Resipi Nasi Goreng Butter Simple, Sedap, mudah & wangi boleh buat jiran pun terliur!
Kalau korang tengah cari resipi nasi goreng simple dan sedap, inilah jawapannya; Nasi Goreng Butter! Resipi ni bukan sahaja ringkas, tapi aromanya memang buat korang tak sabar nak makan. Dengan aroma butter yang wangi dan rasa yang berlemak, hidangan ini memang mampu mencuri hati sesiapa saja.
Tak perlu bahan mewah atau teknik rumit, cukup dengan bahan asas dan butter tulen, korang dah boleh hasilkan nasi goreng yang padu habis. Sangat sesuai dijadikan menu pantas untuk sahur, sarapan mahupun makan malam. Nak tahu rahsia keenakannya? Teruskan baca sampai habis!
Resipi Nasi Goreng Butter Simple
Bahan-bahan Nasi Goreng Butter:
- 4-5 ulas bawang putih
- 2-3 biji cili merah besar
- 3-5 biji cili padi (boleh lebihkan kalau suka pedas)
- 50g unsalted butter (Anchor Pure New Zealand Butter)
- 3 biji telur
- Nasi sejuk (dari 1.5 cawan beras)
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada sulah
Cara-cara Penyediaan Nasi Goreng:
- Tumbuk bahan: Bawang putih, cili merah dan cili padi ditumbuk hingga lumat.
- Panaskan butter dalam kuali. Gunakan pure butter untuk hasil terbaik.
- Masukkan bahan tumbuk, tumis hingga naik bau yang harum.
- Pecahkan telur dan kacau perlahan-lahan hingga telur masak.
- Masukkan nasi sejuk dan gaul sebati dengan bahan tadi.
- Masukkan garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
- Goreng sehingga nasi sedikit garing dan beraroma.
- Siap untuk dihidang!
Tip Tambahan:
Kalau nak tambah lagi umph, boleh letak isi ayam goreng, udang, atau tabur daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidang.
Baca Juga: Resipi Nasi Goreng Daging Sedap Macam di Kedai
Nasi Goreng Butter adalah pilihan terbaik untuk sesiapa yang nak masak cepat, tapi tetap nak rasa yang sedap dan istimewa. Dengan hanya beberapa bahan ringkas dan penggunaan butter berkualiti, korang dah boleh hasilkan satu hidangan yang menyelerakan dan mengenyangkan.
Selamat mencuba resipi Nasi Goreng Butter simple ni! Jangan lupa share dengan kawan-kawan dan follow Projek Travel untuk lebih banyak idea resipi dan tip menarik. Simpan artikel ni untuk rujukan masa depan dan kongsikan kepada yang tengah cari menu mudah tapi power!
- Sidang ASEAN 2025: AirAsia Arah Penumpang Rancang Perjalanan Awal
- AirAsia X Lancar Penerbangan Terus Laluan Kuala Lumpur – Tashkent | Tambang Promosi RM799*
- Langkawi Atasi Bali & Phuket! Dinobat Pulau Kedua Terbaik Asia oleh Conde Nast Traveler
- Resipi Sup Tulang Thai
- 8 Keajaiban UNESCO di Arab Saudi