Cadangan Menu Rumah Terbuka: Hidangan Sedap dan Mudah Disediakan untuk Tetamu

Cadangan Menu Rumah Terbuka 2025
Kongsi Artikel ini

Bila tiba musim perayaan, rumah terbuka memang antara acara yang paling ditunggu-tunggu. Masa inilah peluang nak berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan sambil menikmati pelbagai juadah yang sedap! Selain dapat eratkan silaturahim, rumah terbuka juga jadi medan untuk berkongsi rezeki dengan tetamu yang datang. Tapi kadang-kadang pening juga nak fikir menu apa yang sesuai, kan?

Makanan bukan sahaja perlu sedap, tapi juga mudah disediakan dan sesuai untuk pelbagai selera. Di sini, kita akan kongsikan senarai makanan rumah terbuka yang bukan sahaja sedap, tetapi juga mudah disediakan dan pasti disukai oleh semua tetamu yang datang.

Cadangan Menu Rumah Terbuka 2025

Hidangan Utama yang Mengenyangkan

Kalau buat rumah terbuka, mestilah kena ada makanan berat yang boleh buat tetamu puas hati. Antara pilihan yang popular ialah:

  • Nasi Minyak / Nasi Hujan Panas / Nasi Beriani – Makanan wajib kalau nak nampak meriah! Boleh dihidangkan dengan ayam masak merah, daging masak hitam, atau acar buah.
  • Lemang & Ketupat – Lagi syok kalau ada rendang ayam atau daging sebagai pelengkap rasa.
  • Satay & Kuah Kacang – Makanan klasik yang memang digemari semua. Boleh juga tambah nasi impit dan timun untuk lengkapkan hidangan.
  • Mee Kari / Mee Soto / Laksa – Kalau nak kelainan, hidangan berasaskan mee ni memang pilihan yang sesuai!
  • Lontong / Soto Ayam – Hidangan tradisional yang sedap dan mudah dimakan.

Kuih-Muih & Pencuci Mulut untuk Rumah Terbuka

Tak lengkap rumah terbuka tanpa kuih-muih dan pencuci mulut yang sedap. Antara yang boleh disediakan:

  • Kuih Tradisional – Karipap, seri muka, kuih lapis, popia goreng, atau onde-onde.
  • Agar-agar & Puding – Puding caramel, agar-agar santan, atau kek batik memang antara pilihan yang senang dibuat dan confirm laku!
  • Biskut Raya – Semperit, tart nenas, almond London, dan biskut suji untuk memeriahkan lagi meja hidangan.

Minuman Segar untuk Tetamu Rumah Terbuka

Selepas makan, mestilah nak ada minuman yang menyegarkan. Korang boleh sediakan:

  • Air Bandung Soda – Gabungan sirap bandung dengan soda ais memang menyegarkan!
  • Jus Buah – Contohnya, jus oren, jus laici, atau jus tembikai.
  • Teh Tarik / Kopi – Untuk tetamu yang suka minuman panas.
  • Air Mata Kucing – Sedap dan boleh menyejukkan tekak.

Menu Ringkas untuk Rumah Terbuka Santai

Kalau korang nak buat rumah terbuka secara santai dan tak mahu masak menu berat, boleh cuba hidangan ringan seperti:

  • Bihun Goreng / Mee Goreng Mamak – Mudah disediakan dan tetap mengenyangkan.
  • Sandwich & Roti John – Pilihan yang cepat dan senang dimakan.
  • Nugget, Sosej, & Kentang Goreng – Pilihan yang sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Tips Untuk Open House Raya yang Lancar

  1. Pastikan makanan cukup dan pelbagai supaya semua tetamu dapat menikmati hidangan.
  2. Sediakan ruang makan yang selesa, kalau boleh letak meja buffet untuk mudahkan tetamu ambil makanan sendiri.
  3. Jangan lupa sediakan air kosong untuk tetamu yang nak pilihan minuman yang lebih ringan.
  4. Kalau boleh, elakkan makanan yang terlalu pedas untuk pastikan semua orang boleh menikmatinya.

Dengan menu-menu yang kita cadangkan ni, confirm rumah terbuka korang akan jadi meriah dan tetamu pun puas hati! Jadi, korang dah fikir nak masak apa untuk rumah terbuka korang nanti?

Jangan lupa kongsi artikel Cadangan Menu Rumah Terbuka ni kalau korang rasa ianya bermanfaat. menu open house budget

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *