Pramugari AirAsia Kini Dibenarkan Pakai Hijab di Semua Laluan bermula 2026
AirAsia mengumumkan polisi baharu yang membenarkan pramugari AirAsia berhijab bermula tahun 2026. Ini merupakan satu langkah besar yang memperkenalkan uniform pramugari AirAsia hijab secara rasmi dalam operasi harian. Seragam baharu ini memberi pilihan kepada kru wanita untuk memakai hijab AirAsia terbaru yang direka selaras dengan identiti jenama dan keperluan seragam pramugari Muslimah yang lebih Muslim-friendly.
Dengan kelonggaran ini, AirAsia terus menegaskan komitmennya terhadap kepelbagaian dan keterangkuman, sambil mengekalkan ciri profesional seragam merah ikonik yang digunakan dalam semua laluan. Polisi AirAsia benarkan kru kabin pakai hijab ini turut memperkukuh usaha syarikat untuk menyediakan persekitaran kerja yang menghormati budaya, kepercayaan serta identiti kru kabin wanita, selaras dengan perkembangan global dalam industri penerbangan.
Langkah Baharu Selaras Dengan Budaya AirAsia
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam. Keputusan ini dibuat hasil maklum balas dalaman dan aspirasi pekerja. Beliau menyatakan rasa bangga kerana perubahan ini memperkasa tenaga kerja AirAsia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Beliau menegaskan bahawa:
“Seragam kami sentiasa menekankan profesionalisme, keselamatan dan keselesaan. Evolusi baharu ini bukan sahaja menjaga identiti tersebut, tetapi memberikan keyakinan tambahan kepada kakitangan selaras dengan kepercayaan mereka.”
Sebelum ini, pemakaian hijab hanya diwajibkan untuk laluan tertentu seperti ke Jeddah, selaras dengan peraturan tempatan. Dengan polisi baharu ini, semua kru kabin wanita kini mempunyai pilihan untuk memakainya pada mana-mana laluan.
Menjamin Identiti Jenama & Konsistensi Seragam
AirAsia mengekalkan elemen seragam ikonik berwarna merah, manakala reka bentuk hijab dan seluar diselarikan dengan gaya profesional yang telah digunakan di laluan Jeddah.
Pendekatan ini memastikan:
- Keseragaman visual jenama di seluruh rangkaian penerbangan
- Penekanan terhadap keselesaan dan keselamatan
- Penampilan profesional yang sinonim dengan AirAsia
Suara Kru Kabin Diberi Keutamaan
Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan, menegaskan bahawa perubahan ini lahir daripada semangat menghargai kepelbagaian dalam kalangan Allstars.
"Allstars syarikat berasal daripada pelbagai latar belakang, budaya dan kepercayaan, namun kami tetap bersatu dengan komitmen bersama untuk memberikan perkhidmatan dan penjagaan bertaraf dunia kepada tetamu yang telah dibuktikan melalui kemenangan kami dalam pelbagai anugerah penerbangan setiap tahun.
"Polisi terkini ini membuktikan semangat pelbagai dan dinamik yang menjadi identiti AirAsia. Kami akan terus menerima maklum balas daripada Allstars kami dan bekerjasama rapat dengan mereka dalam reka bentuk terperinci dan pelaksanaan sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya. Kami berharap untuk memulakan pada bulan Ramadan 2026."
Beliau turut berkongsi bahawa AirAsia akan bekerjasama rapat dengan kakitangan dalam proses reka bentuk terperinci sehingga pelancaran rasmi, yang disasarkan bermula Ramadan 2026.
Sokongan Penuh Pihak Pengurusan Tertinggi
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes, turut menjelaskan bahawa kekuatan AirAsia adalah pada kepelbagaian pendapat serta suara pekerja.
"Apabila kru kabin kami mengetengahkan perkara ini kepada pihak pengurusan, adalah penting bagi kami untuk menilai. Menghormati pandangan dan kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami, tetapi juga telah membentuk kejayaan kami sepanjang tahun. Inilah cara kami berkembang dengan berevolusi bersama berdasarkan pandangan daripada kakitangan," katanya.
Beliau menegaskan polisi ini adalah hasil permintaan kru kabin sendiri yang ingin melihat pilihan seragam lebih inklusif.
Simbol Transformasi AirAsia Sebagai Penerbangan Global
Pengumuman ini memperkukuh imej AirAsia sebagai syarikat penerbangan moden yang peka kepada keperluan tenaga kerja serta hormat terhadap kepelbagaian budaya. Sesuatu yang penting dalam industri perkhidmatan global.
Dengan langkah ini, AirAsia berjaya:
- Memperkukuh identiti sebagai syarikat penerbangan progresif
- Menyokong amalan gaya hidup dan kepercayaan pekerja
- Menyediakan persekitaran kerja lebih selesa dan inklusif
- Menonjolkan imej profesional yang seragam di seluruh rangkaian
Untuk lebih banyak artikel informatif mengenai AirAsia, dunia penerbangan dan destinasi menarik, ikuti Projek Travel dan kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan yang juga minat travel.