DJI Mavic 4 Pro: Drone DJI Terbaharu di Malaysia Dengan Harga Bermula RM9,599

DJI Mavic 4 Pro
Kongsi Artikel ini

Review DJI Mavic 4 Pro: Drone DJI Terbaharu di Malaysia

Berita baik buat peminat dron! DJI akhirnya memperkenalkan model terkini dalam siri premium mereka; DJI Mavic 4 Pro, selepas dua tahun menanti. Dron ini tampil dengan pelbagai penambahbaikan canggih termasuk gimbal berputar 360 darjah, hayat bateri yang lebih lama, serta sistem kamera tiga lensa dengan sensor yang lebih besar. Lebih menarik, harga asas Mavic 4 Pro kini lebih rendah berbanding model Mavic 3 Pro sebelum ini.

Ciri Gimbal 360 Darjah & Keselamatan Dipertingkat

Salah satu ciri paling menonjol pada Mavic 4 Pro ialah gimbal 360 darjah dengan keupayaan kecondongan ke atas sehingga 70 darjah. Ini membolehkan pengguna menghasilkan rakaman sudut luar biasa, termasuk video menegak yang lebih lancar dan dramatik — sesuai untuk kandungan TikTok dan Instagram Reels.

Bagi memastikan keselamatan dan kawalan yang stabil, dron ini dilengkapi 6 kamera fisheye berkeupayaan pengesanan dalam gelap dan dikuasakan oleh cip pemproses dwi untuk mengelak perlanggaran semasa penerbangan.

Sistem Kamera Tiga Lensa Dengan Kuasa 100MP

DJI Mavic 4 Pro, Sistem Kamera Tiga Lensa Dengan Kuasa 100MP

Dari segi kamera, Mavic 4 Pro menampilkan sistem tiga kamera. Kamera utama menggunakan sensor Four Thirds Hasselblad beresolusi 100MP, menyokong rakaman sehingga 6K pada 60fps dan 16 stops dynamic range untuk hasil video sinematik.

Untuk keupayaan zoom dan rakaman jarak jauh, terdapat dua lensa telefoto: satu 50MP CMOS 1/1.5 inci dan satu lagi 48MP CMOS 1/1.3 inci untuk rakaman jarak sederhana.

Prestasi Bateri & Julat Penerbangan

Dron ini menggunakan bateri 95Wh yang memberikan sehingga 51 minit masa penerbangan dengan kelajuan maksimum 90km/j. Sistem penghantaran O4+ membolehkan kawalan sehingga 41km, manakala penghantaran video HDR 10-bit disokong sehingga 30km.

Harga DJI Mavic 4 Pro di Malaysia

DJI Mavic 4 Pro

Untuk pasaran Malaysia, harga DJI Mavic 4 Pro bermula RM9,599 bagi pakej asas yang disertakan bersama pengawal RC 2. Bagi pengguna yang inginkan aksesori tambahan seperti hab pengecasan selari, mereka boleh memilih pakej Fly More Combo pada harga RM11,749. Jika anda seorang pencipta kandungan serius, pakej Creator Combo yang lengkap dengan pengawal RC Pro 2 ditawarkan pada harga RM15,099.

Kesemua pakej boleh didapati menerusi kedai rasmi DJI Malaysia.

Jika korang serius dalam bidang videografi udara, DJI Mavic 4 Pro sememangnya satu pelaburan yang berbaloi. Dengan teknologi terkini dan prestasi unggul, dron ini sesuai untuk pencipta kandungan, jurugambar profesional, mahupun penerbang dron rekreasi.

BACA: Ulasan Penuh Insta360 X5 Malaysia

Simpan dan kongsi artikel ini jika korang rasa ia bermanfaat. Jangan lupa follow Projek Travel di media sosial untuk info gadget & travel terkini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *