Resipi Kek Buah Bakar: Dijamin Sedap dan Moist

Resipi Kek Buah Bakar
Kongsi Artikel ini

Resipi Kek Buah Bakar. Kek buahan campuran bakar adalah salah satu kek klasik yang tidak pernah lapuk ditelan zaman. Teksturnya yang lembap, penuh dengan aroma buah-buahan kering, rempah ratus, dan sedikit rasa karamel dari proses pembakaran membuatkan kek ini sangat istimewa, terutama dihidangkan semasa musim perayaan atau majlis istimewa.

Bahan-bahan Kek Buahan Campuran:

  • 250 gram mentega
  • 250 gram buah-buahan campuran (direndam semalaman dengan ½ cawan jus oren)
  • 4 biji telur gred A
  • 200 gram gula perang (asal resipi: 220 gram)
  • 260 gram tepung kek (guna 180 gram tepung naik sendiri + 80 gram tepung gandum)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar susu pekat manis

Cara-cara Memasak Kek:

  • 1️⃣ Pukul Mentega & Gula
    Putar mentega bersama gula perang sehingga kembang dan berwarna pucat.
  • 2️⃣ Masukkan Telur
    Masukkan telur satu demi satu, pukul dengan kelajuan sederhana hingga adunan kembang.
  • 3️⃣ Tambah Perisa & Tepung
    Masukkan esen vanila dan susu pekat manis. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaulkan menggunakan kaedah kaup balik sehingga sebati.
  • 4️⃣ Campur Buah-buahan
    Masukkan buah-buahan yang sudah diperap, gaulkan perlahan supaya buah tidak hancur.
  • 5️⃣ Sediakan Loyang & Bakar
    Lapik loyang Spring Foam dengan baking paper. Tuang adunan ke dalam loyang. Bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 1 jam atau sehingga kek tidak melekat pada lidi/tusuk yang dicucuk di tengah.
  • 6️⃣ Sejukkan & Nikmati
    Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Kek ini lebih sedap dimakan keesokan harinya kerana rasanya akan lebih sebati.

Kek buah bakar ini bukan saja sedap, malah penuh nostalgia dan sesuai dijadikan hadiah atau buah tangan untuk yang tersayang. Jadi, apa tunggu lagi? Jom cuba buat sendiri di rumah!

Artikel Berkaitan : Resipi Kek Tiramisu Klasik: Cara Mudah Buat Kek di Rumah

Jangan lupa follow Projek Travel di media sosial untuk lebih banyak resipi menarik, serta simpan dan kongsi artikel Resipi Kek Buah Bakar ni supaya kawan-kawan korang pun boleh mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *