Resipi Singgang Daging Kelantan: Menu Wajib Daging Korban Hari Raya Aidiladha

Resipi Singgang Daging Kelantan
Kongsi Artikel ini

Resipi Singgang Daging Kelantan: Menu Wajib Daging Korban Hari Raya Aidiladha

Setiap kali tiba Hari Raya Aidiladha, pasti ramai yang menantikan pelbagai hidangan berasaskan daging korban. Antara masakan tradisional yang tidak pernah lapuk dek zaman ialah Singgang Daging Kelantan; lauk ringkas tetapi cukup membuka selera, khususnya dalam masyarakat Pantai Timur.

Dimasak tanpa santan dan minyak, singgang merupakan pilihan terbaik untuk hidangan sihat dan beraroma, menjadikannya menu wajib selepas penyembelihan korban.

Resipi Singgang Daging Korban Kelantan

Bahan-Bahan:

  • 500g daging lembu – dihiris kecil
  • 1½ inci lengkuas – diketuk
  • 1 inci halia – dihiris halus memanjang
  • 2 sudu besar biji ketumbar – ditumbuk kasar
  • 3 ulas bawang putih – dihiris (mayang)
  • 4 ulas bawang merah – dihiris (mayang)
  • 3 tangkai cili kering – ditumbuk bersama ketumbar (jangan lumat sangat)
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Serbuk perasa dan budu (jika suka)
  • Air secukupnya

Cara Memasak:

  • Perap bahan tanpa air:
    Satukan semua bahan yang bertanda * (daging, halia, lengkuas, ketumbar, bawang, cili) ke dalam periuk. Gaul rata tanpa menambah air.
  • Panaskan seketika:
    Nyalakan api dan panaskan bahan tadi sekejap sahaja. Proses ini penting untuk “mati awas”; rahsia utama untuk pastikan rasa rempah meresap masuk ke dalam daging.
  • Tambah air:
    Selepas bahan sedikit kering dan naik bau, masukkan air secukupnya. Rebus daging hingga empuk perlahan-lahan.
  • Perasakan:
    Apabila daging hampir empuk, masukkan garam dan asam keping. Masak lagi sehingga betul-betul empuk dan rasa masam; garamnya seimbang.
  • Tambah perisa (pilihan):
    Akhir sekali, boleh masukkan sedikit serbuk perasa dan budu untuk menambah kelazatan mengikut selera masing-masing.
  • Siap dihidang:
    Tutup api dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih panas dan ulam-ulaman segar.

Nota Penting:
Jangan masukkan garam dan asam terlalu awal – ini untuk elakkan daging menjadi liat dan keras.

BACA: Resepi Daging Goreng Belengas Kelantan

Kalau korang sedang cari menu wajib untuk daging korban, cubalah Singgang Daging Kelantan ini. Ringkas tapi padu! Jangan lupa simpan dan kongsi artikel ini, dan follow media sosial Projek Travel untuk resipi raya, budaya dan kisah warisan Melayu yang lain!

One thought on “Resipi Singgang Daging Kelantan: Menu Wajib Daging Korban Hari Raya Aidiladha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *