Senarai Perdana Menteri Malaysia Dari 1957 Hingga 2025
Sejak mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia telah diterajui oleh sepuluh orang Perdana Menteri, masing-masing membawa gaya kepimpinan, dasar dan wawasan yang berbeza mengikut keperluan semasa negara.
Daripada Tunku Abdul Rahman yang memimpin negara ke arah kemerdekaan, hinggalah ke Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini memperkenalkan Malaysia MADANI, setiap pemimpin ini memainkan peranan penting dalam membentuk landskap politik, ekonomi dan sosial Malaysia.
Senarai Perdana Menteri Malaysia
Berikut ialah senarai Perdana Menteri Malaysia berserta tempoh pemerintahan dan sumbangan utama mereka:
1. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957 – 1970)
Perdana Menteri pertama Malaysia, dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan. Beliau memimpin negara mencapai kemerdekaan dari British dan menjadi suara penting dalam penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
2. Tun Abdul Razak Hussein (1970 – 1976)
Digelar Bapa Pembangunan, beliau memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum serta memperkukuh pembangunan luar bandar.
3. Tun Hussein Onn (1976 – 1981)
Dikenali sebagai Bapa Perpaduan, beliau memberi fokus kepada isu perpaduan nasional dan menekankan integriti dalam pentadbiran.
4. Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981 – 2003)
Perdana Menteri paling lama berkhidmat (22 tahun). Memperkenalkan Wawasan 2020 dan memacu negara ke arah perindustrian serta pembangunan infrastruktur seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan Menara KL. Digelar sebagai “Bapa Pemodenan Malaysia”.
5. Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003 – 2009)
Mempromosikan Islam Hadhari, ketelusan pentadbiran dan pembangunan modal insan. Pentadbirannya juga menyaksikan kemenangan besar BN dalam PRU 2004. Digelar sebagai “Bapa Pembangunan Modal Insan“
6. Datuk Seri Najib Tun Razak (2009 – 2018)
Melaksanakan transformasi ekonomi melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Memperkenalkan konsep 1Malaysia untuk perpaduan nasional. Digelar sebagai “Bapa Transformasi Negara“.
7. Tun Dr. Mahathir Mohamad (2018 – 2020)
Kembali sebagai PM ke-7 pada usia 93 tahun selepas kemenangan Pakatan Harapan dalam PRU14. Pemimpin tertua di dunia ketika memegang jawatan tersebut.
8. Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020 – 2021)
Memimpin negara dalam keadaan pandemik COVID-19 di bawah kerajaan Perikatan Nasional. Menghadapi cabaran politik dan krisis kesihatan awam.
9. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (2021 – 2022)
PM ke-9 dari parti UMNO. Beliau mengekalkan dasar pemulihan negara pasca COVID-19 dan mengetuai pentadbiran dalam tempoh politik tidak menentu.
10. Datuk Seri Anwar Ibrahim (2022 – kini)
Dilantik sebagai PM ke-10 selepas PRU15, mengetuai kerajaan Perpaduan. Memperkenalkan gagasan Malaysia MADANI yang menekankan nilai keinsanan, kemampanan, inovasi dan tata kelola baik dalam pentadbiran negara.
Baca Juga: Biodata Dato’ Seri Anwar Ibrahim: (PMX) Malaysia
Setiap Perdana Menteri Malaysia memainkan peranan penting dalam membentuk perjalanan negara. Daripada era kemerdekaan hingga ke zaman moden, cabaran dan keutamaan berubah, tetapi misi untuk membangunkan negara terus diteruskan oleh setiap pemimpin. Dengan pelbagai dasar, pendekatan dan gaya kepimpinan, rakyat Malaysia berpeluang melihat evolusi demokrasi dan pembangunan negara yang unik.
Teruskan bersama Projek Travel untuk kandungan sejarah, budaya, dan info terkini tentang Malaysia dan dunia. Jangan lupa simpan & kongsi artikel Senarai Perdana Menteri Malaysia ini jika bermanfaat, dan follow kami di media sosial untuk lebih banyak artikel bermanfaat akan datang!
- Cuti Deepavali 2025 & Cuti Sekolah Tambahan KPM
- 5 Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Surat Thani, Thailand
- Saudia Airlines Diiktiraf Antara Syarikat Penerbangan Terkemuka Dunia Dalam Keselamatan Operasi & Kualiti
- 7 Makanan Popular di Malaysia yang Wajib Anda Cuba
- Labuan Bajo Sailing Trip 2025: Ini 10 Perkara Korang Perlu Tahu!
Keunikan Malaysia