Resipi Kek Lumut Kukus Sarawak Paling Sedap & Confirm Jadi!

Resipi Kek Lumut Kukus Sarawak
Kongsi Artikel ini

Resipi Kek Lumut Kukus Sarawak Paling Sedap & Gebu | Kek Lumut ialah kek tradisional yang sangat digemari di Sarawak. Ia terkenal dengan tekstur lembap, rasa lemak manis dan aroma pandan yang wangi. Kek lumut biasanya dikukus selama beberapa jam untuk hasil yang padat dan gebu. Sangat sesuai untuk majlis atau hidangan minum petang. Resipi ini mudah diikut dan hasilnya memang sedap.

Bahan-bahan Kek Lumut

| Gunakan tin susu pekat manis untuk setiap sukatan tin

  • 6 biji telur (gred A)
  • 250g mentega tanpa garam (guna Buttercup jika suka)
  • 1 tin susu pekat manis
  • 1 tin Horlicks
  • 1 cawan kaya (dari bekas kecil)
  • ½ tin Nestum (dikisar halus)
  • 1 tin tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 3 sudu makan perisa pandan
  • Pewarna hijau secukupnya

Cara Penyediaan Kek Lumut Kukus

  1. Putar mentega hingga kembang dan ringan.
    Tambahkan telur satu per satu. Setiap kali masukkan sebiji telur, putar selama kira-kira 2 minit hingga sebati.
  2. Masukkan perisa pandan, esen vanila dan pewarna hijau.
    Putar sekali lagi hingga warna dan aroma sekata.
  3. Masukkan bahan-bahan basah dan bertekstur:
    Tambah susu pekat manis, Horlicks, kaya dan Nestum kisar. Gaul rata menggunakan spatula atau mixer pada kelajuan rendah.
  4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum yang telah diayak.
    Gaulkan hingga menjadi adunan licin dan sekata.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang bersesuaian.
    Jangan isi penuh; biarkan ruang untuk kek mengembang. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil atau plastik tahan panas.
  6. Kukus menggunakan api sederhana selama 3 hingga 6 jam.
    (Empunya resipi kukus selama 3½ jam sahaja dan hasilnya sudah cukup lembut dan masak.)
  7. Sejukkan kek sepenuhnya sebelum dipotong.
    Rasanya lebih sedap jika dimakan keesokan hari!

Kek Lumut Kukus sememangnya pilihan yang tepat bagi korang yang sukakan kek lembap, wangi dan kaya rasa. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati dan cara penyediaan yang ringkas, sesiapa pun boleh hasilkan kek ini di rumah. Walaupun perlu dikukus lama, hasilnya memang berbaloi; lembut, gebu dan tahan lama.

Artikel Berkaitan : Resipi Kek Oren Gebu Dan Wangi: Cara Homemade Yang Confirm Jadi!

Kalau korang tengah cari resipi kek kukus yang lain daripada biasa, resipi ini wajib masuk dalam koleksi. Cubalah sendiri dan rasai keistimewaan kek tradisional Sarawak yang tak pernah lapuk dek zaman.

Untuk lebih banyak resipi tradisi dan idea menarik, jangan lupa follow Projek Travel. Simpan dan share Resipi Kek Lumut Kukus Sarawak ni kalau korang suka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *