Kenapa kerusi kapal terbang perlu ditegakkan? Pernah tak, masa naik kapal terbang—tak kira lah AirAsia, Malaysia Airlines, atau mana-mana pesawat antarabangsa lain—korang ditegur oleh kru kabin untuk menegakkan tempat duduk, menyimpan meja lipat, dan membuka penutup tingkap sebelum berlepas atau mendarat? Nampak macam arahan kecil je, tapi sebenarnya, ada sebab yang sangat penting di sebalik setiap satu arahan tu.
Dalam artikel ini, kita akan lihat kenapa langkah seperti menegakkan kerusi, menyimpan meja, dan membuka tingkap bukan sekadar formaliti. Langkah-langkah ini boleh menyelamatkan nyawa jika berlaku kecemasan (moga dijauhkan).
Jom kita bongkar rahsia di sebalik soalan yang kita selalu terfikir semasa naik pesawat untuk travel.
Kenapa Perlu Tegakkan Kerusi, Simpan Meja Lipat, & Buka Penutup Tingkap Semasa Kapal Terbang Berlepas & Mendarat?
Ramai yang anggap arahan ini sekadar prosedur biasa, tapi sebenarnya setiap langkah berkait rapat dengan keselamatan penumpang. Take-off dan landing adalah fasa berisiko dalam penerbangan. Jadi, persiapan penting untuk memastikan semua boleh bertindak pantas jika berlaku kecemasan.
Menegakkan Sandaran Kerusi
Alasan : Sandaran kerusi yang ditegakkan membantu memastikan laluan keluar tidak terhalang, membolehkan penumpang di belakang bergerak dengan mudah jika berlaku kecemasan. (Sumber: Reader’s Digest)
Menyimpan Meja Lipat
Alasan : Meja lipat yang disimpan dapat memastikan tiada halangan di hadapan penumpang, memudahkan pergerakan pantas jika perlu meninggalkan pesawat dengan segera. Meja yang terbuka boleh menghalang pergerakan dan meningkatkan risiko kecederaan semasa situasi kecemasan.
Membuka Penutup Tingkap
Alasan : Penutup tingkap yang dibuka membolehkan kru kabin dan penumpang menilai keadaan di luar pesawat dengan cepat, seperti mengesan kebakaran atau halangan yang boleh menjejaskan proses pemindahan. Selain itu, cahaya semula jadi yang masuk membantu mata penumpang menyesuaikan diri dengan keadaan luar, mengurangkan disorientasi jika pemindahan segera diperlukan. (Sumber: New York Post)
Kesimpulannya, arahan seperti menegakkan kerusi dan buka tingkap nampak remeh, tapi sebenarnya ada sebab penting di sebaliknya. Semua arahan kru kabin tu untuk keselamatan kita semua, supaya perjalanan lebih smooth dan selamat. Jadi, lain kali bila naik kapal terbang, jangan ingkar setiap arahan yang di beri oleh kru kabin ya!
Artikel Berkaitan : 10 Barang Dilarang dalam Bagasi Daftar – Jangan Sampai Tersangkut!
Sekarang korang dah tahu Kenapa kerusi kapal terbang perlu ditegakkan. Jika artikel ini berguna, kongsi dengan kawan yang selalu travel atau simpan untuk rujukan akan datang.
One thought on “Kenapa Kerusi Ditegakkan & Buka Tingkap Sebelum Kapal Terbang Berlepas & Mendarat”