Golden Palm Tree Malaysia: Resort Water Villa Termurah Dunia Kini Kembali Dengan Nama Asal

Golden Palm Tree Malaysia
Kongsi Artikel ini

Penjenamaan semula: Avani Sepang Goldcoast Resort kepada Golden Palm Tree Malaysia

Malaysia kini menawarkan pengalaman percutian mewah atas air dengan harga mampu milik melalui penjenamaan semula Avani Sepang Goldcoast Resort kepada nama asalnya yang lebih ikonik; Golden Palm Tree Malaysia. Terletak di tepi pantai Bagan Lalang, Selangor, resort ini bukan sahaja terkenal dengan reka bentuk pokok palma terapungnya yang unik, malah turut dikenali sebagai resort watervilla termurah di dunia!

Resort Atas Air di Malaysia yang Mempesonakan

Terkenal dengan reka bentuk ikonik menyerupai pokok palma apabila dilihat dari udara, Golden Palm Tree Malaysia merupakan antara pilihan utama bagi mereka yang mencari penginapan mewah di tepi laut. Reka bentuk vila terapungnya yang tersusun cantik di atas air menjadikannya tarikan yang bukan sahaja unik, tetapi juga sangat Instagrammable!

@projektravel

Golden Palm Tree Sepang (formerly Avani Sepang Goldcoast Resort) 🏝️ Water villa resort in Sepang 🌅 Famous for stunning sunset & Sunrise views 📍 Just 30 mins from KLIA Perfect for romantic stays & weekend getaways! #GoldenPalmTree #WaterVilla #ResortReview #StaycationMalaysia #SunsetView #PTxSepang #SinggahSepangDulu #CutiCutiMalaysia #PusingSelangor

♬ original sound – ProjekTravel – ProjekTravel

Dibina menjangkau kira-kira 1 kilometer ke tengah laut, resort ini mempunyai lebih 300 vila eksklusif (water villas) yang menawarkan pemandangan matahari terbit dan terbenam menakjubkan dan suasana tenang yang sesuai untuk bulan madu, percutian keluarga, atau retreat korporat.

Lokasi Strategik Dekat KLIA & Kuala Lumpur

Salah satu kelebihan utama resort ini ialah lokasinya yang sangat strategik. Hanya mengambil masa kira-kira 25–30 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dan lebih kurang 60-90 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur, Golden Palm Tree Sepang menjadi destinasi popular untuk pelancong transit, pasangan bulan madu, keluarga, serta mereka yang mencari percutian hujung minggu yang tenang dan istimewa.

Pertunjukan Api Setiap Hujung Minggu

Tidak perlu pergi jauh untuk menikmati pertunjukan fire show. Menambah keunikan pengalaman menginap di sini, resort ini turut menawarkan pertunjukan fire show setiap hujung minggu. Pertunjukan ini antara tarikan utama yang dinanti pengunjung. Berlatarbelakangkan lautan dan angin malam yang nyaman, suasananya cukup memukau dan sangat Insta-worthy!

Resort Water Villa Mampu Milik

Golden Palm Tree menawarkan penginapan vila atas air yang eksklusif dengan harga serendah RM4xx semalam; jauh lebih mampu milik berbanding resort seumpamanya di destinasi dalam & luar negara. Reka bentuk berbentuk pokok palma di atas laut serta kemudahan bertaraf antarabangsa menjadikan ia pilihan ideal untuk percutian unik gaya tropika.

Menariknya, resort ini turut diakui pelancong antarabangsa sebagai antara resort water villa termurah di dunia. Ramai memuji gabungan suasana tenang, servis mesra dan pemandangan matahari terbit dan terbenam dari villa; pengalaman mewah tanpa kos tinggi.

Fasiliti & Aktiviti Menarik

Dengan lebih 300 vila terapung tersusun indah di atas laut, Golden Palm Tree menjanjikan pengalaman percutian yang lengkap dan memuaskan. Antara fasiliti utama yang ditawarkan termasuk:

  • 🏊‍♀️ Kolam renang infiniti menghadap lautan luas — tempat terbaik untuk bersantai sambil menikmati angin laut dan panorama matahari terbenam.
  • 🍽️ Restoran antarabangsa dan bar tepi pantai, menyajikan pelbagai pilihan hidangan dari tempatan hingga global, sesuai untuk cita rasa pelbagai.
  • 💆‍♀️ Spa mewah yang menawarkan rawatan relaksasi tradisional dan moden, sesuai untuk tetamu yang ingin memanjakan diri.
  • 🚴‍♂️ Aktiviti rekreasi seperti sukan air dan berbasikal sekitar kawasan resort — sesuai untuk yang sukakan gaya hidup aktif.
  • 🔥 Persembahan fire dance setiap hujung minggu yang menghiburkan dan menambah warna pada malam anda di sini.
  • 🚌 Perkhidmatan shuttle ke beberapa tempat menarik sekitar Sepang bagi memudahkan tetamu yang ingin meneroka kawasan sekitar.

Penjenamaan Semula Dari Avani Sepang Goldcoast Resort

Selepas hampir satu dekad di bawah pengurusan Minor Hotels dan nama AVANI, penjenamaan semula ini bertujuan menghidupkan semula daya tarikan asal resort yang telah menarik pelancong tempatan dan antarabangsa sejak ia dibuka dahulu. Nama “Golden Palm Tree” memberi sentuhan nostalgia, di samping lebih mudah diingati & berkait rapat dengan konsep resort terapung tropika yang menjadi daya tarikan utama lokasi ini.

Penjenamaan ini juga selari dengan strategi untuk menarik lebih ramai pelancong menjelang Visit Malaysia Year 2026, selain menyokong kempen pelancongan domestik bagi mempromosikan destinasi eksklusif di Selangor.

Baca: Percutian Dekat KL: 17 Destinasi Menarik di Sekitar Sepang yang Ramai Tak Tahu!

Golden Palm Tree Malaysia bukan sekadar tempat bermalam. Ia adalah ruang untuk berehat, menikmati udara laut dan merasai ketenangan. Jauh dari rutin harian yang sibuk.

Harganya juga sangat berpatutan. Dengan pengalaman bertaraf dunia, resort ini memberi peluang kepada lebih ramai untuk menikmati kemewahan tanpa perlu belanja besar.

Jika anda mencari percutian yang ringkas tetapi bermakna, inilah tempat yang patut anda tuju. Simpan artikel ini sebagai inspirasi, dan kongsikan dengan yang tersayang. Untuk lebih banyak cadangan destinasi yang tenang, menarik dan berbaloi, teruskan bersama Projek Travel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *