Senarai Negara Yang Tidak Memiliki Laut ; Landlocked Country

Negara Yang Tidak Memiliki Laut
Kongsi Artikel ini

Senarai Negara Yang Tidak Memiliki Laut . Di dunia ini, terdapat 193 buah negara yang diakui oleh PBB. Apa yang menariknya, ada di antaranya yang tidak mempunyai pantai dan laut atau dikenali sebagai negara yang terkurung daratan.

Untuk pengetahuan korang, negara yang terkurung daratan tersebut dalam bahasa Inggeris disebut dengan istilah landlocked country.

Sekitar 22% atau 45 negara telah dikategorikan sebagai negara yang terkurung daratan kerana 100% kawasan daratannya tidak berhubung langsung dengan pantai atau lautan.

Di antara 44 negara terkurung daratan tersebut, 16 negara berada di benua Afrika, 12 negara di benua Asia, 15 negara di benua Eropah, dan 2 negara lainnya terletak di benua Amerika Selatan.

Negara Yang Tidak Memiliki Laut terbesar di dunia ini adalah Kazakhstan dengan luas wilayah sebesar 2,724,900 km².

Senarai Negara Tidak Memiliki Laut

Berikut merupakan senarai negara yang tidak memiliki laut atau terkurung daratan beserta luas wilayahnya :

1. Benua Asia

  • Afganistan 652.230 km²
  • Armenia 29.743 km²
  • Azerbaijan 86.600 km²
  • Bhutan 38.394 km²
  • Kazakhstan 2.724.900 km²
  • Kyrgyzstan 199.951 km²
  • Laos 236.800 km²
  • Mongolia 1.564.116 km²
  • Nepal 147.181 km²
  • Tajikistan 144.100 km²
  • Turkmenistan 488.100 km²
  • Uzbekistan 447.400 km²

2. Benua Afrika

  • Botswana 581.730 km²
  • Burkina Faso 274.200 km²
  • Burundi 27.830 km²
  • Chad 1.284.000 km²
  • Ethiopia 1.104.300 km²
  • Lesotho 30.355 km²
  • Malawi 118.484 km²
  • Mali 1.240.192 km²
  • Niger 1.267.000 km²
  • Rep. Afrika Tengah 622.984 km²
  • Rwanda 26.338 km²
  • Sudan Selatan 644.329 km²
  • Swaziland 17.364 km²
  • Uganda 241.038 km²
  • Zambia 752.618 km²
  • Zimbabwe 390.757 km²

3. Benua Eropah

  • Andorra 468 km²
  • Austria 83.871 km²
  • Belarus 207.600 km²
  • Hungaria 93.028 km²
  • Kosovo 10.887 km²
  • Liechtenstein 160 km²
  • Luksemburg 2.586 km²
  • Makedonia 25.713 km²
  • Republik Ceko 78.867 km²
  • San Marino 61 km²
  • Serbia 77.474 km²
  • Slowakia 49.035 km²
  • Swiss 41.277 km²
  • Vatikan 0,44 km²
  • Moldova 33.851 km²

4. Benua Amerika Selatan

  • Bolivia 1.098.581 km²
  • Paraguay 406.752 km²

Negara-negara yang terkurung daratan ini menghadapi cabaran unik kerana tidak mempunyai akses langsung ke laut, yang boleh mempengaruhi ekonomi, perdagangan, dan hubungan antarabangsa mereka.

Tanpa pelabuhan laut, negara-negara ini sering bergantung kepada negara jiran untuk urusan eksport dan import, menjadikan hubungan diplomatik serta infrastruktur darat sebagai aspek penting dalam pembangunan mereka.

Dengan memahami kedudukan dan ciri-ciri landlocked country, kita dapat lebih menghargai kepelbagaian geografi dunia serta bagaimana setiap negara menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza.

Artikel Berkaitan : 5 Negara Terkecil di Dunia yang Menarik untuk Diketahui

Semoga artikel berkenaan senarai Negara Yang Tidak Memiliki Laut ini dapat memberikan pengetahuan yang bermanfaat untuk anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *