Senarai Tempat Makan Menarik di Cameron Highlands 2025
Jika anda sedang merancang percutian ke kawasan tanah tinggi yang sejuk, segar & penuh dengan pesona alam semula jadi, Cameron Highlands lah jawapannya. Terkenal dengan ladang teh yang terbentang luas, pasar segar yang meriah serta tarikan agro-pelancongan yang pelbagai, kawasan ini menawarkan lebih daripada sekadar pemandangan indah.
Dalam artikel ini, kami senaraikan 20 lokasi menarik di Cameron Highlands. Sama ada untuk keluarga, rakan-rakan, atau solo trip, destinasi-destinasi ini pasti memberikan pengalaman JJCM yang menyeronokkan dan tidak mudah dilupakan.
Senarai Lokasi menarik di Cameron Highlands
Ladang Teh & Kafe Ikonik
BOH Sungai Palas Tea Garden
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang, Pahang
✅ Kafe berpanorama ladang teh, pusat pelawat & lawatan kilang teh.
BOH Tea Estate (Habu)
Alamat: Boh Road Habu, 39200 Ringlet, Pahang
✅ Destinasi klasik sejak 1929, sesuai untuk pencinta sejarah & teh asli tempatan.
Cameron Valley Tea House 1 (Bharat)
Alamat: Batu 34, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Pahang
✅ Nikmati teh segar & scone panas view ladang teh menghijau.
Cameron. Valley Tea House 2 (Bharat)
Alamat: Batu 34.5, Jalan Besar, 39000 Tanah Rata, Pahang
✅ View point yang cantik & ruang rehat yang luas.
Cameron Adventurous ATV & Safari
Alamat: Cameron Valley, Kuala Terla, 39000 Cameron Highlands
Telefon: +6013-534 2002
✅ Gabungan JJCM & aktiviti ekstrem; pemandangan ladang teh terbuka.
Pasar & Aktiviti Malam
Pasar Malam Golden Hills
Alamat: 12, Jalan Golden Hills 1, 39000 Brinchang
✅ Tempat terbaik untuk JJCM malam: jagung susu, ubi bakar & pelbagai cenderahati.
Agro & Taman Edukasi
Taman Agroteknologi MARDI
Alamat: Jalan Dayang Indah, 39000 Tanah Rata
Telefon: 010-844 9624
✅ Ladang model untuk tanaman beriklim sederhana; sesuai untuk keluarga & pelajar.
Ladang & Kafe Strawberi
YZ Strawberry Farm & Cafe
Alamat: Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata
✅ Petik strawberi sendiri & nikmati kek strawberi segar di kafe.
KHM Strawberries & Jam
Alamat: No 9, Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata
✅ Terkenal dengan produk homemade; jem strawberi & aiskrim.
Big Red Strawberry Farm
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang
✅ Ladang tertutup yang selesa dan sesuai dilawati dalam apa jua cuaca.
Kaktus & Flora Eksotik
Cactus Point
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang
✅ Pelbagai jenis kaktus dan tanaman hiasan – sesuai untuk pencinta botani.
Cactus Valley
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang
✅ Taman kaktus dengan pelbagai spesies bunga dan buah-buahan tempatan.
Lavender Garden
Alamat: Tringkap, 39100 Brinchang
✅ Ladang lavender dengan dekorasi ala Eropah – Instagram-worthy spot!
Taman Rama-Rama Kea Farm
Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang
✅ Ratusan rama-rama berwarna-warni di ruang tertutup mesra keluarga.
Ladang Lebah Kea Farm
Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang
✅ Pelajari proses penghasilan madu asli & produk lebah terus dari ladang.
Seni & Sejarah Tempatan
3D Wall Art Studio
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang
✅ Muzium seni interaktif untuk bergambar dan mencipta kenangan kreatif.
Muzium Time Tunnel
Alamat: Jalan Sungai Burong, Brinchang, 39000 Brinchang
✅ Pameran sejarah Cameron Highlands & nostalgia klasik Malaysia era 1950-an.
Flora & Pasar Tradisional
Fragrance Nursery
Alamat: Brinchang, 39000 Brinchang
✅ Tapak semaian pelbagai bunga, herba dan tanaman hiasan.
Pasar Kea Farm Brinchang
Alamat: Kea Farm, 39100 Brinchang
✅ Pasar sayur segar, buah-buahan beriklim sejuk dan hasil tani tempatan.
Alam Semula Jadi
Puncak Gunung Brinchang & Mossy Forest
Alamat: Gunung Brinchang, 39100 Brinchang
✅ Laluan ke Mossy Forest ; pemandangan kabus, lumut & udara nyaman.
Cameron Highlands bukan sekadar indah secara semula jadi. Ia juga menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk aktiviti jalan-jalan cari makan (JJCM). Sama ada anda peminat teh, strawberi, sejarah, tumbuhan eksotik, atau sekadar ingin berehat dalam cuaca sejuk, pilihan di sini pasti memuaskan.
Baca Juga: Senarai Cuti Umum Pahang 2025
Semoga senarai Tempat Menarik di Cameron Highlands ini dapat membantu anda merancang percutian yang lebih terarah, bermakna dan penuh kenangan. Teruskan mengikuti Projek Travel untuk lebih banyak panduan seperti ini. Jangan lupa kongsikan artikel ini supaya lebih ramai dapat menikmati keindahan sebenar Cameron Highlands.
- Resipi Kangkung Belacan
- Rainforest Rising di Anurak Community Lodge: Pengalaman Eco-Tourism Unik di Surat Thani
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti
Appreciate the recommendation. Let me try it out.