Cadangan Tempat Makan Sedap di Kuala Terengganu

Tempat Makan Sedap di Kuala Terengganu
Kongsi Artikel ini

Tempat Makan Sedap di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu yang terkenal dengan warisan budaya dan keindahan pantainya, bukan sahaja memukau pengunjung dengan pemandangan yang mempesona, tetapi juga memanjakan selera dengan pelbagai pilihan kulinari tempatan.

Bagi para pencinta makanan, menerokai destinasi gastronomi di sini bukan sekadar mengisi perut, tetapi juga satu bentuk apresiasi terhadap kekayaan budaya dan warisan kulinari yang telah diwarisi turun-temurun. Dalam artikel ini, kita akan menelusuri beberapa lokasi makan yang bukan sahaja terkenal kerana keenakan hidangan, malah turut menawarkan pengalaman bersantap yang memikat hati.

Cadangan Tempat Makan Sedap di Kuala Terengganu

Sarapan Pagi

Nasi Dagang Atas Tol

Nasi dagang asli Terengganu, beras lembut dan gulai ikan tongkol yang kaya rasa.

Waktu OperasiBuka setiap hari *kecuali minggu ke-2 & ke-4 (Selasa & Rabu tutup) | 6.30 pagi – 11.30 pagi
AlamatHadapan Surau Atas Tol, 21070 Kuala Terengganu

AdilRoti

Roti canai garing, teh tarik kaw dan suasana warung klasik tepi sungai.

Waktu OperasiKhamis – Selasa | 7.30 pagi – 12.30 tengah hari
AlamatKios No 3, Medan Selera MBKT (Bawah Jambatan Sultan Mahmud), Kampung Losong

Fauzi Nasi Kerabu

Nasi kerabu biru asli, ulam segar, sambal kelapa & budu yang menggiurkan.

Waktu OperasiSetiap hari | 6.30 pagi – 4.00 petang
AlamatKampung Wakaf Tengah, Kuala Terengganu

Kedai Kopi Buruk

Kedai sarapan legend! Kopi kampung kaw, roti bakar cicah telur separuh masak & kuih-muih tradisi – memang nostalgia pagi hari.

Waktu OperasiSabtu – Khamis | 8.00 pagi – 4.00 petang
AlamatLot 2949, Jalan Kuala Berang Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu, Malaysia
Phone0199126180
FacebookKedai Kopi Buruk 

Makan Tengah Hari

Restoran Singgang Budu

Singgang ikan air tangan orang Terengganu, sesuai untuk yang suka masakan kampung.

Waktu OperasiSabtu – Khamis | 10.00 pagi – 5.00 petang
AlamatJalan Engku Sar, 20300 Kuala Terengganu
Phone017-9598486

Restoran Mat Binjai

Popular dengan lauk kampung pelbagai pilihan dan suasana nostalgia.

Waktu OperasiKhamis – Selasa | 9.00 pagi – 5.00 petang
Alamat1081-Q, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
Phone019-934 5639

Nasi Minyak Atas Gong

Nasi minyak wangi, lengkap dengan ayam masak merah dan acar timun. Restoran yang berkonsepkan kenduri kahwin

Waktu OperasiKhamis – Selasa | 12.00 tengah hari – 2.30 petang
AlamatJalan Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu

Warisan Zulkeflee Ayam Penyet

Ayam penyet rangup luar, juicy dalam, sambal pedas menyengat! Portion besar & harga mesra poket – sesuai untuk makan tengah hari atau dinner.

Waktu OperasiSabtu – Khamis | 11.00 pagi – 6.00 petang
AlamatJln Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu
Phone010-909 4878

Minum Petang

Warung Pok Nong

Lokasi tepi pantai, terkenal dalam kalangan penggemar makanan laut, terutamanya sotong celup tepung.

Waktu OperasiWaktu petang
AlamatJalan Pantai, A1693, T145, Kampung Teliput

The Syrup vs Soda

Kafe moden dengan minuman unik & dessert menarik. Port lepak petang yang best!

Waktu OperasiSabtu – Khamis | 4.00 petang – 11.00 malam
Alamat3373, Jalan Batas Baru, Kuala Terengganu

Makan Malam

D’Ganu Seafood Café, Pulau Duyong

Hidangan laut segar – sotong, ketam, ikan bakar dan pelbagai jenis sambal.

Waktu OperasiRabu – Isnin | 4.30 petang – 11.30 malam
AlamatPulau Duyong Kecil, Kuala Terengganu

Ikan Bakar Arang Berasap D’Stadium Gong Badak

Ikan bakar panas-panas atas bara arang, lengkap dengan sambal power! Pilihan ikan segar, sotong, udang & kerang pun ada. Port makan malam santai ramai-ramai.

Waktu Operasi5.30 petang – 12.00 tengah malam (Setiap hari)
AlamatDepan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Kuala Terengganu

Air Buah Gelas Besar

Air buah jumbo dengan pelbagai pilihan buah segar – viral tapi memang sedap!

Waktu OperasiRabu – Isnin | 5.00 petang – 12.00 malam
AlamatJalan Tengku Ampuan Bariah, Taman Samudera

Sebagai kesimpulan, Kuala Terengganu bukan sekadar destinasi pelancongan yang kaya dengan sejarah dan keindahan alam, tetapi juga sebuah syurga kulinari yang wajib diterokai. Setiap tempat makan yang diketengahkan bukan sahaja menawarkan sajian lazat, tetapi turut memancarkan identiti serta keunikan budaya tempatan yang sukar didapati di tempat lain. Bagi sesiapa yang ingin menikmati pengalaman bersantap yang autentik dan memuaskan, Kuala Terengganu adalah jawapannya.

Artikel Berkaitan : Cuti Umum Terengganu 2025: Tarikh Penting & Cuti Sekolah Kumpulan A

Semoga panduan ini dapat membantu korang merancang perjalanan gastronomi yang lebih bermakna. Jangan lupa untuk follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak tip menarik dan kongsikan artikel ini bersama rakan-rakan supaya mereka juga dapat menikmati keistimewaan kulinari Kuala Terengganu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *