Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC); Wajib Isi Bermula 1 Mei 2025

Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC)
Kongsi Artikel ini

Bermula 1 Mei 2025, semua pelancong asing yang ingin memasuki Thailand melalui udara, darat, atau laut diwajibkan untuk mengisi Kad Ketibaan Digital Thailand (Thailand Digital Arrival Card – TDAC) secara dalam talian. Inisiatif ini menggantikan borang kertas TM6 yang sebelum ini digunakan di pintu masuk negara tersebut.

Langkah ini diambil oleh kerajaan Thailand sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan negara itu sebagai destinasi pelancongan pintar dan memodenkan sistem imigresen mereka. TDAC juga bertujuan untuk mempercepatkan proses kemasukan dan meningkatkan keselamatan di pintu masuk antarabangsa.

Apa Itu TDAC?

Thailand Digital Arrival Card (TDAC) ialah sistem pendaftaran ketibaan digital yang memerlukan pelancong untuk mengisi maklumat peribadi, butiran pasport, jadual perjalanan, alamat penginapan di Thailand, dan status kesihatan. Borang ini mesti diisi dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan. Setelah dihantar, pelancong akan menerima pengesahan dalam bentuk kod QR yang perlu ditunjukkan kepada pegawai imigresen semasa ketibaan di Thailand. (Sumber: Tourism Thailand)

Cara Isi Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC)

1. Layari laman rasmi TDAC: tdac.immigration.go.th

2. Pilih bahasa – sistem menyokong Bahasa Inggeris, Cina, Korea, Rusia dan Jepun

2. Lengkapkan borang TDAC dengan maklumat yang tepat

  • Butiran pasport
  • Maklumat penerbangan atau perjalanan
  • Tempoh penginapan
  • Alamat penginapan di Thailand
  • Status kesihatan

3. Simpan dan cetak atau simpan secara digital kod QR yang diterima selepas pendaftaran.

Perkara Penting

  • TDAC bukan visa; ia adalah borang ketibaan digital yang wajib diisi oleh semua pelancong asing, termasuk mereka yang dikecualikan visa.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk mengisi TDAC.
  • Sistem TDAC menyokong lima bahasa: Inggeris, Cina, Korea, Rusia, dan Jepun.

(Sumber: Kedutaan Amerika di Thailand)

Kenapa TDAC Penting untuk Pelancong?

Dengan pelaksanaan TDAC, pelancong boleh menjimatkan masa ketika pemeriksaan imigresen. Ia juga mengurangkan keperluan penggunaan borang kertas dan menyokong inisiatif travel hijau dan efisien. Langkah ini turut membantu pihak berkuasa dalam pemantauan pelancong dari aspek keselamatan dan kesihatan.

Thailand juga menjangkakan peningkatan ketibaan pelancong serantau termasuk dari Malaysia, terutamanya melalui pintu sempadan di Padang Besar, Bukit Kayu Hitam, dan Rantau Panjang. Oleh itu, sistem TDAC sangat relevan untuk pelancong dari Malaysia yang ingin ke Thailand secara jalan darat atau udara.

Tips Untuk Pelancong Malaysia

  • Pastikan anda isi TDAC dalam tempoh 72 jam sebelum sampai ke Thailand
  • Simpan QR code dalam bentuk digital & cetakan sebagai langkah berjaga-jaga
  • Gunakan maklumat penginapan sebenar dan rancang jadual perjalanan sebelum isi borang
Artikel Berkaitan : Waktu Operasi Sempadan Malaysia-Thailand (2025): Jam Buka dan Tutup Pintu Utama

Kesimpulannya, perubahan ke arah Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC) ini menandakan usaha serius kerajaan Thailand ke arah pelancongan yang lebih selamat, lancar dan mesra digital. Pelancong kini perlu lebih bersedia dan maklum tentang perubahan ini agar tidak berdepan masalah di pintu masuk negara jiran popular ini.

Sama ada anda bercuti di Hatyai, Bangkok, Chiang Mai atau Krabi — pastikan anda lengkapkan TDAC sebelum berlepas!

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan yang merancang ke Thailand! Simpan info penting ini, dan follow Projek Travel untuk lebih banyak panduan & tips travel terkini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *