Cuti Umum Kedah 2025; Cuti Panjang Takkan Nak Duduk Rumah Saja?

Cuti Umum Kedah 2025
Kongsi Artikel ini

Korang tengah merancang percutian untuk tahun 2025 ni? Bagi orang Kedah, sila semak kalender cuti umum Kedah 2025 yang penuh dengan tarikh-tarikh strategik untuk berehat dan bercuti. Daripada cuti panjang sempena Hari Raya hingga ke hujung minggu panjang yang boleh disambung, inilah masa terbaik untuk susun jadual, tempah awal dan nikmati percutian dalam dan luar negeri.

Teruskan baca untuk senarai lengkap yang boleh bantu korang plan cuti dengan lebih bijak dan berbaloi!

Senarai Cuti Umum Negeri Kedah 2025

Berikut adalah jadual senarai rasmi cuti umum bagi Negeri Kedah pada tahun 2025:​

TarikhHariCuti
27 JanuariIsninIsrak & Mikraj
29 JanuariRabuTahun Baru Cina
30 JanuariKhamisTahun Baru Cina Holiday
11 FebruariSelasaThaipusam
2 MacAhadAwal Ramadan
31 MacIsninHari Raya Aidilfitri*
1 AprilSelasaHari Raya Aidilfitri Holiday
1 MeiKhamisHari Pekerja
12 MeiIsninHari Wesak
2 JunIsninHari Keputeraan Agong
7 JunSabtuHari Raya Haji*
8 JunAhadHari Raya Haji Holiday
22 JunAhadHari Keputeraan Sultan Kedah
27 JunJumaatAwal Muharram
29 JunAhadAwal Muharram Holiday
31 OgosAhadHari Kebangsaan
5 SeptemberJumaatMaulidur Rasul
7 SeptemberAhadMaulidur Rasul Holiday
16 SeptemberSelasaHari Malaysia
20 OktoberIsninHari Deepavali
25 DisemberKhamisHari Natal

Sila lawat kedah.gov.my untuk pengumuman asal.
*Nota: Tarikh-tarikh ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak berkuasa.

Tips Merancang Cuti

  • Gabungkan Cuti: Manfaatkan cuti umum yang jatuh pada hari Isnin atau Jumaat untuk mendapatkan hujung minggu yang panjang.​
  • Rancang Awal: Tempah penginapan dan tiket perjalanan lebih awal untuk mengelakkan harga yang tinggi semasa musim cuti.​
  • Semak Kalendar Sekolah: Bagi yang mempunyai anak bersekolah, semak juga kalendar cuti sekolah untuk merancang percutian keluarga
Artikel Berkaitan : Kalendar Cuti Sekolah 2025 / 2026

Dengan mengetahui awal senarai lengkap cuti umum Negeri Kedah 2025, korang boleh susun jadual kerja, percutian, atau masa bersama keluarga dengan lebih teratur dan bermakna. Sama ada untuk balik kampung, ‘healing’ di lokasi menarik sekitar Kedah, atau sekadar berehat di rumah, cuti yang dirancang awal pasti beri lebih kepuasan. Jangan tunggu saat akhir — mula rancang cuti korang sekarang!

Simpan artikel ni sebagai rujukan dan kongsikan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga yang tengah plan cuti juga.

Untuk lebih banyak info destinasi menarik, aktiviti lokal, dan tip percutian dalam negeri, follow Projek Travel di media sosial dan teruskan sokongan korang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *