Oshom Bali: Hotel Butik Mewah Tepi Pantai Pertama di Nuanu Creative City Kini Dibuka!

Oshom Bali Nuanu Creative City
Kongsi Artikel ini

Oshom Bali, hotel butik mewah pertama dan satu-satunya yang terletak dalam kawasan Nuanu Creative City. Lokasinya? Betul-betul menghadap Pantai Nyanyi yang terkenal dengan pasir hitam eksotik di Tabanan, Bali. Ianya baru saja dibuka bulan April 2025 ni.

Gabungan Seni, Alam & Keselesaan (“Barefoot Luxury”)

Menggabungkan falsafah wabi-sabi yang meraikan keindahan dalam ketidaksempurnaan, Oshom direka dengan pendekatan seni dan alam yang harmoni. Setiap sudut hotel ini dihias dengan perabot tangan, kayu jati terpakai, dan dinding pasir gunung berapi yang menampilkan tekstur estetik. Korang akan nampak perabot hasil seni tempatan, dan “sarang buluh” hasil sentuhan arkitek Pablo Luna. Ada vibe boho luxury yang buat korang rasa damai tapi classy.

Tak cukup dengan tu, hotel ni juga guna bahan mesra alam, tumbuhan asli, dan struktur laluan pejalan kaki yang lindungi ekosistem sekitar. Kolam renang air masin dia pun guna batu Sukabumi tempatan – memang Bali vibes habis!

Jenis Bilik Yang Rare & Eksklusif

Hotel ni cuma ada 18 bilik je, eksklusif gila:

  • 11 Ocean Suites – menghadap terus ke Lautan Hindi
  • 7 Treehouse Hideaways – tersembunyi dalam hutan bakau, sesuai untuk yang nak lari dari dunia luar

Kalau nak yang lebih mewah, korang boleh try Indigo Dreams Suite yang ada jacuzzi peribadi, ruang urut terbuka dan balkoni dengan sofa gantung. Serius next level.

Nak feel artistik? Boleh try The Artist’s Suite – lengkap dengan bar terbuka, ruang meditasi berbentuk kubah, dan pancuran tropika open-air. Semua bilik dihias dengan karya seni artis Bali, memang insta-worthy.

Makan Sambil Tengok Sunset? YES Please!

Di bahagian tengah hotel ada restoran atas tebing yang boleh muat 65 orang. Menu dia akan berubah setiap minggu ikut hasil segar tempatan & tangkapan laut hari tu. Korang boleh layan makanan sihat, koktel botanikal dan minuman terbaik sambil menikmati keindahan matahari terbenam. Bayangkan layan dinner dengan bunyi ombak dan angin laut.

Aktiviti Menarik & Akses Eksklusif Dalam Nuanu

Sebagai sebahagian daripada Nuanu Creative City, korang juga boleh enjoy:

  • Supper club, sunset DJ, dan talk santai tepi kolam
  • Sesi healing macam breathwork & sound healing
  • Perpustakaan 24 jam – boleh baca, kerja atau chill
  • Akses penuh ke Luna Beach Club dan Lumiere Wellness Complex

Untuk pengetahuan korang, Nuanu ni sebuah kawasan pembangunan gaya hidup seluas 44 hektar, 70% adalah kawasan hijau. Semua guna kenderaan elektrik dan sebahagian hasil projek masuk ke tabung bantuan komuniti – tahun lepas je, Nuanu salurkan Rp788 juta untuk komuniti sekitar.

Lokasi Strategik, Senang Nak Explore Bali

Ini merupakan beberpa lokasi merarik berdekatan dengan Oshom ni:

  • 10 minit je dari Tanah Lot Temple
  • 15-20 minit ke Canggu dan Pererenan
  • 50 minit ke pusat seni Ubud

Tawaran Opening: Dapat Banyak Freebies!

Sempena pembukaan rasmi ni, Oshom ada buat grand opening package yang memang berbaloi: ✅ Sarapan ala carte harian

  • Teh petang tepi laut dari 4-5 petang
  • Koktel matahari terbenam (FREE!)
  • Aktiviti harian kesihatan & budaya
  • Lawatan berpandu ke Nuanu Creative City
  • Akses tanpa had ke Luna Beach Club
📌 Tempah terus kat: https://m.oshombali.com/home

Kalau korang dah lama simpan impian nak ‘escape’ ke Bali — bukan sekadar bercuti, tapi untuk rasa damai, tenang dan diilhamkan — Oshom Bali ni memang pilihan terbaik. Tempat ni bukan sekadar tempat tidur. Ia adalah ruang untuk recharge jiwa, connect dengan alam, dan alami sisi Bali yang lebih eksklusif dan bermakna.

So, kalau korang plan nak ke Bali tahun ni, jangan lepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal menginap di Oshom Bali.

Artikel Berkaitan : Senarai Hotel Terbaik di Kota Bharu 2025 untuk Percutian & Bisnes

Jangan lupa save & share artikel tentang Hotel Oshom Bali Nuanu Creative City ni, dan follow Projek Travel untuk lebih banyak cerita destinasi best & hidden gem dari seluruh dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *