Cuti 15 September 2025: Cuti tambahan hari malaysia 2025
Cuti 15 September bakal menjadi antara tarikh yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia tahun ini. Untuk tahun 2025, tarikh ini jatuh pada hari Isnin, menjadikan ia long weekend yang sempurna sempena Hari Malaysia untuk berehat kita seketika daripada kesibukan kerja dan rutin harian.
Sama ada korang bercadang nak balik kampung, habiskan masa bersama keluarga, atau lari sekejap dari kota untuk healing, cuti ini wajar dimanfaatkan sepenuhnya. Jadi, apa aktiviti menarik yang boleh dibuat sempena cuti umum 15 September ni?
5 Idea Aktiviti Menarik Sempena Cuti 15 September 2025
1. Staycation di Hotel Menarik
Tak perlu pergi jauh. Banyak hotel dan resort tempatan tawarkan pakej istimewa sempena cuti umum. Antara yang trending sekarang adalah hotel bertemakan alam seperti glamping, villa hutan, atau resort tepi pantai.
2. Roadtrip Ke Destinasi Dekat
Cuti tiga hari cukup untuk rancang roadtrip ke destinasi seperti:
- Cameron Highlands – cuaca sejuk dan pasar malam
- Ipoh – syurga makanan & seni mural
- Melaka – tapak warisan sejarah & river cruise
3. Camping atau Nature Retreat
Kalau korang suka suasana damai, cubalah camping di lokasi popular seperti Janda Baik, Lojing, atau Ulu Yam. Banyak campsite sekarang dah lengkap dengan kemudahan moden.
4. Food Hunting
Ambil peluang cuti 15 September ni untuk food hunting! Cuba nasi dagang asli di Terengganu, laksa utara di Kedah, atau durian kampung di Raub kalau musim masih ada!
5. Lawatan ke Tempat Budaya & Sejarah
Muzium Negara, Galeri Petronas, dan pelbagai tapak bersejarah di negeri masing-masing sesuai untuk korang yang nak percutian berisi ilmu.
Baca Juga: Cuti Panjang September 2025
Cuti umum 15 September 2025 adalah peluang keemasan untuk recharge diri dan luangkan masa berkualiti bersama insan tersayang. Walaupun hanya 4 hari, dengan perancangan yang bijak, ia mampu jadi momen yang penuh makna dan memori. Jadi, jangan biarkan cuti korang berlalu begitu saja.
Jangan lupa follow Projek Travel untuk idea percutian, itinerari dan tip travel terkini. Simpan artikel ni dan kongsikan pada kawan-kawan yang tengah merancang trip cuti 15 September nanti!
- Kota Bharu Diiktiraf Smart City Early Adopter 2025: Langkah Besar Menuju Bandar Raya Pintar Islam
- Ferrari Build & Race di Legoland Malaysia: Tarikan Baharu Interaktif Pertama di Asia!
- Macao Trip: Panduan Mesra Muslim
- Timor-Leste Kini Anggota ke-11 ASEAN: Sejarah Baharu Asia Tenggara
- Jalan Ditutup Sempena ASEAN Summit 2025: Info Penting Untuk Pengguna Jalan Raya
 
			 
			