ibis Styles Kota Bharu. Kalau korang tengah plan nak bercuti ke Kelantan dan tercari-cari hotel menarik di Kota Bharu 2025 yang best tapi tak mahal, korang memang wajib check-in dekat ibis Styles KB ni! Hotel ni bukan je hotel murah di Kota Bharu, tapi dia datang sekali dengan vibe moden, cozy dan kemudahan yang tip-top. Sesuai sangat untuk korang yang nak stay dengan selesa tanpa perlu berbelanja besar.
Dalam artikel ni, kita akan sembang lebih lanjut pasal kenapa ibis Styles KB jadi pilihan utama ramai pelancong di Kelantan. Dari kemudahan moden yang ditawarkan, lokasi strategik, sampai ke pengalaman penginapan yang memang best — semuanya akan kita kupas untuk korang yang tengah cari hotel best di Kota Bharu 2025!
ibis Styles Kota Bharu
Hotel Murah Tapi Mewah di Kota Bharu? Memang Wujud!

Untuk pengetahuan korang, ibis Styles Kota Bharu terletak strategik di tengah bandar, menjadikannya lokasi ideal untuk para pelancong, urusan kerja mahupun staycation santai. Masuk sahaja ke lobi, korang akan disambut dengan suasana moden, rekaan dalaman bergaya dan persekitaran yang menyenangkan. Ia jelas sekali membawa standard penginapan bajet ke tahap yang lebih tinggi!
Kemudahan Terbaik dalam Bilik – Macam Hotel 5 Bintang!
Apa yang buat ibis Styles KB lain daripada hotel biasa? Jawapannya terletak pada kemudahan luar biasa yang disediakan – siap ada dalam bilik tau! Korang tak perlu keluar bilik pun dah boleh rasa macam menginap di hotel mewah.
☕ Mesin Kopi Arissto – By Request
Berita baik untuk, kaki kopi– korang boleh request Mesin Kopi Arissto khas untuk bilik korang. Siap dapat dua kapsul kopi percuma!
💧 Dispenser Air dalam Bilik
Tak payah nak angkat botol air atau call room service. Dengan dispenser air yang tersedia dalam bilik, korang boleh refill air minum bila-bila masa. Jimat, praktikal dan sangat convenient.
🔋 Pengecas Telefon Tanpa Wayar
Korang jenis yang suka telefon penuh bateri setiap masa? Hotel ni sediakan wireless charging dock khas supaya korang boleh cas telefon tanpa kabel yang berselirat. Sangat sesuai untuk kaki travel yang sentiasa nak update IG Story!
🛡️ UV Sanitizer
Dalam dunia sekarang, kebersihan memang jadi keutamaan. Setiap bilik di ibis Styles KB dilengkapi UV sanitizer – korang boleh gunakan untuk bersihkan barang peribadi seperti telefon, kunci, spek mata dan kad.
Kemudahan Umum di Hotel
Selain dari kemudahan yang ada di bilik, mereka juga menawarkan kemudahan umum lain seperti :
🏊 Kolam Renang Terbuka
Kolam renang hotel ini menyediakan ruang santai yang tenang dan menyegarkan di roof top. Sesuai untuk korang yang ingin menikmati udara segar sambil berendam selepas seharian menerokai Kota Bharu.
🧸 Kids Zone
Hotel ini juga mesra keluarga, dengan ruang permainan yang disediakan khusus untuk kanak-kanak di lobi. Anak-anak korang pasti seronok bermain sambil korang boleh berehat.
🚪 Connecting Room
Datang bersama keluarga besar atau rombongan kawan-kawan? Korang boleh request bilik jenis connecting room – dua bilik yang bersambung dan ada pintu antara satu sama lain. Mudah nak berinteraksi tapi masih ada privasi masing-masing!
🚗 Parkir Luas & Percuma
Antara highlight penting yang ramai tak perasan – ruang parkir yang luas dan percuma. Tak perlu pening kepala cari parking tepi jalan, especially kalau datang musim cuti.
Lokasi Strategik: Hotel Dekat Bandar Kota Bharu
ibis Styles terletak di lokasi yang sangat strategik dan mudah diakses. Nak ke pusat bandar, pasar malam, tempat makan viral atau tempat menarik — semua dekat! Kalau korang datang dengan kapal terbang, perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra cuma ambil masa lebih kurang 20 minit je kalau tidak jammed.
Pilihan Tepat Untuk Percutian & Urusan Kerja
Jika korang sedang mencari hotel menarik di Kota Bharu 2025 yang menawarkan gabungan keselesaan, kemudahan moden dan harga yang berpatutan, ibis Styles KB adalah jawapannya!
@projektravel Hotel ibis Style Kota Bharu, Kelantan tawar harga murah dengan kemudahan yang lengkap. #VisitKelantan2024 ♬ Storytelling – Adriel
Jangan lupa save artikel ni untuk next trip korang ke Kota Bharu. Rancang percutian korang sekarang dan tempah bilik di ibis Styles KB.
Alamat : ibis Styles Kota Bharu, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Facebook: ibis Styles Kota Bharu
Instagram: @ibisstyles_kotabharu