Senarai Hotel Terbaik di Kota Bharu 2025. Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, merupakan sebuah bandar yang kaya dengan budaya dan sejarah. Terkenal dengan jolokan ‘Serambi Mekah‘, ia menampilkan seni bina Islam yang unik, pasar tradisional yang meriah, serta pelbagai warisan seni dan makanan tradisi yang lain dari yang lain.
Banyak lokasi menarik yang boleh di kunjungi, antaranya seperti Pasar Siti Khadijah, Istana Jahar, Masjid Muhammadi, Rumah Tiang 12 dan banyak lagi. Selain itu, bandar ini juga merupakan salah satu pusat ekonomi dan perdagangan utama di Pantai Timur, menjadikannya lokasi penting bukan sahaja untuk pelancong tetapi juga bagi mereka yang datang atas urusan kerja.
Tidak kira sama ada korang datang untuk bercuti atau urusan kerja, pemilihan hotel yang tepat akan memainkan peranan penting dalam keselesaan korang sepanjang di Kota Bharu.
Dengan pelbagai pilihan hotel yang menawarkan kemudahan terbaik dan lokasi strategik, berikut adalah senarai hotel terbaik di Kota Bharu untuk tahun 2025 yang patut korang pertimbangkan.
Senarai Hotel Terbaik di Sekitar Kota Bharu 2025
1. Jewels Hotel Kota Bharu
Alamat : Lot 1159-1162, Seksyen 11, Jalan Maju, Kota Bharu, Malaysia
Maklumat Tempahan : (+60)09 747 4788
Facebook : https://www.facebook.com/jewelshotel
2. H Elite Design Hotel
Alamat : AG-G-09,Al-Waqaf@Tunjong,Jalan Kuala Krai, Kota Bharu, Malaysia
Maklumat Tempahan : (+60)12 616 2268
Facebook : https://www.facebook.com/jewelshotel
3. ibis Styles, Kota Bharu
Alamat : Lot 184 Lorong Minyak Gas, Off Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Maklumat Tempahan : (+60)11 2849 1511
Facebook : https://www.facebook.com/ibisStylesKotaBharu
4. Perdana by Attana Hotel, Kota Bharu
Alamat : Lot 184 Lorong Minyak Gas, Off Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Maklumat Tempahan : https://perdana.attanahotels.com/perdana-klcc/accommodations/
Facebook : https://www.facebook.com/perdanabyattana
5. Renai Hotel Kota Bharu
Alamat : Kota Sri Mutiara, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Malaysia
Maklumat Tempahan : (+60)9 746 2233
Facebook : https://www.facebook.com/grandrenai
Bergantung kepada keperluan anda, Kota Bharu menawarkan pelbagai pilihan hotel dari yang mewah hingga bajet. Sama ada untuk percutian santai atau urusan kerja, hotel-hotel ini pasti memenuhi keperluan anda. Jangan lupa untuk membuat tempahan awal kerana Kota Bharu sering menjadi destinasi popular, terutama pada musim cuti sekolah dan acara besar!
Artikel Menarik : Senarai Bufet Ramadan Hotel Sekitar Kota Bharu, Kelantan 2025
Mana satu hotel pilihan anda untuk tahun 2025? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen.
5 thoughts on “Senarai Hotel Terbaik di Kota Bharu 2025 untuk Percutian & Bisnes”