Baju Melayu (Jawi: باجو ملايو) merupakan pakaian tradisional lelaki Melayu yang dipakai di Malaysia, Brunei, Singapura, sebahagian Indonesia seperti Sumatra dan Kalimantan, serta selatan Filipina dan Thailand. Ia terdiri daripada dua komponen utama, iaitu baju berlengan panjang yang hadir dalam dua jenis kolar—Teluk Belanga dan Cekak Musang—serta seluar panjang.
Biasanya, fabrik yang digunakan adalah kapas, linen atau satin. Pakaian ini juga sering dilengkapi dengan sampin tenunan songket dan destar seperti tengkolok, tanjak, songkok atau kupiah di bahagian kepala.
Baju Melayu bukan sekadar pakaian tradisional, tetapi juga simbol identiti dan warisan budaya. Ia adalah pakaian rasmi Malaysia dan sering dipakai untuk solat Jumaat, majlis rasmi, ke pejabat, serta perayaan seperti Hari Raya dan rumah terbuka.
Setiap tahun, pelbagai jenama tempatan menghasilkan inovasi baharu bagi memastikan baju Melayu kekal relevan dan bergaya. Kalau korang tengah mencari baju Melayu yang berkualiti dan trendy untuk tahun 2025, jom kita tengok empat (4) jenama popular yang menjadi pilihan ramai!
Jenama Baju Melayu Popular 2025
Bulan Bintang

Baju Melayu Bulan Bintang ialah jenama terkenal di Malaysia, terutama bagi lelaki yang mahukan gaya moden dengan sentuhan tradisional. Rekaan elegan dan kemasnya menggunakan fabrik berkualiti seperti satin, kapas, dan linen untuk keselesaan sepanjang hari.
Bulan Bintang telah melancarkan koleksi Baju Melayu untuk tahun 2025 dengan pelbagai pilihan warna dan rekaan. Koleksi ini merangkumi beberapa jenis potongan, termasuk Slim Fit, Tailored Fit, Teluk Belanga, dan Traditional Fit. Koleksi tahun ini lebih meriah dengan 73 warna, dengan harga bermula dari RM189.
Bulan Bintang menampilkan barisan selebriti ternama seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Shukri Yahaya, Syafiq Kyle, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, dan Johan Ghazali.
Untuk melihat dan membeli koleksi lengkap, anda boleh melawat laman web rasmi Bulan Bintang di www.bulan-bintang.com.my. Selain itu, Bulan Bintang juga aktif di media sosial seperti Instagram dan TikTok, di mana mereka sering mengemas kini dengan produk terbaru dan promosi.
Elrah Exclusive

Baju Melayu Elrah Exclusive menawarkan rekaan moden dengan potongan slim fit yang kemas dan elegan, menggunakan fabrik premium seperti satin dan linen untuk keselesaan maksimum. Jenama ini dikenali dengan penggunaan pin pada bahagian poket dada, yang menjadi simbol eksklusiviti dan menambah elemen kemewahan pada pakaian.
Untuk tahun 2025, Elrah Exclusive telah melantik pelakon dan model terkenal, Meerqeen, sebagai duta jenama mereka. Elrah Exclusive juga menawarkan pelbagai warna elegan dan corak segar, membolehkan pemakai mencipta gaya peribadi melalui konsep mix & match.
Koleksi terbaru yang diperkenalkan termasuk Baju Melayu Senna dan Baju Melayu Ultimate 2.0, yang menampilkan rekaan moden dengan pelbagai pilihan warna. Kedua-dua koleksi ini boleh didapati dalam saiz XXS hingga XL dan diperbuat daripada material berkualiti tinggi seperti Abloh Crepe.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, anda boleh melayari laman web rasmi Elrah Exclusive di www.elrah-exclusive.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini melalui akaun Instagram mereka di @elrahxclusive.
Khatam

Khatam semakin menonjol dalam dunia fesyen baju Melayu dengan rekaan yang eksklusif serta kemasan yang teliti. Koleksi mereka tahun 2025 menggabungkan unsur tradisional dan moden dengan potongan selesa serta fabrik premium yang memberikan keselesaan optimum. Jenama ini terkenal dengan perincian berkualiti tinggi yang menjadikan setiap helaian tampak mewah dan eksklusif.
Antara koleksi yang ditawarkan termasuk:
- Patawali Modern Fit Baju Melayu Teluk Belanga: Menampilkan potongan moden dengan kolar Teluk Belanga, tersedia dalam pelbagai warna seperti Light Blue, Mint Green, dan Soft Pink.
- Patawali Baju Melayu Cekak Musang: Rekaan dengan kolar Cekak Musang dalam warna seperti Dusty Lilac dan Mahogany Red.
- OG’ Series Baju Melayu Teluk Belanga Klasik Seluar Modern: Gabungan rekaan klasik dan moden, seperti dalam warna Hitam Tundra.
Untuk melihat koleksi penuh dan membuat pembelian, anda boleh melayari laman web rasmi Khatam di khatam.com.my. Selain itu, anda juga boleh mengikuti akaun Instagram mereka di @khatamkl untuk kemas kini terkini mengenai produk dan promosi
Soultan

Baju Melayu jenama Soultan, hasil kolaborasi antara HijabistaHub dan pelakon Aeril Zafrel, telah memperkenalkan koleksi Baju Melayu yang menampilkan elemen kemelayuan yang kuat. Ciri khas koleksi ini termasuk butang berbentuk keris dan rekaan yang mengekalkan potongan tradisional dengan sentuhan moden.
Baju Melayu Soultan menampilkan potongan slim fit yang kemas dengan fabrik berkualiti seperti satin, linen, dan kapas. Ia memberikan keselesaan serta penampilan elegan. Warna segar dan corak tenunan menarik menjadikannya pilihan popular untuk pelbagai majlis, dari Hari Raya hingga acara rasmi.
Dengan aksesori seperti butang baju melayu keris, sampin songket dan tengkolok, Soultan menggabungkan gaya moden tanpa meninggalkan unsur tradisi. Ia pilihan utama bagi lelaki yang mahukan keseimbangan antara gaya dan keselesaan.
Pada tahun 2023, koleksi Baju Melayu Soultan ditawarkan dalam 18 warna dengan material yang selesa serta mesra wudhu. Harga bermula dari RM189 hingga RM269, dengan saiz dari XS hingga 2XL.
Untuk melihat dan membeli koleksi Baju Melayu Soultan 2025, anda boleh melayari laman web rasmi HijabistaHub di www.HijabistaHub.com atau mengunjungi butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, dan Kota Bharu, Kelantan. Selain itu, anda juga boleh mengikuti mereka di Instagram di @hijabista.hub untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai koleksi terbaru dan promosi.
Tak kira korang suka gaya klasik, moden, atau eksklusif, pilihan baju Melayu kini semakin banyak dengan rekaan berkualiti. Empat (4) jenama ini antara yang paling hot untuk 2025, pasti ada yang kena dengan selera korang!