium artifak, dan bengkel permainan tradisional semua ada.

3. Pantai Blue Lagoon

📍 Jalan Tanjung Tuan, Port Dickson

Pantai tenang dan terlindung ini sesuai untuk aktiviti seperti snorkeling dan melihat matahari terbenam. Sempurna untuk yang nak ‘healing’ jauh dari kesibukan.

4. Pantai Saujana

📍 4th Mile, Port Dickson

Pantai ini popular dengan aktiviti air seperti jet ski dan banana boat. Nak berkelah atau berkhemah pun best kat sini – ramai datang lepak waktu malam.

5. Pantai Cahaya Negeri

📍 Port Dickson

Terkenal dengan “Lover’s Bridge” yang ikonik, pantai ini jadi lokasi pilihan untuk fotografi pre-wedding dan juga aktiviti memancing.

6. Pantai Teluk Kemang

📍 Taman Intan Perdana, Port Dickson

Pantai paling popular di PD! Banyak aktiviti air, boleh tunggang kuda tepi pantai dan nikmati kemudahan lengkap termasuk gerai makanan.

7. Gunung Datuk

📍 Kota, Negeri Sembilan

Khas untuk pendaki tegar! Dengan ketinggian 884 meter, pendakian 2–3 jam ke puncak memberi ganjaran pemandangan yang luar biasa.

8. Masjid Negeri Sembilan

📍 Seremban
🕒 5.00 AM–10.00 PM

Masjid ikonik dengan seni bina Minangkabau moden. Lokasi tumpuan ibadah dan aktiviti komuniti, terutamanya pada hari Jumaat dan Ramadan.

9. Masjid Diraja Tuanku Munawir

📍 Seri Menanti

Masjid bersejarah yang berdekatan dengan Istana Lama dan Makam Diraja. Seni bina campuran Moghul dan Melayu lama menjadikannya unik.

10. Masjid Jamek Seremban

📍 Seremban
🕒 5.00 AM–10.00 PM

Masjid tertua di Seremban yang tersenarai di bawah Akta Warisan Kebangsaan. Reka bentuknya lebih mirip masjid-masjid lama di Melaka.

11. Masjid Sri Sendayan

📍 Bandar Sri Sendayan
🕒 5.30 AM–10.00 PM

Antara masjid tercantik di Malaysia! Luas dan moden, lengkap dengan perpustakaan, bilik kuliah dan sering jadi lokasi akad nikah.

12. Lata Kijang

📍 Hutan Simpan Kenaboi

Air terjun setinggi 80 meter ini sesuai untuk yang sukakan cabaran. Nak ke sini, kena trekking sekitar 4km – tapi berbaloi!

13. X Park Sendayan

📍 Bandar Sri Sendayan

Taman rekreasi keluarga dengan aktiviti seperti go-kart, ATV, flying fox, wall climbing dan banyak lagi. Sesuai untuk keluarga & team building.

14. Jelita Ostrich Farm

📍 Jalan Jelebu, Seremban

Ladang burung unta pertama Malaysia! Selain belajar dan memberi makan, korang boleh cuba naik burung unta kalau berat kurang 75kg.

15. Cape Rachado Lighthouse

📍 Tanjung Tuan Recreational Forest
🕒 9.00 AM–6.00 PM

Rumah api tertua di Malaysia. Dari sini, korang boleh lihat pemandangan Selat Melaka yang mengagumkan selepas hiking ringan.

16. Teratak Za’ba

📍 Batu Kikir
🕒 10.00 AM–5.00 PM

Muzium mini yang menampilkan koleksi tokoh bahasa Melayu moden, Pendeta Za’ba. Untuk pencinta sejarah dan bahasa, ini destinasi penting!

17. Extreme Park Port Dickson

📍 Mukim Pasir Panjang
🕒 10.00 AM–7.00 PM

Aktiviti lasak untuk dewasa dan remaja – dari go-karting ke paintball. Seronok untuk outing korporat atau aktiviti keluarga.

18. Kota & Muzium Lukut

📍 Taman PD Jaya, Port Dickson
🕒 9.00 AM–5.00 PM

Tapak sejarah Kota Lukut kini menjadi muzium dengan galeri menarik berkaitan sejarah perlombongan dan kehidupan tradisional. Masuk percuma!

19. Pasar Tani Kuala Pilah

📍 Kuala Pilah
🕒 Sabtu, 7.00 AM–12.00 PM

Nak rasa suasana kampung? Di sinilah tempatnya! Jual hasil tani, makanan tradisional dan kuih tempatan yang susah nak jumpa di bandar.

20. Taman Tasik Seremban

📍 Taman Tasek Seremban
🕒 8.00 AM–10.00 PM

Tasik berusia lebih 100 tahun, sesuai untuk jogging, berkayak, naik bot, atau lepak petang-petang. Banyak acara komuniti diadakan di sini.

21. Chocsvalley

📍 Medan Perdagangan Oakland, Seremban
🕒 Isnin–Jumaat, 9.00 AM–5.30 PM

Kilang coklat premium Negeri Sembilan. Ada lebih 50 perisa! Korang juga boleh cuba aktiviti ‘Make Your Own Chocolate’. Anak-anak confirm suka!

22. Pasar Besar Seremban

📍 Bandar Seremban
🕒 Rabu–Isnin, 5.00 AM–2.00 PM

Pasar yang padat dengan suasana lokal. Ada makanan segar, hasil tani, dan barangan kraftangan. Lokasi strategik untuk jalan-jalan lepas beli-belah.

Baca Juga: Senarai Tempat Menarik di Cameron Highlands Wajib Singgah

Negeri Sembilan mungkin tak sepopular negeri lain bila sebut pasal percutian, tapi siapa sangka rupa-rupanya banyak gila port best yang orang ramai tak tahu. Dari aktiviti hiking, mandi air terjun, santai di pantai, lawat muzium sampai ke ladang burung unta; semuanya ada dalam satu negeri je!

Kalau korang tengah cari tempat cuti yang tak terlalu jauh, bajet mesra poket dan sesuai untuk daytrip atau weekend getaway, Negeri Sembilan memang pilihan paling win. Sesuai sangat untuk healing, family bonding atau konten media sosial korang.

Jangan tunggu lama-lama. Negeri cantik ni tunggu untuk korang explore! Follow @projektravel untuk lagi banyak info destinasi menarik dalam Malaysia, dan jangan lupa share artikel ni kat group kawan korang yang kaki jalan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *