Panduan Persediaan Sebelum Melancong ke Medan, Indonesia

Panduan Sebelum Melancong ke Medan
Kongsi Artikel ini

Melancong ke destinasi menarik seperti Medan, Indonesia, adalah impian ramai pengembara. Dengan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan, budaya yang kaya dan hidangan kulinari yang lazat, Medan menjanjikan pengalaman percutian yang tidak dapat dilupakan.

Panduan Sebelum Melancong ke Medan, Indonesia

Untuk memastikan perjalanan korang berjalan lancar dan tanpa masalah, adalah penting untuk membuat persiapan rapi sebelum berlepas. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu korang lakukan sebelum bercuti ke Medan:

Cari Agensi Pelancongan Yang Boleh di Percayai

Mencari agensi pelancongan yang boleh dipercayai adalah langkah pertama yang penting. Agensi ini akan membantu menguruskan pengangkutan, penginapan dan tempat makan di Medan. Pastikan korang membuat siasatan dan membaca ulasan sebelum membuat keputusan muktamad.

Kalau ke Medan, kami cadangkan korang untuk menggunakan perkhidmatan Figo Tour & Travel. Sebuah agensi pelancongan yang boleh dipercayai yang ada menawarkan pakej serendah RM500 termasuk penginapan, pengangkutan dan pelbagai aktiviti menarik.

Instagram : https://www.instagram.com/figotourandtravel/
Tiktok : https://www.tiktok.com/@figotourandtravel
Whatsapp : +6287777465814 , +6282168256952

Beli Tiket Kapal Terbang

Pastikan korang telah membeli tiket kapal terbang lebih awal untuk memastikan harga yang berpatutan dan ketersediaan tempat. Selain itu, jadual penerbangan juga perlu disemak untuk memilih masa yang bersesuaian dengan perjalanan korang.

Beli Insurans Perjalanan (Travel Insurance)

Perlindungan semasa dalam perjalanan adalah sangat penting. Beli insurans perjalanan daripada syarikat yang dipercayai seperti Etiqa untuk memastikan korang dilindungi daripada insiden yang tidak diduga semasa dalam perjalanan.

Beli E-SIMCard

Sebelum bertolak, beli E-SIMCard dari hello1010.my untuk kegunaan internet semasa di Medan (Boleh aktifkan sejam sebelum naik kapal terbang). Ini adalah pilihan yang lebih menjimatkan daripada membeli simcard dan perlu menukar simcard pada telefon mudah alih korang.

Jika korang pernah menggunakan Wi-Fi mudah alih, korang perlukan peranti khas dan perlu di charge. Jika menggunakan E-SIMCard, korang tidak perlu fikirkan hal tersebut lagi.

Isi ECD Beacukai Online

Sebagai warganegara Malaysia yang ingin memasuki Indonesia, korang perlu mengisi pengisytiharan kastam secara dalam talian melalui laman web ecd.beacukai.go.id. Ini merupakan langkah penting yang perlu dilakukan awal bagi memastikan urusan melalui kastam di sana berjalan lancar.

Artikel Berkaitan : 12 Destinasi Menarik di Sekitar Medan, Sumatera Utara Indonesia

Dengan mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk membuat persediaan sebelum melancong ke Medan, korang boleh menikmati perjalanan dengan lebih lancar dan tanpa bimbang.

Jangan lupa untuk merancang dengan teliti dan bersedia dengan baik untuk pengalaman percutian yang menarik di Medan, Indonesia.

Kongsi jika korang rasa, artikel mengenai Panduan Persediaan Sebelum Melancong ke Medan, Indonesia ini bermanfaat. Selamat melancong!

One thought on “Panduan Persediaan Sebelum Melancong ke Medan, Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *