Nak Ke Pasar Malam Golok Thailand? Ini Cara Mudah Berjalan Kaki dari Rantau Panjang

Pasar Malam Sungai Golok
Kongsi Artikel ini

Pasar malam merupakan salah satu daya tarikan budaya yang tidak dapat dinafikan, menghidupkan suasana dengan makanan yang lazat, barangan unik, harga yang murah serta kehadiran orang ramai yang menjadikannya lebih meriah. Salah satu pasar malam yang menarik dan wajib dikunjungi ialah Pasar Malam Golok yang terletak di Su-ngai Kolok, Thailand.

Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih unik adalah perjalanan berjalan kaki dari Imigresen Malaysia di Rantau Panjang, menyeberangi Sungai Golok, melalui Imigresen Thailand, sehingga sampai ke Pasar Malam Golok dengan jarak lebih kurang 2 kilometer. Jom ikuti perjalanan menarik ini dan alami sendiri keunikan pasar malam ini hanya dengan bergantung pada jejak kaki sendiri!

Jalan Kaki ke Pasar Malam Golok

Permulaan Perjalanan Dari Rantau Panjang

Kami memulakan perjalanan dengan meletakkan kenderaan di kawasan parkir berhampiran imigresen Rantau Panjang. Dari sini, perjalanan bermula apabila tiba di Imigresen Malaysia untuk melengkapkan prosedur keluar. Setelah selesai, kami mula berjalan kaki menyeberangi Sungai Golok ke arah Imigresen Thailand di Su-ngai Kolok.

Walaupun jaraknya tidak jauh, terdapat pilihan untuk menaiki motosikal sewa (‘Wings’) yang mengenakan caj sekitar RM10 sehala. Namun, bagi yang ingin berjimat dan menikmati perjalanan dengan lebih santai, berjalan kaki adalah pilihan terbaik.

Dari Imigresen Su-ngai Kolok ke Pasar Malam Golok

point pasar malam golok

Selepas selesai urusan di Imigresen Su-ngai Kolok, perjalanan diteruskan dengan berjalan kaki lebih kurang 2 kilometer untuk sampai ke Pasar Malam Golok. Untuk memudahkan perjalanan, korang boleh set lokasi ‘The Factory Cafe & Fitness‘ di Waze sebagai rujukan kerana ia merupakan titik rujukan yang dekat dengan pasar malam tersebut.

Keunikan Pasar Malam Golok

Pasar Malam Golok berlangsung setiap hari Jumaat bermula dari jam 6 petang hingga lewat malam. Pasar ini bukan sekadar tempat membeli-belah biasa, tetapi ia merupakan syurga makanan Thai dengan pelbagai pilihan makanan unik pada harga yang sangat berpatutan. Beberapa makanan yang wajib dicuba di sini termasuk:

  • Pulut Mangga Thai
  • Daging Bakar
  • Somtam (Kerabu Betik)
  • Nasi Belacan
  • Pancake Thai
  • Teh Thai dan minuman unik lain
@projektravel Pasar malam Sungai Kolok (Golok) Thailand. Banyak makanan murah dan sedap-sedap. Dibuka setiap hari Jumaat dari jam 4pm – 9pm. #PasarMalamGolok #Thailand #Narathiwat #MakanLokal #Foodie #CutiCutiTikTok #LearnOnTikTok ♬ original sound – ProjekTravel

Selain makanan, terdapat juga pelbagai barangan unik seperti pakaian, aksesori, dan cenderamata yang sesuai untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Pengalaman Berjalan Kaki ke Pasar Malam Golok

Perjalanan berjalan kaki dari Rantau Panjang ke pasar malam memberikan pengalaman yang unik dan menyeronokkan. Bukan sahaja dapat menjimatkan kos perjalanan, tetapi ia juga memberikan peluang untuk merasai sendiri budaya tempatan, menikmati pemandangan sekitar, dan merasai kehidupan malam di Golok dengan lebih dekat.

@projektravel Pengalaman min ke #PasarMalamGolok jalan kaki dari #RantauPanjang. #SungaiGolok #Thailand #Kelantan #VisitThailand #Travel #SungaiKolok #MakanLokal #ThaiFood ♬ Ghibli-style nostalgic waltz – MaSssuguMusic

Bagi yang ingin bermalam di sini, terdapat banyak hotel bajet yang selesa dan murah untuk pelancong. Ini menjadikannya destinasi yang sesuai untuk short getaway bagi rakyat Malaysia yang ingin merasai pengalaman berbeza di negara jiran.

Tips & Perkara Yang Perlu Diperhatikan

Sebelum merancang perjalanan ke Pasar Malam di sungai Kolok, pastikan korang:

  • Menyemak garis panduan perjalanan semasa, termasuk peraturan imigresen.
  • Membawa dokumen perjalanan yang sah, termasuk pasport.
  • Mengambil kira faktor keselamatan sebelum menerokai kawasan baru.
  • Menukar mata wang ke Baht Thailand untuk memudahkan urusan membeli-belah.

Dengan sedikit perancangan, perjalanan ini pasti menjadi satu pengalaman menarik dan berbaloi untuk dicuba!

Jadi, jika korang mencari pengalaman baru yang best, tiada cara yang lebih menarik selain menerokai Pasar Malam di Golok dengan berjalan kaki. Selain menjimatkan kos, pengalaman ini membolehkan korang lebih menghargai keindahan suasana tempatan dan kepelbagaian budaya di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Jangan lupa kongsikan pengalaman korang jika pernah ke sini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *