Pas MyCity Kuala Lumpur. Jika korang mencari cara paling mudah dan menjimatkan untuk bergerak di sekitar Lembah Klang, Pas MyCity merupakan pilihan terbaik. Dengan pas perjalanan ini, korang boleh menikmati perjalanan tanpa had menaiki semua perkhidmatan pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Rapid KL, termasuk LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL, dan perkhidmatan bas perantara MRT.
Artikel ini akan menerangkan secara lengkap mengenai Pas MyCity, cara membelinya, kelebihannya, dan siapa yang patut menggunakannya.
Apa Itu Pas MyCity?
Pas MyCity ialah pas perjalanan tanpa had yang boleh digunakan untuk 1 hari, 2 hari, atau 3 hari bergantung pada pilihan dan keperluan korang. Ia sangat sesuai untuk pengguna yang banyak menggunakan pengangkutan awam dalam sehari atau pelancong yang ingin meneroka Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya dengan lebih mudah.
Apakah jenis-jenis Pas MyCity yang ditawarkan?
Terdapat tiga (3) jenis Pas MyCity iaitu :
- Pas MyCity 1 Hari
- Pas MyCity 2 Hari
- Pas MyCity 3 Hari
Setiap pas ini sah untuk penggunaan dalam tempoh 1, 2 atau 3 hari mengikut pilihan anda. Pas ini akan diaktifkan menerusi kad Touch ‘n Go atau MyKad yang mempunyai cip Touch ‘n Go.
Siapakah Yang Boleh Membeli Pas MyCity?
Pas MyCity terbuka kepada semua – warganegara dan bukan warganegara. Tiada syarat khusus untuk membeli pas ini, menjadikannya pilihan terbaik untuk semua golongan pengguna pengangkutan awam.
Siapa Yang Sesuai Menggunakan Pas MyCity?
- Pelancong: Jika anda ingin meneroka bandar Kuala Lumpur dengan mudah tanpa perlu membeli tiket setiap kali menaiki pengangkutan awam, pas ini sangat berbaloi.
- Pekerja Harian: Jika anda bekerja dan perlu menaiki pengangkutan awam secara kerap dalam sehari, Pas MyCity boleh membantu mengurangkan kos perjalanan.
- Pelajar: Pelajar yang sering bergerak antara universiti, kolej, dan tempat tinggal boleh menggunakan pas ini untuk perjalanan yang lebih mudah dan menjimatkan.
Harga Pas MyCity
Berikut adalah harga bagi setiap pilihan Pas MyCity:
Harga Pas MyCity bagi Pengguna yang Mempunyai Kad Touch ‘n Go
Jenis Pas | Warganegara (RM) | Bukan Warganegara (RM) |
---|---|---|
Pas MyCity 1 Hari | RM 6.00 | RM 10.00 |
Pas MyCity 2 Hari | RM 11.00 | RM 18.00 |
Pas MyCity 3 Hari | RM 15.00 | RM 25.00 |
Nota: Harga yang dinyatakan di atas tidak termasuk harga kad Touch ‘n Go dan nilai minimum dompet yang ditetapkan.
Harga Pas MyCity bagi Pengguna yang Tidak Mempunyai Kad Touch ‘n Go
Jenis Pas | Warganegara (RM) | Bukan Warganegara (RM) |
Pas MyCity 1 Hari | RM 25.00 | RM 30.00 |
Pas MyCity 2 Hari | RM 30.00 | RM 35.00 |
Pas MyCity 3 Hari | RM 35.00 | RM 45.00 |
Harga yang dinyatakan di atas adalah termasuk harga kad Touch ‘n Go (RM10.00) dan nilai dompet.
Contoh untuk Pembelian MCP1 (untuk Kad Touch ‘n Go Baharu)
Pelanggan perlu membayar RM25.00, bersamaan RM10.00 untuk harga kad Touch ‘n Go NFC + RM15.00 untuk nilai tambah minimum Touch ‘n Go buat pertama kali. Selepas itu, RM6.00 akan ditolak daripada kad untuk harga pas pengaktifan MCP1. Oleh itu, baki nilai dompet adalah RM9.00.
Cara Membeli Pas MyCity
Anda boleh mendapatkan Pas MyCity di kaunter perkhidmatan pelanggan di Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di:
- Semua stesen LRT, MRT, Monorel dan BRT.
- Hab bas terpilih (Chow Kit, Pasar Seni, Section 2 Shah Alam, Greenwood, Sri Nilam, KLCC,
Pearl Point, Puchong Utama & Sunway Pyramid). - Secara dalam talian melalui aplikasi MyRapid PULSE / MyRapid Shop
(https://shop.myrapid.com.my/)
Setelah pembelian dibuat, pas ini akan diaktifkan setelah anda menggunakannya buat pertama kali di mana-mana perkhidmatan Rapid KL. Jika anda membeli Pas MyCity pada hari Isnin tetapi hanya mula menggunakannya pada hari Rabu, tempoh sah pas hanya akan bermula pada hari Rabu.
Kesimpulan
Pas MyCity adalah pilihan yang sangat bijak bagi sesiapa sahaja yang ingin menikmati perjalanan tanpa had di Lembah Klang dengan harga yang berpatutan. Tak kiralah korang ni seorang pelancong, pekerja atau pelajar, pas ini menawarkan fleksibiliti dan penjimatan yang ketara dalam perjalanan harian korang.
Jadi, jika korang banyak menggunakan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan sekitarnya, pastikan korang mempertimbangkan untuk mendapatkan Pas MyCity!
Pas kenderaan awam tanpa had KL, Pas perjalanan tanpa had Kuala Lumpur