Resipi Kek Pisang Sukatan Cawan. Kek pisang adalah antara pencuci mulut yang popular — wangi, lembut, dan sesuai untuk dijadikan sarapan, minum petang atau buah tangan ketika berkunjung ke rumah orang. Kalau korang sedang cari resipi kek pisang paling mudah, tanpa perlu timbang bahan, resipi kek pisang sukatan cawan ini memang sesuai untuk korang cuba!
Tak perlu mixer canggih atau bahan rumit — cukup dengan bahan asas yang ada di dapur. Dalam artikel ini, kami kongsikan cara buat kek pisang guna sukatan cawan yang moist, gebu dan sedap, serta beberapa tips berguna untuk hasilkan kek yang menjadi setiap kali.
Bahan-Bahan (Sukatan Cawan)
- 2 cawan – tepung gandum
- 1 sudu teh – baking powder
- 1 sudu teh – soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan** - 4 biji pisang berangan (kalau tak ada, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
Atau secawan penuh pisang lenyek - 1 cawan minyak (minyak jagung)
- 1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
- 3 biji telur
** blend semua**
Cara-Cara Penyediaan Kek Pisang Moist
- Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar.
- Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
- Gaul adunan tepung dan bahan blender sehingga sebati. (jangan terlebih kacau)
- Alaskan loyang dengan baking paper atau sapu mentega & tabur sedikit tepung (pakai loyang petak size 8inch).
- Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170°C selama 1 jam atau sehingga kek masak.
- Cucuk tengah dengan lidi untuk uji (kalau lidi bersih tanda kek dah masak).
- Sejukkan sebelum dipotong. Siap untuk dihidang!
Nota: Kalau kukus (45 minit). Tekstur Kek Pisang yang dikukus adalah lebih ‘moist’.
Tips Tambahan untuk Kek Pisang Jadi Sempurna
- Gunakan pisang yang betul-betul masak ranum untuk hasil kek yang manis dan lembut.
- Jangan terlebih pukul adunan selepas masukkan tepung – ini untuk elakkan kek jadi keras.
- Boleh tambah kacang walnut, cip coklat atau kismis untuk variasi rasa.
- Sesuai dibakar dalam acuan kek, muffin atau loyang biasa.
Kesimpulannya, dengan hanya beberapa bahan asas dan sukatan mudah menggunakan cawan, sesiapa pun boleh cuba buat kek pisang homemade yang gebu, moist dan lazat. Resipi iKek Pisang ni sesuai untuk beginner dan juga mereka yang nak buat jualan kecil-kecilan.
Artikel Berkaitan : Resepi Rendang Daging Khairul Aming ; Confirm Jadi!
Selamat mencuba! Jangan lupa simpan & kongsikan resipi ini dengan kawan-kawan. Kalau dah cuba, share hasil korang di media sosial dan tag kami!