Filem Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga Berdasarkan Kisah Benar

Filem Racun Sangga
Kongsi Artikel ini

Racun Sangga kini menjadi satu topik hangat dicarian di Google, terutama selepas pelancaran filem seram Indonesia bertajuk Racun Sangga: Santet Pemisah Rumah Tangga pada Disember 2024 yang lalu. Filem ini bukan sekadar hiburan, tetapi membuka mata ramai tentang kewujudan amalan ilmu hitam yang dipercayai diamalkan di beberapa kawasan di Indonesia, termasuk Kalimantan.

Filem Racun Sangga

Racun sangga merujuk kepada sejenis santet, iaitu ilmu sihir atau guna-guna, yang kononnya dihantar untuk memisahkan pasangan suami isteri. Dalam filem ini, Andi dan Maya menjadi mangsa santet dari bekas kekasih Maya yang tidak dapat terima perkahwinan mereka. Apa yang menyeramkan, santet ini tidak membunuh secara tiba-tiba, tetapi perlahan-lahan merosakkan tubuh mangsa sehingga membawa maut.

Fenomena seperti ini bukan perkara asing di Indonesia. Amalan santet atau ilmu hitam masih dipercayai sebahagian masyarakat, walaupun negara itu semakin moden. Kisah benar santet (guna-guna) dalam filem ini jadi topik hangat, terutama bagi peminat seram yang suka unsur mistik dan realisme sosial.

Filem Seram Yang Bukan klise

Bagi peminat filem seram Indonesia, Racun Sangga menawarkan pengalaman seram yang bukan klise. Ia mengupas isu cemburu buta, dendam, dan bagaimana emosi negatif itu boleh membawa seseorang sanggup melakukan perkara terkutuk. Arahan Rizal Mantovani, bersama lakonan mantap Frederika Cull dan Fahad Haydra, menjadikan filem ini lebih hidup dan menyentuh emosi.

Selain aspek hiburan, filem ini juga mengundang perbincangan dalam kalangan masyarakat tentang kepercayaan terhadap racun santet Kalimantan. Banyak yang tertanya-tanya: adakah ilmu hitam seperti ini benar wujud atau sekadar rekaan untuk menakutkan orang ramai?

Kalau korang nak menonton, filem Racun Sangga full movie sudah boleh distrim di Netflix selepas tayangan di TGV dan One Cinemas Malaysia. Ramai yang memberikan ulasan positif, menyatakan filem ini bukan sekadar seram kosong tetapi sarat dengan mesej sosial yang mendalam.

Dalam dunia moden, topik santet pemisah rumah tangga bukan saja menarik dalam filem, tetapi juga mencetuskan perbincangan tentang kepercayaan lama yang masih wujud. Sama ada kita mempercayainya atau tidak, Racun Sangga berjaya membawa isu ini ke pentas perbualan global.

Jika korang seorang peminat filem seram atau berminat dengan kisah-kisah mistik Asia Tenggara, jangan lepaskan peluang untuk menonton Racun Sangga. Jangan lupa follow Projek Travel di media sosial untuk info menarik lain. Simpan dan kongsi artikel ini supaya kawan-kawan korang pun tahu misteri racun sangga yang menggemparkan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *