Setiap tahun, umat Islam di Malaysia sangat menanti-nantikan ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Inilah satu-satunya masa terbaik untuk berkumpul dengan keluarga dan kawan-kawan, eratkan hubungan yang mungkin sudah lama renggang.
Soalan yang sering bermain di fikiran ramai ialah, “Bila tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025?” Dalam artikel ini, kita akan kongsikan tarikh jangkaan, cara penentuannya, serta persiapan dan tradisi unik yang menjadikan perayaan ini lebih istimewa.
Tarikh Jangkaan Hari Raya Aidilfitri 2025
Menurut kalendar Islam, Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 1 Syawal setiap tahun. Berdasarkan kiraan falak, Hari Raya Aidilfitri 2025 di Malaysia dijangka jatuh pada Isnin, 31 Mac 2025. Walau bagaimanapun, tarikh rasmi akan diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia selepas melihat anak bulan.
Kaedah Penentuan Tarikh Hari Raya Aidilfitri
Penentuan tarikh Hari Raya Aidilfitri di Malaysia dibuat berdasarkan kaedah rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan astronomi). Proses ini dilakukan oleh pihak berkuasa di beberapa lokasi strategik di seluruh negara. Sekiranya anak bulan kelihatan, maka Hari Raya akan disambut keesokan harinya. Jika tidak, Ramadan akan dilengkapkan kepada 30 hari.
Untuk pengetahuan semua, sebelum tahun 1972, setiap negeri mempunyai kuasa sendiri dalam menetapkan tarikh-tarikh penting ini.
Cerapan anak bulan pertama kali dilakukan secara rasmi untuk menetapkan permulaan puasa di seluruh Malaysia pada 29 Syaaban 1392H (7 Oktober 1972) di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Sejak itu, pengisytiharan permulaan puasa, Hari Raya Aidilfitri, dan Hari Raya Haji dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui siaran Radio dan Televisyen selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Lokasi Cerapan Anak Bulan di Malaysia
Berikut adalah beberapa lokasi utama cerapan anak bulan di Malaysia:
- Bukit Melawati, Selangor
- Kampung Pulau Sayak, Kedah
- Bukit Besar, Terengganu
- Bukit Jugra, Selangor
- Pantai Pasir Panjang, Perak
- Tanjung Lubang, Sarawak
- Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka
- Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam
- Balai Cerap KUSZA, Terengganu
- Bukit Tanjong Batu, Sabah
Tradisi Sambutan Hari Raya di Malaysia
Hari Raya Aidilfitri di Malaysia disambut dengan pelbagai tradisi unik yang menjadikannya lebih meriah dan penuh makna. Perayaan ini bukan sekadar meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa, tetapi juga peluang untuk mempereratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
Antara tradisi yang menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk:
- Solat sunat Aidilfitri di pagi 1 Syawal di masjid dan surau.
- Ziarah-menziarahi dan bermaafan sesama keluarga dan sahabat handai.
- Memberikan duit raya kepada kanak-kanak dan ahli keluarga.
- Mengunjungi pusara untuk mendoakan ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
- Menikmati juadah khas Hari Raya seperti rendang, lemang, ketupat, dan lontong.
Cuti Umum Hari Raya Aidilfitri 2025 di Malaysia
Bagi mereka yang merancang cuti lebih awal, berikut adalah cuti umum bagi Hari Raya Aidilfitri 2025. Merancang percutian lebih awal sangat penting, terutama bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman atau mengambil kesempatan untuk bercuti bersama keluarga.
Dengan cuti umum yang telah diumumkan, anda boleh menyusun jadual perjalanan dengan lebih baik, sama ada untuk pulang ke kampung, melancong, atau sekadar berehat di rumah. Berikut adalah perincian cuti umum bagi Hari Raya Aidilfitri 2025:
- 31 Mac 2025 (Isnin) – Hari Raya Aidilfitri (Hari Pertama)
- 1 April 2025 (Selasa) – Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)
- 2 April 2025 (Rabu) – Cuti tambahan bagi negeri tertentu
- 5 & 6 April 2025 (Sabtu & Ahad) – Hujung minggu bagi kebanyakan negeri
Dengan cuti panjang ini, ramai yang akan mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung, bertemu sanak saudara, dan menikmati suasana meriah bersama keluarga tersayang. Bagi mereka yang tinggal jauh dari kampung halaman, inilah peluang terbaik untuk menghidupkan kembali kenangan bersama orang tersayang.
Selain itu, ada juga yang memilih untuk melancong ke destinasi menarik, sama ada dalam atau luar negara, bagi mengisi masa cuti dengan pengalaman baharu yang bermakna. Tidak ketinggalan, ada yang menggunakan kesempatan ini untuk berehat di rumah dan menikmati ketenangan selepas sebulan berpuasa.
Apapun pilihan korang, yang penting adalah menikmati Hari Raya dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran.
Kesimpulan
Hari Raya Aidilfitri 2025 di Malaysia dijangka jatuh pada 31 Mac 2025, tetapi pengumuman rasmi akan dibuat oleh kerajaan. Perayaan ini bukan sahaja tentang kegembiraan dan juadah lazat, tetapi juga tentang mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Semoga sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna buat kita semua!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2025! Maaf Zahir dan Batin. 🎉
Artikel Menarik : Cuti Nuzul Quran 2025
2 thoughts on “Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 di Malaysia: Bila Raya Tahun Ini?”