Resipi Nasi Goreng Daging Sedap Macam di Kedai
Nasi goreng merupakan antara menu paling digemari rakyat Malaysia; cepat dimasak, mengenyangkan, dan mudah diolah dengan pelbagai bahan. Tapi kalau korang nak cuba versi yang lebih padu dan beraroma, nasi goreng daging memang pilihan terbaik! Campuran daging lembu rebus yang empuk, cili padi yang pedas berapi, serta sentuhan akhir minyak sapi menjadikan hidangan ini bukan sekadar nasi goreng biasa. Walaupun nampak simple, teknik dan gabungan bahan yang betul boleh hasilkan rasa yang seakan makan di restoran.
Resipi Nasi Goreng Daging
Bahan-bahan
- Bawang putih & bawang merah (cincang halus)
- Daun bawang (jika ada, untuk aroma)
- Cili padi (diketuk)
- 1 biji telur
- Daging lembu (siap direbus & dihiris nipis)
- Sedikit rempah sup ATAU serbuk kari
- Sos tiram
- Sos ikan (fish sauce)
- Nasi putih
- Serbuk lada putih (white pepper)
- Sayur kailan (potong kasar)
- Sedikit minyak sapi (untuk penambah aroma)
Cara Memasak
- Tumis bahan aromatik: Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih, bawang merah (kalau guna), daun bawang dan cili padi yang diketuk hingga wangi.
- Masukkan telur: Pecahkan telur ke dalam kuali, kacau dan goreng hingga garing.
- Masukkan daging: Masukkan daging rebus. Taburkan sedikit rempah sup atau serbuk kari, ikut selera masing-masing.
- Tambah perasa: Masukkan sos tiram, sos ikan, dan perasa pilihan (garam atau serbuk cukup rasa).
- Masukkan nasi: Masukkan nasi dan gaul rata. Taburkan serbuk lada putih.
- Kacau rata atas api sederhana: Jika nasi terlalu kering, tambah sedikit minyak. Kalau rasa kurang masin atau kurang umph, tambah fish sauce atau kicap manis.
- Masukkan sayur: Akhir sekali, masukkan kailan. Goreng sekejap supaya sayur kekal rangup dan hijau.
- Sempurnakan dengan minyak sapi: Tutup api dan titiskan sedikit minyak sapi untuk aroma yang lebih wangi dan rasa lebih sedap.
Dengan resipi nasi goreng daging ini, korang boleh cipta sendiri hidangan lazat di rumah tanpa perlu keluar beli. Tak perlu bahan mahal atau teknik rumit; cukup dengan bahan asas dan sedikit sentuhan rahsia seperti minyak sapi dan sos ikan, rasa dia confirm buat tambah pinggan!
BACA: Resepi Daging Goreng Belengas Kelantan
Kalau korang suka resipi ni, jangan lupa simpan & share dengan keluarga dan kawan-kawan. Untuk lebih banyak idea masakan dan tip travel harian, follow kami di media sosial 👉 Projek Travel!