Kenapa Travel Insurance Penting? Ini Sebab Korang Perlu Ambil!

Kongsi Artikel ini

Kenapa Travel Insurance Penting. Perancangan perjalanan yang baik melibatkan lebih daripada sekadar membuat tempahan tiket pengangkutan, penginapan dan memilih destinasi yang menarik. Satu elemen penting yang sering diabaikan ialah mempunyai insurans perjalanan (travel insurance). Walaupun ia kelihatan seperti kos tambahan, faedah insurans perjalanan jauh lebih besar daripada kos yang ditanggung.

Travel Insurance

Travel insurance atau insurans perjalanan adalah satu perlindungan yang melindungi korang semasa dalam perjalanan – sama ada untuk trip dalam negara ataupun ke luar negara. Ia cover macam-macam risiko.

Setiap perancangan yang kita buat bukan semua akan dilalui dengan yang baik-baik sahaja, tetapi kadangkala peristiwa yang tidak dijangka boleh mengubah segala-galanya. Inilah sebabnya mengapa mempunyai insurans perjalanan adalah langkah bijak bagi sesiapa yang merancang untuk meneroka destinasi baharu.

Kepentingan Insurans Perjalanan

Artikel ini akan membincangkan kepentingan insurans perjalanan secara terperinci dan memahami betapa pentingnya ia dalam menyediakan perlindungan menyeluruh semasa berada di luar negara khususnya.

Perlindungan Perubatan Antarabangsa

Satu kejadian kecemasan perubatan boleh mengakibatkan beban kewangan yang besar, terutamanya jika di luar negara. Insurans perjalanan menyediakan perlindungan perubatan yang melibatkan kos rawatan hospital, pemulihan perubatan dan pemindahan kecemasan. Ini memberikan kepastian bahawa korang boleh mendapatkan bantuan perubatan tanpa merasa terbeban dari segi kewangan.

Pembatalan Atau Cutback

Dalam keadaan di mana perjalanan perlu dibatalkan atau cutback, insurans perjalanan menyediakan perlindungan untuk kos yang telah dibayar. Ini termasuk tiket penerbangan, penginapan dan aktiviti lain yang mungkin telah dibayar terlebih dahulu. Dengan insurans perjalanan, korang boleh mendapat pampasan yang mencukupi.

Kelewatan atau Kehilangan Bagasi

Tidak ada yang lebih menjengkelkan daripada kehilangan bagasi semasa melancong. Travel insurance memberikan perlindungan terhadap kehilangan atau kelewatan bagasi, memberi korang kebebasan untuk mendapatkan ganti rugi atau bantuan kewangan yang diperlukan untuk memperoleh barang-barang penting semasa menunggu bagasi tiba.

Perlindungan Liabiliti dan Undang-undang Awam

Insurans perjalanan menyediakan perlindungan terhadap liabiliti awam, yang boleh menjadi penting dalam situasi yang melibatkan pihak ketiga. Di samping itu, dia boleh membantu menampung kos guaman jika terdapat keperluan untuk perundangan dalam kes tertentu.

Krisis Darurat dan Penghantaran Balik

Dalam darurat atau krisis, insurans perjalanan menyediakan perkhidmatan penghantaran pulang. Ini membolehkan korang pulang ke negara asal korang dengan selamat jika timbul keadaan yang memerlukan pemulangan segera.

Pemulangan Jenazah ke Negara Asal

Walaupun kurang diingini untuk difikir dan dibahaskan, insurans perjalanan juga boleh menampung kos pengangkutan jenazah ke negara asal sekiranya berlaku kematian (نعوذ بالله من ذلك). Ini meringankan beban dan ketenangan fikiran kepada keluarga dan orang tersayang.

Bila Patut Beli Travel Insurance?

Secepat mungkin lepas confirm tiket atau booking penginapan. Lagi awal korang ambil, lagi cepat perlindungan bermula – especially kalau ada perubahan plan last minute.

Tips Pilih Travel Insurance

  • Pastikan perlindungan perubatan mencukupi (minima RM100,000 ke atas untuk luar negara).
  • Semak pampasan untuk flight delay/bagasi.
  • Pilih pelan yang cover aktiviti lasak kalau perlu.
  • Pastikan ia cover Covid-19, kalau masih ada negara perlukan bukti.

Dengan kelebihan insurans perjalanan yang melibatkan aspek kesihatan, kesihatan dan kewangan, adalah bijak untuk melengkapkan perjalanan korang dengan perlindungan yang sewajarnya. Jangan biarkan risiko menjejaskan pengalaman perjalanan korang.

Artikel Menarik : Maksud Nombor Kod Pada MyKad Malaysia

Pastikan korang memilih insurans perjalanan yang sesuai dengan keperluan dan rancangan perjalanan korang. Dengan itu, korang boleh menjalani perjalanan dengan tenang, mengetahui bahawa korang dilindungi setiap langkah dan masa.

Kongsi artikel berkenaan Kenapa Travel Insurance Penting?, jika korang rasa artikel ni bermanfaat.

2 thoughts on “Kenapa Travel Insurance Penting? Ini Sebab Korang Perlu Ambil!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *