Tarif Elektrik Baharu TNB 2025: Apa Pengguna Perlu Tahu Mulai 1 Julai
Mulai 1 Julai 2025, struktur tarif elektrik baharu TNB akan berkuat kuasa di seluruh negara. Perubahan ini bukan sekadar melibatkan jumlah yang perlu dibayar, tetapi juga cara bil elektrik dipersembahkan kepada pengguna, dengan pecahan yang lebih jelas dan terperinci.
Pengguna kini boleh meneliti setiap sen penggunaan elektrik melalui format bil baharu TNB yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) selaras dengan mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR) di bawah Seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990.
Struktur Bil Elektrik Baharu TNB: Lebih Telus & Terperinci
Bil elektrik terkini akan disusun kepada tiga komponen utama iaitu:
- Caj Penjanaan
Merangkumi kos bahan api, kapasiti penjanaan, serta pelarasan harga bahan api global. - Caj Rangkaian
Melibatkan kos operasi penghantaran dan penyelenggaraan sistem bekalan elektrik ke seluruh negara. - Caj Peruncitan
Termasuk perkhidmatan pelanggan, sistem pengebilan dan pengurusan akaun pengguna.
Pendekatan baharu ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ketelusan pengguna terhadap jumlah sebenar yang mereka bayar dalam bil elektrik bulanan.
Bil Peralihan Julai 2025: Apa Yang Berbeza?
Untuk bulan Julai 2025, pelanggan akan menerima bil peralihan khas yang memaparkan dua kadar caj berbeza:
- Caj pertama dikira berdasarkan tarif lama untuk penggunaan sehingga 30 Jun 2025.
- Caj kedua dikira mengikut tarif baharu bermula 1 Julai 2025.
Bagi pengguna myTNB apps dan portal, bil ini boleh diakses dalam tempoh 24 jam selepas bacaan meter. Untuk pelanggan yang memilih bil bercetak, salinan akan dihantar dalam masa tujuh hari bekerja selepas tarikh bacaan.
Kemudahan Tambahan: Kalkulator Bil Elektrik Dalam Talian
Bagi membantu pengguna memahami kesan struktur tarif elektrik baharu 2025, TNB turut menyediakan Kalkulator Bil Elektrik TNB di laman web rasmi mereka.
Dengan hanya memasukkan anggaran penggunaan bulanan, pengguna boleh mengira anggaran bil elektrik terkini berdasarkan kadar baharu. Ini memudahkan perancangan dan kawalan penggunaan tenaga secara lebih bijak.
Bukti Bacaan Meter & Pengesahan
Untuk memastikan ketelusan, setiap pelanggan akan menerima risalah pengesahan daripada pembaca meter sebagai bukti bahawa bacaan telah dibuat secara sah dan tepat.
Ogos 2025: Bil Baharu Sepenuhnya Digunakan
Bermula Ogos 2025, semua pengguna akan menerima bil elektrik versi baharu sepenuhnya, dengan ketiga-tiga komponen (penjanaan, rangkaian, peruncitan) dipaparkan dengan jelas. Ini membolehkan pelanggan memantau penggunaan secara lebih terperinci dan mengurus tenaga dengan lebih efisien.
Maklumat Lanjut & Bantuan
Untuk maklumat lanjut tentang tarif elektrik TNB 2025, pengguna boleh:
- Layari portal rasmi: www.mytnb.com.my/tariff
- Hubungi TNB CareLine: 1300-88-5454
- Kunjungi mana-mana Kedai Tenaga berhampiran
Sumber : BERNAMA
Perubahan struktur tarif elektrik ini bukan sekadar naik atau turun harga; ia adalah satu usaha untuk mendidik pengguna tentang pengurusan tenaga dan meningkatkan ketelusan dalam bil elektrik.
Ambil peluang ini untuk lebih memahami struktur bil elektrik TNB baharu dan urus penggunaan elektrik dengan lebih cekap. Gunakan kalkulator bil, semak aplikasi myTNB, dan rancang perbelanjaan isi rumah korang dengan lebih bijak.