Tahun 2025 bakal dipenuhi dengan banyak peluang untuk korang rehat, travel dan luangkan masa berkualiti bersama orang tersayang. Jika korang tinggal atau bekerja di ibu negara, penting untuk tahu senarai Kuala Lumpur Public Holidays 2025 supaya korang boleh merancang percutian atau aktiviti korang lebih awal.
Dalam artikel ini, kami senaraikan cuti umum Kuala Lumpur 2025, serta tips perancangan cuti yang boleh membantu korang manfaatkan setiap hari cuti yang ada.
Senarai Cuti Umum Kuala Lumpur 2025
Di bawah ini adalah jadual senarai lengkap cuti umum yang disambut di Kuala Lumpur sepanjang tahun 2025. Pastikan korang tandakan tarikh penting ni dalam kalendar untuk mudahkan perancangan travel, balik kampung atau aktiviti santai bersama keluarga!
Tarikh (2025) | Hari | Cuti |
1 Januari | Rabu | Hari Tahun Baharu |
29 Januari | Rabu | Chinese New Year |
30 Januari | Khamis | Chinese New Year Holiday |
1 Februari | Sabtu | Hari Wilayah Persekutuan |
11 Februari | Selasa | Thaipusam |
18 Mac | Selasa | Nuzul Al-Quran |
31 Mac | Isnin | Hari Raya Aidilfitri * |
1 April | Selasa | Hari Raya Aidilfitri Holiday |
1 Mei | Khamis | Hari Buruh |
12 Mei | Isnin | Hari Wesak |
2 Jun | Isnin | Hari Keputeraan Agong |
7 Jun | Sabtu | Hari Raya Haji* |
27 Jun | Jumaat | Awal Muharram |
31 Ogos | Ahad | Hari Merdeka |
1 September | Isnin | Hari Merdeka Holiday |
5 September | Jumaat | Maulidur Rasul |
16 September | Selasa | Hari Malaysia |
20 Oktober | Isnin | Deepavali |
25 Disember | Khamis | Hari Natal |
*Tertakluk kepada pengisytiharan rasmi dan perubahan berdasarkan pengiraan kalendar Islam.
Lawati kabinet.gov.my untuk siaran asal.
Cuti Panjang & ‘Cuti Sandwich‘
Gunakan kalender cuti umum dan cuti sekolah 2025 untuk rancang ‘cuti panjang’ dengan bijak. Contohnya, korang boleh ambil cuti tahunan pada 30 April (Rabu) untuk dapat ‘long weekend’ dari Rabu hingga Ahad sempena Hari Pekerja. Begitu juga dengan cuti Aidilfitri dan Hari Raya Haji, yang jatuh pada hari bekerja — sesuai untuk dirancang balik kampung atau melancong.
Artikel Berkaitan:
Kalendar Cuti Sekolah 2025 / 2026
Cuti Panjang 2025: Senarai Tarikh Long Weekend’ di Malaysia
Perancangan Percutian & Aktiviti Keluarga
Cuti umum bukan sekadar rehat — ia peluang untuk merancang percutian dalam Malaysia, staycation di sekitar Kuala Lumpur, atau sertai pelbagai festival kebudayaan. Korang juga boleh semak senarai tarikh cuti sekolah 2025 untuk selarikan dengan cuti anak-anak.
Sekarang dah tahu senarai penuh Kuala Lumpur Public Holidays 2025, jom mula buat perancangan! Sama ada nak bercuti dalam negara, balik kampung, atau hanya rehat di rumah — gunakan cuti umum dengan bijak.
Simpan artikel ni untuk rujukan dan kongsikan dengan keluarga atau kawan-kawan yang tengah rancang cuti juga. Jangan lupa follow Projek Travel untuk lebih banyak info menarik, panduan travel, dan tips percutian terkini sepanjang tahun!