Nak ke Indonesia? Jangan lupa semak tukaran duit Malaysia ke Indonesia dulu! Sama ada korang nak ke Bali, Jakarta, Bandung, Medan atau mana-mana destinasi menarik di sana, satu perkara penting yang korang kena tahu adalah tukaran duit Malaysia ke Indonesia.
Artikel ini akan kongsikan tips penting tukaran Ringgit Malaysia (RM) ke Rupiah Indonesia (IDR), termasuk kadar semasa, tempat tukar yang dipercayai, serta tips berguna sebelum korang fly ke seberang!
Tukaran Duit Malaysia ke Indonesia
Berapa Nilai Tukaran Duit Malaysia ke Indonesia Sekarang?
Untuk pengetahuan korang, nilai tukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dan Rupiah Indonesia (IDR) sering berubah-ubah mengikut pasaran kewangan global. Tapi secara anggaran kasar:
1 Ringgit Malaysia (RM) ≈ 3,500 – 3,700 Rupiah Indonesia (IDR)
(Rujukan: Semakan semasa April 2025 di laman-laman tukaran wang seperti XE.com dan Wise.com)
Contohnya, kalau korang bawa RM1,000 ke Indonesia, korang akan dapat sekitar 3.5 juta hingga 3.7 juta Rupiah!
Di Mana Tempat Terbaik untuk Tukar Duit?
Tukar di Malaysia (sebelum berlepas)
- Korang boleh tukar duit siap-siap di money changer sekitar Kuala Lumpur, Mid Valley (highly recommended), atau di kawasan tumpuan pelancong.
- Kadar biasanya lebih stabil dan boleh dirunding.
Tukar di Lapangan Terbang Indonesia
- Boleh juga tukar sedikit bila tiba, tapi kadar biasanya kurang menguntungkan.
Gunakan Kad Debit atau Kredit Antarabangsa
- Kalau korang guna kad antarabangsa seperti Wise atau BigPay, kadang-kadang dapat kadar tukaran yang lebih baik berbanding tukar tunai.
- Daftar BigPay di sini >> Sign up at https://bigpay.link/referrals
*Gunakan kod VHOBABMLMU untuk daftar BigPay dan dapatkan RM5 apabila korang aktifkan kad!
Tips Bijak Tukar Duit Sebelum ke Indonesia
Semak kadar tukaran terkini secara online.
- Gunakan aplikasi atau laman web seperti XE.com, atau aplikasi bank korang sendiri.
Elakkan tukar duit di lapangan terbang kecuali terpaksa.
- Kadar di sana selalunya lebih tinggi (untuk mereka, bukan kita).
Sediakan kad prabayar atau kad e-wallet antarabangsa.
- Contohnya kad Wise, Touch ‘n Go eWallet versi Visa, atau BigPay. Senang nak pantau perbelanjaan dan dapat kadar tukaran yang lebih baik.
Tukar dalam jumlah yang mencukupi.
- Kalau nak beli cenderahati, makanan, atau naik teksi di sana, ada sesetengah tempat yang hanya terima tunai.
Soalan Lazim (FAQ)
- Adakah mata wang Malaysia diterima di Indonesia?
Tidak. Korang wajib tukar kepada Rupiah Indonesia (IDR) untuk semua urusan di sana. - Waktu terbaik untuk tukar duit?
Waktu nilai Ringgit lebih tinggi. Korang boleh pantau kadar setiap hari atau minta nasihat daripada money changer yang dipercayai. - Berapa banyak Rupiah nak bawa untuk percutian 4 hari?
Kalau bajet biasa, sekitar RM800 – RM1,000 boleh dapat lebih 3 juta Rupiah, cukup untuk makan, pengangkutan, dan beli-belah kecil.
Tukaran duit Malaysia ke Indonesia adalah perkara penting yang korang kena ambil tahu sebelum bercuti ke negara jiran kita ni. Dengan nilai Ringgit yang berubah-ubah, buat persediaan awal boleh bantu korang berjimat dan elakkan masalah ketika berada di sana.
Artikel Berkenaan : Panduan Persediaan Sebelum Melancong ke Medan, Indonesia
Jangan lupa semak kadar terkini dan rancang bajet dengan bijak. Pertukaran mata wang Indonesia ke Malaysia. Selamat bercuti dan selamat berbelanja di Indonesia!