RM200 Promosi Diskaun Tiket AirAsia ke Perth | Dalam usaha memperkukuh lagi hubungan pelancongan antara Malaysia dan Australia, AirAsia & Tourism Western Australia (TWA) telah bekerjasama dalam satu inisiatif menarik yang pasti menggembirakan para pengembara. Melalui kerjasama ini, AirAsia menawarkan baucar diskaun bernilai RM400,000 untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth.
Promosi Tiket Ke Perth, Australia
Korang hanya perlu memasukkan kod promosi ‘AAPERTWA’ semasa membuat tempahan di laman web AirAsia dan berpeluang mendapatkan diskaun RM200. Tawaran ini sah untuk perjalanan sehingga 31 Disember 2025 dan hanya berlangsung dari 14 Mei hingga 31 Julai 2025. Ia khusus untuk tempahan awal, & sebanyak 2,000 kod promosi akan ditawarkan sepanjang tempoh kempen, dengan had maksimum 666 kod sebulan.

Kempen ini dapat menyokong usaha Tourism Western Australia dalam mempromosikan Perth sebagai destinasi pilihan. Perth terkenal dengan pantai-pantainya yang mempesona, seni yang hidup, serta suasana santai yang mampu menarik hati pelancong dari seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Dato’ Kapten Fareh Mazputra, berkongsi rasa bangga dan teruja dengan kerjasama ini. Katanya, Perth adalah salah satu destinasi paling popular dalam rangkaian perjalanan mereka sejak 2007, & mereka bertekad untuk terus menawarkan pengalaman perjalanan yang menarik & berpatutan kepada para pelancong yang ingin menerokai keindahan bandar itu.
Peluang Pengalaman Luar Biasa
Sementara itu, Pengarah Urusan Tourism Western Australia, Anneke Brown, menambah bahawa kerjasama ini merupakan langkah penting dalam usaha menarik lebih ramai pelancong dari Malaysia. Dengan slogan ‘Walking On A Dream’, TWA ingin menawarkan pengalaman yang luar biasa, kaya dengan keindahan alam dan budaya yang unik. Malaysia merupakan pasaran utama mereka, berkat kedudukan strategik dan hubungan penerbangan yang kukuh antara Kuala Lumpur dan Perth.
Sejak awal kemunculannya di Australia, AirAsia telah memperluaskan rangkaian penerbangannya ke beberapa destinasi utama seperti Melbourne, Sydney, dan Darwin. Malah, tidak lama lagi, penerbangan ke Adelaide akan ditambah, memberi lebih pilihan & kemudahan kepada pelancong dari Malaysia untuk meneroka Australia Barat.
Jadi, jika korang merancang perjalanan ke Perth, inisiatif ini memang tidak boleh dilepaskan. Jangan lupa masukkan kod ‘AAPERTWA’ semasa tempahan untuk menikmati diskaun menarik ini. Tapi ingat, tawaran ini terhad, jadi cepat buat tempahan dan rebut peluang keemasan ini!
Jangan lupa rancang dan rebut peluang keemasan ini! Simpan dan kongsikan artikel RM200 Promosi Diskaun Tiket AirAsia ke Perth ni sebagai panduan pelancongan korang di masa akan datang.