Resepi Soft Cookies Cicah Susu: Cara Buat Biskut Lembut, Gebu & Moist di Rumah

Resepi Soft Cookies
Kongsi Artikel ini

Pencuci mulut atau dessert sentiasa menjadi hidangan penutup yang dinanti-nantikan selepas makan. Di seluruh dunia, pencuci mulut hadir dalam pelbagai bentuk — dari kek coklat yang kaya rasa, puding yang lembut, sehinggalah kepada biskut yang rangup atau gebu. Di Malaysia, walaupun kuih-muih tradisional seperti kuih seri muka atau onde-onde masih popular, pencuci mulut moden semakin mendapat tempat, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Salah satu yang kini menjadi kegemaran ramai ialah soft cookies — biskut gebu yang lembut di dalam, dengan rasa coklat yang meleleh di mulut. Artikel ini akan berkongsi resepi soft cookies homemade yang mudah, sedap, dan pastinya boleh menggamit selera.

Bahan-Bahan Soft Cookies Premium

  • ½ cawan mentega bergaram (pure butter)
  • ¼ cawan gula kastor
  • ½ cawan gula perang
  • 1 biji telur (saiz A/B)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 ½ cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar tepung jagung (diayak)
  • ¼ sudu kecil soda bikarbonat
  • ¼ sudu kecil baking powder
  • ½ cawan dark chocolate chip & couverture chocolate (boleh lebihkan jika suka)

Cara-Cara Penyediaan

  1. Cairkan Mentega
    Cairkan mentega perlahan-lahan di atas api sehingga warnanya bertukar menjadi keperangan (golden brown). Biarkan sejuk seketika supaya tidak merosakkan tekstur adunan.
  2. Campurkan Gula
    Masukkan mentega cair ke dalam bekas bersama gula kastor dan gula perang. Kacau hingga sebati menggunakan spatula atau whisk.
  3. Masukkan Telur & Esen Vanila
    Tambahkan telur dan esen vanila ke dalam campuran. Gaul rata sehingga adunan kelihatan licin dan berkilat.
  4. Satukan Bahan Kering
    Masukkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat, dan baking powder yang telah diayak. Kacau perlahan hingga sebati. Akhir sekali, masukkan chocolate chip dan couverture chocolate, gaul perlahan agar tersebar rata.
  5. Sejukkan Adunan
    Simpan adunan dalam chiller selama 10–15 minit. Anda juga boleh bentuk dahulu menjadi bebola biskut sebelum disejukkan, bergantung kepada keselesaan.
  6. Bentuk & Bakar
    Keluarkan adunan. Bentukkan menggunakan scoop aiskrim bersaiz besar atau timbang sekitar 50g setiap doh — saiz yang sesuai agar tidak terlalu besar atau kecil. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160–170°C selama 15–20 minit atau hingga bahagian tepi keperangan dan bahagian tengah masih lembut.
Tips Premium
Untuk rasa yang lebih mewah dan ‘teringat-ingat’, gunakan 100% pure butter, dark chocolate chip, dan couverture chocolate premium.

Baru-baru ini, soft cookies menjadi trend di laman media sosial apabila ramai dalam kalangan kita mencuba menikmatinya dengan dicicah bersama susu suam. Menariknya, ini merupakan cara orang Barat, khususnya di Perancis, menikmati hidangan minum petang mereka dengan penuh santai. Jadi, buat korang yang ingin mencuba sendiri pengalaman makan soft cookies cicah susu suam ni, resepi soft cookies yang kami kongsikan ini adalah panduan terbaik untuk menghasilkan biskut enak, lembut, dan moist di rumah.

Artikel Berkaitan : Resipi Kek Tiramisu Klasik: Cara Mudah Buat Kek di Rumah

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada anda untuk mencipta saat manis bersama keluarga atau rakan-rakan sambil menikmati kudapan ala Parisian. Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Kalau korang suka artikel resepi menarik seperti ini, jangan lupa follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak perkongsian resepi, tips dapur, makanan viral, serta cerita budaya tempatan. Jangan lupa juga simpan dan kongsi artikel ini dengan kawan-kawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *