Malaysia mengeluarkan pelbagai jenis passport dan dokumen perjalanan, bukan hanya untuk pelancong biasa, tetapi juga untuk tujuan rasmi, diplomatik, atau perjalanan khas ke kawasan sempadan. Artikel ini akan kupas satu per satu supaya korang lebih jelas bila nak buat permohonan atau bila ternampak passport berwarna lain di kaunter imigresen.
Jenis Passport & Dokumen Perjalanan
Pasport Malaysia Antarabangsa (Merah)
Inilah passport paling biasa dimiliki oleh warganegara Malaysia untuk melancong atau bekerja di luar negara. Berwarna merah dengan cip biometrik, ia mengandungi maklumat wajah dan cap jari pemilik.
- Tempoh sah: 5 tahun.
- Yuran: RM200 (13-59 tahun), RM100 (bawah 13 tahun, warga emas, pelajar, jemaah haji), percuma untuk OKU.
Pasport Diplomatik (Merah Gelap)
Dikhaskan untuk diplomat Malaysia dan pegawai tinggi kerajaan yang menjalankan tugas rasmi di luar negara. Pemegang pasport ini mendapat pelbagai keistimewaan diplomatik.
- Proses permohonan: Melalui Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra).
Pasport Rasmi (Hijau)
Dikeluarkan kepada pegawai kerajaan yang menjalankan urusan rasmi di luar negara.
- Proses permohonan: Permohonan rasmi oleh agensi kerajaan.
Pasport Terhad ke Brunei (Biru Tua)
Pasport ini hanya untuk warganegara Malaysia yang tinggal di Sabah, Sarawak, dan Labuan untuk perjalanan ke Brunei Darussalam.
- Tempoh sah: 5 tahun.
- Yuran: RM50.
Pas Sempadan (Biru Muda)
Dokumen ini dikeluarkan untuk penduduk di kawasan sempadan yang ingin masuk ke Thailand atau Indonesia untuk urusan singkat.
- Tempoh sah: 6 bulan (Thailand-Malaysia), 1 tahun (Malaysia-Indonesia).
Surat Perjalanan Pengganti Pasport untuk Berkumpulan (Hijau)
Untuk kumpulan antara 5-20 orang warganegara Malaysia yang melancong ke negara ASEAN (kecuali Filipina dan Indonesia). Sesuai untuk lawatan rasmi atau rombongan.
- Tempoh sah: 9 bulan dari tarikh dikeluarkan, hanya untuk satu perjalanan.
Sijil Perakuan Cemas (Emergency Certificate)
Dokumen sementara ini dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang kehilangan pasport di luar negara untuk membolehkan mereka pulang ke Malaysia.
- Proses permohonan: Melalui pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.
Pasport Haji (Hijau) – Tidak Lagi Dikeluarkan
Dahulu khas untuk jemaah haji Malaysia ke Mekah, tetapi dihentikan pada tahun 2009. Kini jemaah haji menggunakan Pasport Malaysia Antarabangsa.
Ringkasan Jenis Passport Malaysia
No. | Jenis Dokumen | Warna | Tujuan | Tempoh Sah |
1 | Pasport Malaysia Antarabangsa | Merah | Perjalanan antarabangsa | 5 tahun |
2 | Pasport Diplomatik | Merah Gelap | Tugas rasmi diplomat dan pegawai tinggi kerajaan | Ikut tugasan |
3 | Pasport Rasmi | Hijau | Urusan rasmi pegawai kerajaan di luar negara | Ikut tugasan |
4 | Pasport Terhad ke Brunei | Biru Tua | Penduduk Sabah, Sarawak, Labuan ke Brunei | 5 tahun |
5 | Pas Sempadan | Biru Muda | Perjalanan sempadan ke Thailand/Indonesia | 6 bulan – 1 tahun |
6 | Surat Perjalanan Pengganti Pasport untuk Berkumpulan | Hijau | Kumpulan pelancong (5-20 orang) ke negara ASEAN | 9 bulan, sekali guna |
7 | Sijil Perakuan Cemas (Emergency Certificate) | Warganegara Malaysia yang kehilangan pasport di luar negara | Sekali guna | |
8 | Pasport Haji (Tidak Lagi Dikeluarkan) | Hijau | Dulu untuk jemaah haji (sekarang guna Pasport Antarabangsa) |
Kesimpulannya, dengan pelbagai jenis dokumen perjalanan ini, penting untuk korang tahu mana yang sesuai dengan keperluan dan tujuan perjalanan masing-masing. Sama ada korang seorang pelancong, pegawai kerajaan, atau penduduk kawasan sempadan, pastikan dokumen yang digunakan sah dan diperbaharui tepat pada masanya.
Untuk maklumat lanjut atau buat permohonan, boleh layari laman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di imi.gov.my.
Kalau korang rasa artikel ni bermanfaat, jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak info menarik macam ni! Simpan dan kongsikan artikel ni dengan kawan-kawan korang juga ya!
- Resipi Agar-Agar Santan Pandan: Sedap, Lemak dan Wangi
- Cara Buat Duit Sampingan untuk Tabung Travel Korang
- Bucket List Travel Asia Tenggara: 10 Destinasi Wajib Pergi Sebelum Umur 40
- Laluan Ditutup Sempena ASEAN 2025: Info Penutupan di Lebuhraya PLUS – Apa Yang Perlu Anda Tahu
- The House of Dancing Water 2025: Pengalaman Teater Air Paling Epik di Macau