AirAsia X Buka Laluan Baharu ke Tashkent, Uzbekistan | Peluang terokai Asia Tengah dengan tambang promosi serendah RM99
Laluan Kuala Lumpur–Tashkent kini rasmi, menandakan langkah baharu AirAsia X di Asia Tengah. Laluan ini akan mula beroperasi pada 15 Oktober 2025, dengan kekerapan penerbangan sebanyak tiga kali seminggu.
Langkah ini menjadikan Uzbekistan destinasi kedua AirAsia X di Asia Tengah selepas kejayaan laluan ke Almaty, Kazakhstan pada tahun 2024. AirAsia X membuka laluan ke Tashkent selepas melihat permintaan tinggi ke Asia Tengah & potensi besar dalam pelancongan serta hubungan perniagaan.

Apa yang menarik, pelancaran laluan ini turut disertakan dengan tambang promosi serendah RM99 sehala bagi kelas ekonomi, yang boleh ditempah bermula 23 hingga 29 Jun 2025 untuk perjalanan antara 15 Oktober 2025 hingga 14 September 2026. Selepas tempoh promosi, tambang masih kekal kompetitif bermula RM899 sehala, termasuk semua cukai dan caj berkaitan.
Kenapa Tashkent?
Tashkent, ibu negara Uzbekistan, merupakan sebuah bandar yang kaya dengan budaya, sejarah dan warisan Islam. Terletak di sepanjang laluan legenda Silk Road, Tashkent menawarkan pelbagai tarikan seperti senibina Islam yang memukau, bazar tradisional yang meriah, dan taman-taman hijau yang mendamaikan. Selain menjadi hab pelancongan, Tashkent juga semakin berkembang sebagai pusat ekonomi serantau.
Dengan pelancaran laluan ini, pelancong dari Malaysia, ASEAN dan Australia kini boleh meneroka keindahan Tashkent melalui Fly-Thru AirAsia, yang menghubungkan lebih daripada 130 destinasi global. Ini menjadikan Uzbekistan lebih mudah diakses berbanding sebelum ini.
Jadual Penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Tashkent (TAS):

*Tambang promosi termasuk semua caj adalah untuk perjalanan sehala sahaja, merangkumi cukai lapangan terbang, yuran kawal selia, caj bahan api, cukai berkaitan dan fi lain yang berkenaan. Tempat duduk adalah terhad dan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat bermula 23 Jun 2025. Tawaran ini hanya sah untuk penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia. Terma dan syarat lain turut terpakai.
**Tambang termasuk semua caj adalah untuk perjalanan sehala sahaja, termasuk caj perkhidmatan penumpang, caj kawal selia, caj bahan api dan fi lain yang berkaitan. Terma dan syarat turut terpakai.
Hubungan Serantau Semakin Kukuh
Laluan ini juga membuka peluang besar untuk memperkukuh hubungan ekonomi dan pelancongan antara Malaysia dan Uzbekistan. Selain menarik minat pelancong ke Asia Tengah, ia juga memudahkan pelabur dan pemain industri menjalin kerjasama rentas sempadan.
AirAsia X menyasarkan agar laluan ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan serantau, sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk destinasi baharu di masa akan datang.
BACA: AirAsia Malaysia Lancar Laluan Terus ke Darwin, Australia!
Bagi korang yang sedang mencari destinasi luar biasa untuk percutian akan datang, Tashkent patut ada dalam senarai bucket list korang. Dan dengan adanya AirAsia X, perjalanan ke Asia Tengah kini jadi lebih mudah, murah dan penuh gaya.
Jom tempah tiket, simpan artikel ni, dan jangan lupa follow Projek Travel untuk lebih banyak update destinasi rare dan travel tips yang power!
One thought on “AirAsia X Buka Laluan Baharu ke Tashkent, Uzbekistan Mulai Oktober 2025”