Ingin cuba masakan Thai di rumah? Resipi Sup Daging Siam ini pasti jadi kegemaran korang sekeluarga!
Sup Daging Siam merupakan antara menu popular dari negara jiran kita, Thailand. Hidangan ini cukup digemari kerana rasanya yang unik – gabungan masam, pedas, serta aroma herba yang menyegarkan. Lebih menarik, resipi sup daging ini sangat mudah disediakan dan tidak memerlukan bahan yang terlalu rumit.
Jika korang tercari-cari resepi sup daging yang sedap, beraroma dan lain dari yang biasa, Sup Daging Siam adalah pilihan terbaik. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan untuk Sup Daging Siam:
- 500 – 800g daging lembu
Rebus bersama 200ml air selama 35–40 minit dengan api kecil. Tutup periuk, tapi biarkan sedikit ruang untuk wap keluar. Disyorkan guna daging lembu tempatan. Guna pressure cooker pun boleh untuk jimat masa.) - 500ml air kosong
- 1 ½ pek perencah sup Siam Adabi
- 2 ulas bawang putih – diketuk
- 1 batang saderi panjang
- 1 batang akar daun ketumbar – diketuk
- 4 – 5 tangkai daun ketumbar – dicincang kasar
- 1 – 2 tangkai daun bawang – dihiris
- 2 – 3 biji cili Thai – diketuk
- ½ biji bawang Holland (saiz besar) – dihiris
- 2 biji tomato – dibelah empat
- 1 biji besar limau nipis/asam limau – diperah
- 3 sudu makan sos ikan
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (optional)
- Bawang goreng – untuk taburan semasa hidang
Cara Penyediaan Sup Daging Siam :
Langkah 1: Tumis bahan utama hingga naik bau
Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili Thai yang diketuk, akar daun ketumbar, dan 2/3 bahagian tomato. Tumis hingga bawang betul-betul layu – step ni penting untuk naikkan aroma!
Langkah 2: Masukkan air & bahan utama
Tambah kira-kira 700ml air (campuran air biasa dan air rebusan daging). Masukkan sekali daging rebus, baki tomato, daun ketumbar, sos ikan, dan sedikit perencah. Guna api besar, tutup periuk dan biar sup mendidih.
Langkah 3: Perasakan ikut citarasa
Bila kuah dah mendidih cantik, perasakan dengan serbuk perasa, sedikit garam, dan jus dari hirisan asam limau nipis. Sup ni sedap bila cukup rasa masam, pedas dan berherba. Pastikan kuah tak terlalu cair atau terlalu pekat – ikut sukatan air tadi.
Langkah 4: Hidang panas-panas
Siap! Hidangkan sup daging siam korang dengan taburan bawang goreng. Nak lagi umphh, boleh tambah sambal homemade kegemaran korang.
Tips tambahan:
- Guna daun ketumbar fresh untuk rasa Thai yang padu.
- Proses “melayukan bahan tumis” tu sangat penting – jangan gopoh!
- Masak dengan api besar untuk hasilkan sup yang panas dan beraroma.
Resipi Sup Daging Siam ini bukan saja mudah disediakan, tapi hasilnya juga sungguh menyelerakan. Dengan gabungan bahan-bahan aromatik dan teknik yang betul, korang boleh hasilkan sup daging ala restoran Thai terus dari dapur rumah sendiri.
Artikel Berkaitan : Resipi Char Kuey Teow Homemade
Kalau korang suka resipi macam ni, jangan lupa simpan artikel ni dan kongsikan dengan kawan-kawan. Nak lebih banyak resipi menarik, follow Projek Travel di media sosial kami sekarang!
One thought on “Resipi Sup Daging Siam Paling Sedap: Rasa Thai Asli, Mudah & Confirm Buka Selera!”