Itinerary Lengkap Singapura 5 Hari

Itinerary Lengkap Singapura 5 Hari
Kongsi Artikel ini

Rancang percutian korang ke Singapura, negara kecil tapi sarat dengan tarikan besar! Dari taman futuristik Gardens by the Bay hingga dunia hiburan Sentosa Island, setiap sudut Singapura menjanjikan pengalaman luar biasa.

Dalam panduan ini, kami kongsikan itinerary 5 hari lengkap. Siap dengan lokasi, masa lawatan, dan tip berguna supaya korang dapat nikmati pengalaman terbaik tanpa pening kepala.

Itinerary Singapura 5 Hari

Hari 1: Ketibaan & Tarikan di Changi Airport – Orchard Road

Tarikan utama: Canopy Park, Jewel Rain Vortex, Changi Experience Studio, Orchard Road

Mulakan hari pertama terus di Jewel Changi Airport, lapangan terbang paling cantik di dunia!
Canopy Park di tingkat 5 menawarkan Topiary Walk, Sky Nets dan Mirror Maze yang sesuai untuk keluarga.
Jangan lupa bergambar di Rain Vortex, air terjun dalaman tertinggi di dunia.
Kemudian, singgah ke Changi Experience Studio untuk aktiviti interaktif sebelum check-in hotel di Orchard Road.
Malamnya, nikmati makan malam di Food Republic – syurga makanan tempatan pada harga berpatutan.

Hari 2: Jelajah Marina Bay Sands & Sekitarnya

Tarikan utama: Gardens by the Bay, ArtScience Museum, Sands SkyPark, Spectra Show

Pagi dimulakan di Gardens by the Bay, antara ikon pelancongan Singapura paling popular. Terokai Cloud Forest, Flower Dome, dan Supertree Grove.
Kemudian, makan tengah hari di Jurassic Nest Food Hall sebelum menuju ke ArtScience Museum yang menampilkan pameran interaktif Future World.
Petang, nikmati panorama bandar dari Sands SkyPark Observation Deck dan malamnya saksikan pertunjukan cahaya percuma Spectra Light Show.
Akhiri malam di Helix Bridge untuk gambar indah berlatar Marina Bay Sands.

Hari 3: Seharian di Pulau Sentosa

Tarikan utama: Universal Studios Singapore, S.E.A. Aquarium, Skyline Luge, Wings of Time

Hari ketiga khas untuk berseronok! Mulakan pagi di Universal Studios Singapore, taman tema dengan pelbagai tarikan seperti Transformers The Ride dan Jurassic Park Rapids Adventure.
Selesai makan tengah hari, teruskan ke S.E.A. Aquarium dan Skyline Luge untuk aktiviti penuh adrenalin.
Waktu malam, jangan lepaskan persembahan lampu dan air spektakuler Wings of Time di tepi pantai.

https://www.rwsentosa.com/en/play/universal-studios-singapore

Hari 4: Jelajah Budaya di Little India, Bugis & Chinatown

Tarikan utama: Haji Lane, Sultan Mosque, Chinatown Street Market, Clarke Quay

Mulakan di Little India untuk menikmati warna-warni budaya tempatan, termasuk rumah bersejarah Tan Teng Niah dan kuil Sri Veeramakaliamman.
Kemudian, ke Bugis dan Haji Lane – syurga mural, kafe hipster, dan butik tempatan.
Petang, teruskan ke Chinatown bagi beli cenderamata dan melawat Buddha Tooth Relic Temple.
Malamnya, bersantai di Clarke Quay, lokasi tepi sungai yang meriah dengan restoran dan pemandangan malam yang menakjubkan.

Hari 5: Eksplorasi Alam di Mandai Wildlife Reserve

Tarikan utama: Bird Paradise, Singapore Zoo, Night Safari

Hari terakhir lebih santai tapi tetap menyeronokkan! Lawati Bird Paradise, taman burung terbaru yang menempatkan lebih 3,500 spesis.
Selepas makan tengah hari di Food Central, teruskan ke Singapore Zoo – antara zoo terbaik dunia dengan konsep habitat semula jadi.
Tutup hari korang dengan Night Safari, pengalaman safari malam pertama di dunia yang pasti meninggalkan kenangan unik.

Rumusan Itinerary 5 Hari di Singapura

HariLokasi UtamaAktiviti & TarikanCadangan Tempat Makan / Rehat
Hari 1Changi Airport & Orchard RoadCanopy Park, Rain Vortex, Changi Experience Studio, shopping di Orchard RoadFood Republic @ 313 Somerset
Hari 2Marina Bay SandsGardens by the Bay, ArtScience Museum, Sands SkyPark, Spectra Light ShowRasapura Masters, Marina Bay Sands
Hari 3Sentosa IslandUniversal Studios, S.E.A. Aquarium, Skyline Luge, Wings of TimeCentral Beach Bazaar, Good Old Days Food Court
Hari 4Little India, Bugis & ChinatownHaji Lane, Sultan Mosque, Chinatown Street Market, Clarke Quay RiversideJosh’s Grill @ Bugis, JUMBO Seafood
Hari 5Mandai Wildlife ReserveBird Paradise, Singapore Zoo, Night SafariFood Central, Ulu Ulu Safari Restaurant

Tip & Panduan Tambahan

  • Kad MRT & Bayaran: Gunakan kad NETS FlashPay untuk menaiki MRT dan bas.
  • Internet: Dapatkan SIM prabayar pelancong (100GB data) di lapangan terbang untuk navigasi mudah.
  • Penginapan: Kawasan terbaik ialah Orchard (shopping) dan Clarke Quay (tepi sungai).
  • Pass Pelancongan: Dapatkan Singapore Multi-Attraction Pass untuk penjimatan sehingga 20–30% bagi tiket masuk ke tarikan utama.
Baca juga: 4 Tarikan Baharu di Singapura 2025 yang Wajib Anda Kunjungi

Kesimpulan

Dengan itinerary 5 hari ni, korang boleh nikmati keseimbangan antara tarikan moden, budaya, dan alam semula jadi di Singapura. Semuanya tanpa stres. Setiap hari dirancang supaya perjalanan lebih efisien dan menyeronokkan!

Simpan artikel ni sebagai rujukan dan kongsi dengan kawan yang tengah rancang percutian ke Singapura! Follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak tip dan idea travel menarik setiap minggu!

Itinerary Singapura 5 Hari, Tempat menarik di Singapura, Panduan melancong ke Singapura, Percutian ke Singapura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *