Famtrip Railway to See Malaysia – Segamat & Kluang
Salah satu cara travel yang makin mendapat tempat di hati pengembara moden; Travel dengan menaiki keretapi (tren). Dengan kemudahan yang makin canggih dan laluan yang luas, naik tren bukan lagi sekadar nostalgia, tetapi trend pelancongan yang mesra alam, selamat dan menyeronokkan.

Sempena pelancaran rasmi perkhidmatan ETS ke Segamat pada 15 Mac 2025, KTMB bersama Tourism Johor telah mengadakan program istimewa: Famtrip Railway to See Malaysia edisi Segamat & Kluang.
Ia merupakan sebahagian daripada kempen nasional untuk mempromosikan Rail Tourism Malaysia, sekali gus memperkenalkan destinasi-destinasi pelancongan menarik di sepanjang laluan rel selatan tanah air.

Program ini turut menggabungkan penglibatan pempengaruh (KOL) dan wakil media yang dibawa khas menaiki tren ETS dan Ekspres Selatan untuk merasai sendiri pengalaman pelancongan rel ke beberapa lokasi ikonik di Segamat dan Kluang.
Destinasi Menarik & Pengalaman Istimewa
Program famtrip ini menyatukan puluhan pempengaruh media sosial dan wakil media dari seluruh negara, yang dibawa khas untuk merasai sendiri pengalaman unik menaiki tren ETS dan Ekspres Selatan menuju ke Segamat dan Kluang.

Sepanjang perjalanan, kami diberi peluang meneroka pelbagai destinasi pelancongan menarik yang menampilkan pesona tersendiri, antaranya:
- Segar Amat Lane & Cendol Segar Amat – tempat wajib ‘OOTD’ dan lokasi menjamu cendol sejuk menyegarkan.
- Cabin Hills Labis Eco Resort – penginapan unik di atas bukit dengan suasana alam semula jadi.
- Bukit Tahang Rimau – syurga kepada peminat aktiviti hiking dengan view yang luar biasa.
- UK Farm Agro Resort – pengalaman mendekati ternakan, hasil segar ladang dan aktiviti interaktif.
- Kluang Street Art – mural seni kreatif bergaya kontemporari.
- Kluang Rail Coffee – warung klasik ikonik di stesen kereta api yang menjadi simbol sejarah bandar Kluang.
Kesemua tempat ini bukan sekadar cantik untuk kamera, tetapi juga menyimpan kisah komuniti dan cita rasa tempatan yang autentik.
Perkhidmatan Tren ETS & Ekspres Selatan Kini di Segamat

Untuk pelancong yang nak rancang perjalanan sendiri, ini senarai perkhidmatan tren ke Segamat yang boleh korang tempah:
- 🚄 ETS ke Segamat
EG9321 (Butterworth – Segamat) |
EG9425 (Padang Besar – Segamat) |
- 🚆 Ekspres Selatan ke Segamat
ES42, ES44, ES46 (dari JB Sentral ke Segamat) |
Tempahan tiket sangat mudah: boleh terus beli melalui aplikasi KITS, laman web KTMB www.ktmb.com.my atau kios tiket di stesen tren.
Railway to See Malaysia: Pelancongan Masa Hadapan
Kempen ini bukan sahaja terhad kepada Johor, malah KTMB turut berganding bahu dengan Tourism Perak dan Tourism Pahang dalam penganjuran pakej pelancongan rel sempena Tahun Melawat Perak 2024 dan Tahun Melawat Pahang 2025. Aktiviti seperti RTSM Excursion Train, Fun Ride, dan Fun Run turut dijalankan untuk menghubungkan pelancongan dan gaya hidup aktif.

Dengan inisiatif berterusan sepanjang tahun 2025 dan 2026, KTMB benar-benar bersedia menjadi pemacu utama kepada Rail Tourism Malaysia.
BACA: Pengalaman Istimewa Sertai RTSM Excursion Train (Edisi Promising Perak)
Kalau korang tengah rancang percutian hujung minggu yang lain daripada yang lain, tak perlu terbang jauh-jauh; cukup naik tren ETS ke Segamat dan Kluang, dan biarkan rel membawa korang ke destinasi penuh kejutan. Bukan saja best untuk healing, tapi sangat sesuai untuk content creator, pengembara solo, mahupun percutian keluarga.
Jom naik tren, cipta memori. Simpan dan share artikel ini, dan jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak inspirasi travel rare dan real!