Doa Ketika Banjir & Hujan Lebat

Doa Ketika Banjir
Kongsi Artikel ini

Setiap kali musim monsun tiba, beberapa negeri di Malaysia termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berdepan risiko banjir kilat, hujan berterusan, serta kenaikan paras sungai. Dalam keadaan yang mencabar ini, usaha fizikal seperti berpindah awal dan mengikuti amaran rasmi amat penting. Namun, dalam masa yang sama, doa dan amalan perlindungan juga memainkan peranan besar dalam memberi ketenangan dan memohon keselamatan daripada Allah SWT.

Artikel ini menghimpunkan doa ketika banjir, doa ketika hujan lebat, serta amalan perlindungan yang disarankan oleh para ulama berdasarkan hadis dan doa yang sahih.

Senarai Doa Ketika Musibah Banjir

1. Doa ketika hujan lebat & Banjir

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا ، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالظِّرَابِ ، وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ ، وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

“Allahumma hawalaina wala ‘alaina. Allahumma ‘alal akami wa adhirabi, wa buthunil auwdiyati, wamanabitisyajari.”

Artinya: Ya Allah turunkan hujan ini di sekitar kami jangan di atas kami. Ya Allah curahkanlah hujan ini di atas bukit-bukit, di hutan-hutan lebat, di gunung-gunung kecil, di lembah-lembah, dan tempat-tempat tumbuhnya pepohonan. (HR Bukhari Muslim)

2. Doa Ketika Hujan disertai petir

اللَّهُمَّ لاَ تَقْتُلْنَا بِغَضَبِكَ وَلاَ تُهْلِكْنَا بِعَذَابِكَ وَعَافِنَا قَبْلَ ذَلِكَ

Allahumma la taqtulna bi-ghadobika, wa-la tuhlikna bi-’adhabika, wa-’afina qabla dhalik

Artinya: Ya Allah, jangan bunuh kami dengan murka-Mu, dan jangan hancurkan kami dengan hukuman-Mu, dan maafkan kami sebelum itu. (H.R. At-Tirmizi)

Amalan dan Langkah Praktikal Semasa Banjir

Selain doa, langkah praktikal mestilah diutamakan demi keselamatan:

  • Ikuti amaran JPS, MetMalaysia dan NADMA.
  • Sediakan beg kecemasan (dokumen penting, ubat, lampu suluh).
  • Elakkan melalui kawasan arus deras.
  • Pastikan suis elektrik ditutup jika air mula memasuki rumah.
  • Pindah awal ke PPS jika diarahkan.

Menggabungkan usaha fizikal + doa adalah formula terbaik dalam Islam untuk menghadapi sebarang musibah.

Penutup

Musim hujan dan banjir bukan sekadar fenomena alam, tetapi juga ujian yang mengingatkan kita tentang kebergantungan kepada Allah SWT. Dengan mengamalkan doa ketika banjir, doa ketika hujan lebat, serta mengambil langkah keselamatan sewajarnya, kita bukan sahaja melindungi diri dan keluarga tetapi juga memupuk ketenangan jiwa dalam menghadapi musibah.

Semoga setiap doa yang kita panjatkan menjadi sebab Allah turunkan perlindungan dan rahmat-Nya kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di kawasan berisiko banjir.

Jika korang rasa artikel ni bermanfaat, simpan & kongsikan di media sosial Projek Travel supaya lebih ramai dapat manfaat.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *