Cadangan Hotel Murah di Sekitar Kuala Lumpur 2025, Harga di Bawah RM100 Semalam
Kos penginapan yang tinggi sering menjadi cabaran utama bagi pelancong yang merancang percutian ke ibu negara. Namun begitu, Kuala Lumpur sebenarnya ada menawarkan pelbagai pilihan hotel murah bawah RM100 semalam yang bukan sahaja mesra bajet, bahkan terletak di lokasi strategik dan dilengkapi dengan kemudahan selesa.
Sama ada anda merupakan pengembara solo, pelawat urusan kerja, pelajar, atau keluarga kecil, pilihan penginapan mampu milik ini sesuai untuk memenuhi pelbagai keperluan dan gaya perjalanan.
Dalam artikel ini, kami senaraikan secara terperinci hotel-hotel bajet terbaik sekitar Kuala Lumpur yang menawarkan nilai hebat dengan harga di bawah RM100 semalam; lengkap dengan ciri unik, lokasi dan kesesuaian setiap jenis pengunjung.
Senarai Hotel Murah di Kuala Lumpur
Hotel Kapsul & Konsep Co-Living Moden
Untuk pelancong solo, digital nomads & backpackers
- The Bed KLCC – Kapsul bergaya moden, berhampiran KLCC
- Space Hotel KL Sentral – Kapsul bertema angkasa, hanya 5 minit ke KL Sentral
- PODs The Backpackers Home & Café – Hostel sosial berhampiran KL Sentral
- Bunk & Bilik Hotel Jalan Ipoh – Minimalis & Instagram-worthy untuk pelancong muda
Hotel Butik Moden & Instagram-Worthy
Untuk pasangan muda & pengembara urban
- Redstone Boutique Hotel KL – Heritage + moden di Petaling Street
- The Concept Hotel KL – Butik minimalis moden berhampiran pusat bandar
- Asia Like Boutique Hotel – Kontemporari moden di kawasan Pudu
Hotel Mesra Bajet Klasik & Praktikal
Untuk pelancong bajet, keluarga kecil & urusan kerja
- Kingston Hotel 11 KL – Hotel bajet moden dekat Bukit Bintang
- Lavana Hotel Chinatown – Lokasi strategik dalam Chinatown
- 100 Miles Hotel – Sesuai untuk penginapan ringkas & bajet ketat
- Hotel Al Amin – Mesra Muslim di kawasan Masjid India
- Sani Hotel – Bilik luas, sesuai untuk rombongan & pelawat kerja
- SCC Velodrome KL – Pilihan jimat dekat kawasan sukan Cheras
- Cozy Hotel (KL cawangan) – Rangkaian hotel bajet selesa pelbagai lokasi
Hotel Berdekatan KL Sentral (Akses Mudah Transit)
Untuk pengembara transit & pelawat jangka pendek
- My Hotel @ KL Sentral – 3 minit berjalan ke stesen utama KL
- Metro Hotel KL Sentral – Bilik praktikal & bersih untuk transit
- PODs The Backpackers – (Juga tersenarai di kapsul)
Hotel Konsep Apartmen & Penginapan Jangka Panjang
Untuk pelawat kerja, ekspatriat, pelajar & keluarga
- Urban Living Residence – Konsep apartmen moden berhampiran KL Sentral, Cheras, Bukit Bintang
- Valenza Hotel & Cafe – Hotel + kafe dekat Mid Valley & Old Klang Road
Memilih hotel murah bawah RM100 di Kuala Lumpur tidak lagi mustahil. Dengan pelbagai pilihan mengikut keperluan; semua penginapan dalam senarai ini menjanjikan keselesaan, akses mudah, dan harga yang mesra dompet.
Sama ada korang backpacker solo, pelawat kerja, atau keluarga kecil, pastikan korang rancang penginapan dengan bijak dan jimat; tanpa mengorbankan keselesaan!
Baca Juga: Senarai Hotel 5 Bintang di Kuala Lumpur
Jangan lupa simpan dan kongsi artikel ini untuk rujukan percutian akan datang. Nak lebih banyak cadangan travel? Follow Projek Travel sekarang!