Kerjasama Eksklusif AirAsia Bersama Hausboom: Menang Penerbangan Percuma Tanpa Had Selama Setahun

AirAsia Kerjasama Bersama Hausboom
Kongsi Artikel ini

AirAsia Kerjasama Bersama Hausboom. AirAsia terus melangkah ke hadapan dengan memperkukuh jenamanya melalui kolaborasi unik bersama Hausboom, jenama minuman berkarbonat tempatan yang semakin popular. Buat pertama kalinya, sebuah syarikat penerbangan tempatan mencipta siri minuman yang diinspirasikan daripada rangkaian destinasi penerbangannya, sekaligus membawa pengalaman pengembaraan ke dalam bentuk minuman.

Siri Minuman Istimewa yang Diilhamkan Destinasi AirAsia

Kempen ini memperkenalkan sembilan botol edisi terhad Hausboom dengan perisa unik yang diinspirasikan daripada destinasi AirAsia. Sebagai contoh, perisa Strawberi mewakili Seoul manakala perisa Roti Bakar pula menggambarkan Kuala Lumpur. Selain itu, destinasi seperti Almaty, Phu Quoc, Sihanoukville, Xi’an, Nairobi, Melbourne, dan Amritsar turut diabadikan dalam siri ini.

Botol eksklusif ini boleh didapati di lebih 6,800 lokasi runcit di seluruh negara, termasuklah rangkaian seperti 7-Eleven, KK Mart, serta pelbagai pasar raya utama di Sabah dan Sarawak.

Menariknya, setiap botol menampilkan kod QR berbeza untuk penyertaan dalam peraduan ‘Sip & Win’, di mana pelanggan berpeluang memenangi hadiah menarik seperti penerbangan tanpa had selama setahun serta ganjaran eksklusif daripada rangkaian AirAsia termasuk SNAP, Hotels, RIDE, Ikhlas, dan banyak lagi.

Memperkukuh Komitmen Bersama Jenama Tempatan

Liyana Mahizzan, Ketua Komersial AirAsia Malaysia berkata:

Sebagai syarikat penerbangan Malaysia, kami komited untuk membina kerjasama yang kukuh bersama jenama tempatan yang memanfaatkan komuniti setempat. Kerjasama kami dengan Hausboom selari dengan misi kami untuk memartabatkan inovasi serta berinteraksi dengan segmen gaya hidup yang semakin berkembang, terutamanya di kalangan usia 21 hingga 35 tahun yang mencapai lebih 42 peratus daripada pelanggan kami.”

Beliau menegaskan AirAsia bukan sekadar menarik pelanggan baharu dengan produk kreatif, tetapi juga menghargai pelanggan setia melalui ganjaran menarik. Pendekatan ini menonjolkan peranan AirAsia sebagai jenama gaya hidup yang memacu penglibatan masyarakat dan menyokong usahawan tempatan.

Hausboom Kekal Kreatif Dalam Mengukuhkan Pasaran

Azri Zahier Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Hausboom berkata:

Sebagai jenama minuman yang semakin berkembang di Asia Tenggara, Hausboom sentiasa berusaha untuk melangkah jauh dan kekal selangkah di hadapan dalam mengikuti peredaran semasa. Dengan pasaran yang semakin mencabar, kecekapan menyesuaikan diri amat penting dan kerjasama dengan AirAsia ini merupakan inisiatif terbaik bagi kami dalam menyesuaikan diri untuk terus maju dan lebih kreatif. Kami telah membina asas kukuh dengan mengetengahkan jenama kami melalui tiga teras gaya hidup utama: Hausboom Music, Hausboom Style dan Hausboom Extreme, yang kesemuanya melibatkan pelbagai komuniti sambil kekal setia kepada pelanggan kami. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen ini yang bukan sahaja mempromosikan minuman paling laris kami, malah memberi inspirasi kepada pelanggan kami untuk memasang impian yang lebih besar, mengembara lebih jauh dan meraikan nilai budaya tempatan dengan bangga.

Acara Eksklusif Untuk Rakyat Malaysia

Bagi meraikan pelancaran kempen ini, AirAsia dan Hausboom telah mengadakan acara istimewa pada 4 Mei 2025 di Lot 10, Kuala Lumpur. Acara ini sangat meriah dengan pelbagai aktiviti interaktif, persembahan secara langsung, reruai menarik, serta tetamu berpeluang merasai minuman mocktail istimewa yang dihasilkan daripada botol edisi terhad.

@hausboomhq

HAUSBOOM X AIRASIA LIMITED EDITION DESTINATION LABEL ✈️ Turning bold flavors into epic journeys, each Hausboom bottle now comes with destinations – inspired labels 🌏❤️ But with a twist: A chance to win exciting prizes that will take you on an adventure! Stay tuned for more info! #hausboom #inilagiboom #goboomorgohome #lokallagiboom #hausboomxairasia #hbxaa #airasia

♬ original sound – hausboomhq – hausboomhq

Sertai Peraduan ‘Sip & Win’ dan Peluang Menang Besar

Jangan lepaskan peluang menyertai peraduan ‘Sip & Win’. Beli botol Hausboom edisi khas, imbas kod QR, dan rebut hadiah eksklusif. Ini termasuk penerbangan percuma tanpa had selama setahun dan pelbagai ganjaran menarik lain yang ditawarkan oleh AirAsia dan rakan strategiknya.

Artikel Berkaitan : AirAsia X Perkenalkan Kempen AirAsia Says G’day Terokai Australia Dengan Cara Sendiri

Kolaborasi antara AirAsia dan Hausboom ini bukan sahaja memperkenalkan minuman edisi terhad yang kreatif, tetapi juga mengukuhkan sokongan kepada jenama tempatan. Melalui kempen ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati pengalaman unik sambil meraih pelbagai ganjaran menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sendiri siri minuman eksklusif ini, sertai peraduan ‘Sip & Win’, dan nikmati pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan.

Untuk maklumat terkini, pastikan korang follow @flyairasia dan @hausboom di media sosial. Jangan lupa kongsikan artikel AirAsia Kerjasama Bersama Hausboom ni dengan rakan-rakan dan simpan untuk rujukan korang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *