Perkhidmatan Feri Labuan ke Kota Kinabalu Kembali! Promosi Tiket Hingga Ogos!

Feri Labuan ke Kota Kinabalu
Kongsi Artikel ini

Perkhidmatan Feri Labuan ke Kota Kinabalu Kembali! Promosi Tiket Hingga Ogos

Selepas lebih tiga tahun menyepi akibat pandemik, perkhidmatan feri ekspres Labuan – Kota Kinabalu (KK) kini kembali beroperasi! Kehadiran semula Kinabalu Express membelah lautan biru membawa semula keterujaan perjalanan merentas dua destinasi ikonik Borneo.

Pelayaran Pertama Penuh Penumpang!

Tanggal 28 Mei 2025 menjadi saksi kembalinya perkhidmatan feri Kinabalu Express yang telah lama dinanti. Tepat jam 10 pagi, feri berlepas dari Terminal Feri Antarabangsa Labuan (LIFT) dengan kapasiti penuh, mencerminkan keterujaan orang ramai terhadap pembukaan semula laluan ikonik Labuan – Kota Kinabalu selepas lebih tiga tahun terhenti.

Manakala bagi perjalanan balik, feri dari Kota Kinabalu dijadualkan berlepas pada keesokan harinya, Khamis, 29 Mei, jam 8 pagi dari Jesselton Point.

Kapasiti & Kemudahan Feri

Feri Kinabalu Express direka untuk memberi keselesaan maksimum kepada penumpang. Dengan kapasiti sehingga 212 orang, feri ini menawarkan dua pilihan tempat duduk mengikut keselesaan dan bajet:

  • 146 tempat duduk ekonomi – sesuai untuk perjalanan santai dan menjimatkan
  • 66 tempat duduk kelas bisnes – untuk korang yang inginkan ruang lebih luas dan pengalaman yang lebih selesa sepanjang pelayaran

Sama ada untuk percutian bajet atau perjalanan yang lebih premium, semuanya tersedia dalam satu feri!

Jadual Perjalanan Terkini

Buat sementara waktu, perjalanan harian disediakan sempena Pesta Kaamatan & cuti sekolah sehingga 3 Jun 2025.

Mulai 4 Jun, feri akan beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Namun, jadual ini fleksibel dan akan disesuaikan mengikut permintaan orang ramai.

Promosi Tiket Gila-Gila Hingga 3 Ogos 2025!

Sempena Borneo Flora Festival (BFF), harga tiket promosi yang sangat berbaloi ditawarkan hingga awal Ogos!

Harga Tiket Promosi

Kategori Penumpang Jenis Tempat Duduk Dewasa (RM) Kanak-kanak (RM)
Warganegara Malaysia Ekonomi 35.00 22.50
Bisnes 45.00 27.50
Pelancong Antarabangsa Ekonomi 80.00 45.00
Kelas Pertama 90.00 50.00

Nota: Harga akan disemak semula selepas 3 Ogos dengan sedikit kenaikan.

Cara Beli Tiket Feri Labuan–KK

Mudah dan cepat:

  • Secara online: labuanpay.my
  • Kaunter fizikal: Terminal LIFT (Labuan) & Jesselton Point (Kota Kinabalu)

Impak Positif Kepada Ekonomi Tempatan

Sebelum pandemik, laluan ini mencatat sehingga 120,000 penumpang setahun. Kini, dengan operasi yang disambung semula, pihak berkuasa berharap ia akan:

  • Menggalakkan industri pelancongan
  • Meningkatkan aktiviti ekonomi tempatan
  • Memudahkan urusan harian komuniti setempat

Menurut CEO LIFT, Noor Halim Zaini, ini adalah langkah penting dalam menyemarakkan semula ekonomi Labuan dan Sabah.

Sokongan Penuh Dari Pihak Kerajaan

Menurut Menteri JPM (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, perkhidmatan ini bukan hanya untuk mobiliti, malah penting untuk:

  • Meningkatkan ekonomi serantau
  • Memudahkan perhubungan sosial & keluarga
  • Majlis pelancaran turut disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Kembalinya perkhidmatan feri Labuan–Kota Kinabalu bukan sahaja membuka semula laluan fizikal antara dua wilayah, tetapi juga menghubungkan semula komuniti, pelancongan dan ekonomi tempatan yang sekian lama terjejas. Dengan harga promosi yang menarik dan jadual yang fleksibel, inilah masa terbaik untuk korang merancang perjalanan ke Borneo; sama ada untuk bercuti, balik kampung, atau sekadar menikmati semula pengalaman naik feri yang penuh nostalgia. Jangan lepaskan peluang ini, jom rancang perjalanan korang hari ini!

BACA: Bantuan Sabah 2025: Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR)

Kalau korang rasa artikel Perkhidmatan Feri Labuan ke Kota Kinabalu ini bermanfaat, jangan lupa untuk simpan dan kongsikan kepada rakan-rakan yang mungkin sedang merancang ke Sabah atau Labuan. Untuk lebih banyak info pelancongan menarik, ikuti Projek Travel di semua platform media sosial seperti TikTok, Instagram, YouTube dan Lemon8 hari ini!

Sumber: www.iloveborneo.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *