11 Lagu Raya Siti Nurhaliza: Koleksi Lagu Raya Evergreen & Baharu

Lagu Raya Siti Nurhaliza
Kongsi Artikel ini

Bila tibanya Syawal, tak sah kalau tak dengar lagu-lagu dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Pelbagai rentak, dari irama klasik hingga rentak moden, lagu raya nyanyian Siti telah menjadi sebahagian daripada warna dan menghidupkan suasana Aidilfitri di Malaysia.

Ada lagu-lagu beliau yang cukup popular dan dikategorikan sebagai “evergreen” — maksudnya lagu yang tak pernah lapuk dek zaman, sentiasa diputarkan saban tahun. Tapi, tahukah korang sebenarnya ada juga beberapa lagu raya Siti yang wujud, tapi kurang dikenali ramai?

Dalam artikel ini, kami senaraikan 11 lagu raya Siti Nurhaliza sepanjang zaman — daripada yang lama hingga yang paling terkini. Bukan sekadar senarai, tapi juga info lengkap seperti tahun terbitan, siapa pencipta lagu dan sedikit cerita di sebalik setiap karya.

Nikmat Hari Raya

Lagu “Nikmat Hari Raya” merupakan salah satu karya kolaboratif yang menonjol dalam diskografi Siti Nurhaliza. Lagu ini menampilkan kerjasama antara Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, New Boyz, dan Aqasha.

Tahun1998
KomposerMurad
LirikSeptember 5
Official Music VideoNikmat Hari Raya

Bila Hari Raya Menjelma

Lagu yang membangkitkan suasana persiapan menyambut Syawal, dari menghias rumah hingga menyediakan juadah tradisional, dengan melodi yang ceria dan lirik yang menggambarkan kehangatan Hari Raya.

Tahun2000
KomposerS. Atan
LirikNurul Asyiqin
Official Music VideoBila Hari Raya Menjelma

Nazam Lebaran

Sebuah lagu raya yang unik, dengan elemen tradisional yang kuat. Lagu ini menggabungkan rentak nazam dengan lirik yang memuji kebesaran Allah dan mengajak umat Islam untuk mensucikan diri di hari lebaran. Ia menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari lagu raya evergreen dengan sentuhan tradisional.

Tahun2001
KomposerPak Ngah
LirikNurul Asyiqin
Official Music VideoNazam Lebaran

Air Mata Syawal

Sebuah lagu raya yang menyentuh emosi pendengar dengan kisah seorang anak yang tidak dapat pulang beraya bersama keluarga, menggambarkan kerinduan dan kesedihan di hari yang mulia.

Tahun2002
KomposerPak Ngah
LirikNurul Asyiqin
Official Music VideoAir Mata Syawal

Anugerah Aidilfitri

Tajuk utama album raya Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 10 Disember 2003. Sebuah lagu dengan rentak rancak yang mengajak pendengar untuk mensyukuri nikmat dan memohon keampunan di hari yang mulia ini.​

Tahun2003
KomposerPak Ngah
LirikCe’Kem
Official Music VideoAnugerah Aidilfitri

Meriah Suasana Hari Raya

Lagu yang menggambarkan kemeriahan dan kegembiraan suasana Hari Raya di kampung halaman, dengan lirik yang menceritakan tentang kunjungan sanak saudara dan hidangan tradisional.​

Tahun2003
KomposerKhir Rahman
LirikHairul Anuar Harun
Official Music VideoMeriah Suasana Hari Raya

Mekar Hari Raya

Lagu yang membawa tema kesyukuran dan kebahagiaan menyambut Hari Raya, dengan melodi yang segar dan lirik yang menggambarkan keindahan suasana lebaran.

Tahun2003
KomposerAzmeer
LirikSenibayan
Official Music VideoMekar Hari Raya

Sesuci Lebaran

Lagu yang menekankan pentingnya memohon maaf, membersihkan jiwa, dan menyambut lebaran dengan hati yang suci, membawa pendengar menyelami suasana pagi Syawal yang penuh kesyukuran dan keinsafan.​

Tahun2003
KomposerPak Ngah
LirikHairul Anuar Harun
Official Music VideoSesuci Lebaran

Hari Kemenangan

Lagu yang mengandungi mesej tentang kemenangan umat Islam melawan nafsu pada bulan puasa serta memohon keampunan sesama insan dan daripada Yang Maha Esa, dengan melodi yang menyentuh hati.

Tahun2016
KomposerPak Ngah
LirikSiso Kopratasa
Official Music VideoHari Kemenangan

Lip Lap Raya

Lagu raya bernafas moden yang menggabungkan rentak inang, canggung serta turut diselitkan elemen dikir barat, berkisarkan kemeriahan sambutan hari raya setelah dua tahun berada dalam fasa pandemik.

Tahun2022
KomposerAjay Amai, Glow Rush, Karim Karam, Mike Chan
LirikAjay Amai, Glow Rush, Karim Karam, Mike Chan
Official Music VideoLip Lap Raya

Raya Nak Ke Mana?

Lagu raya berentak zapin yang mengembalikan nostalgia lagu raya dengan sentuhan segar terbitan anak muda, menggambarkan kemeriahan dan kegembiraan menyambut Hari Raya.​

Tahun2025
KomposerAisha Retno, RADi​
LirikAisha Retno, Amylea Azizan
Official Music VideoRaya Nak Ke Mana?

Lagu-lagu raya nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza sememangnya telah meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa pendengar. Daripada lagu-lagu evergreen seperti “Sesuci Lebaran” dan “Anugerah Aidilfitri”, hinggalah kepada karya terkini seperti “Raya Nak Ke Mana?” dan “Lip Lap Raya”, semuanya membuktikan kehebatan beliau dalam menyampaikan mesej Aidilfitri yang menyentuh emosi.

Sama ada korang mencari lirik lagu raya Siti Nurhaliza untuk dijadikan kapsyen media sosial, atau sekadar ingin throwback kenangan lama, koleksi lagu raya beliau memang wajib ada dalam playlist. Ada lagu yang dah jadi siulan setiap tahun, dan ada juga yang mungkin ramai belum tahu kewujudannya — tapi tetap bernilai dan menggambarkan semangat Syawal.

Artikel Berkaitan : 5 Lagu Raya Trending 2025 di YouTube Malaysia Yang Wajib Masuk Playlist Korang!

Jadi, kalau korang rasa artikel ni bermanfaat dan penuh nostalgia, jangan lupa simpan dan kongsikan dengan keluarga serta kawan-kawan yang juga peminat setia Siti Nurhaliza.

Untuk lebih banyak lirik lagu raya Siti Nurhaliza, trivia Aidilfitri dan inspirasi travel musim perayaan, follow Projek Travel sekarang di semua platform sosial media! Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan semoga suasana lebaran korang lebih meriah tahun ni!

One thought on “11 Lagu Raya Siti Nurhaliza: Koleksi Lagu Raya Evergreen & Baharu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *