Cara Isi Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) Secara Online

Cara Isi Malaysia Digital Arrival Card
Kongsi Artikel ini

Apa Itu Malaysia Digital Arrival Card (MDAC)?

Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) merupakan satu keperluan wajib bagi setiap pelancong yang ingin memasuki Malaysia. Berkuatkuasa pada 1 Januari 2024, semua pengembara perlu mengisi MDAC sebelum mereka tiba di Malaysia, kecuali bagi kategori yang diberikan pengecualian.

MDAC berfungsi sebagai dokumen pra-kemasukan untuk mempercepatkan proses imigresen serta memastikan kawalan keselamatan yang lebih sistematik.

Siapa yang Wajib Mengisi MDAC Malaysia?

Ia melibatkan semua pengembara yang bukan dalam kategori pengecualian perlu mengisi MDAC sebelum memasuki Malaysia. Ini termasuk:

  • Pelancong asing yang melancong ke Malaysia
  • Pemegang visa yang sah
  • Individu yang memasuki Malaysia atas urusan perniagaan atau peribadi

Senarai Kategori Pengecualian MDAC 2024

Berdasarkan pengumuman rasmi Jabatan Imigresen Malaysia, berikut merupakan senarai individu yang tidak perlu mengisi MDAC:

  1. Warganegara Singapura
  2. Pemegang Pasport Diplomatik dan Rasmi
  3. Pemastautin Tetap Malaysia dan Pemegang Pas Jangka Panjang Malaysia
  4. Pemegang Sijil Pengenalan Biasa Brunei (GCI)
  5. Pemegang Brunei Malaysia Frequent Traveller Facility
  6. Pemegang Pas Sempadan Thailand
  7. Pemegang Pas Lintas Batas (PLB) Indonesia

Sekiranya anda tidak termasuk dalam senarai pengecualian di atas, anda perlu mengisi MDAC sebelum memasuki Malaysia.

Cara Mudah Daftar Malaysia Arrival Card Secara Online

MDAC boleh diisi secara atas talian melalui pautan rasmi berikut:

🔗 Malaysia Digital Arrival Card (MDAC)

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mengisi MDAC:

  1. Layari laman rasmi MDAC di imigresen-online.imi.gov.my
  2. Isi butiran peribadi dan maklumat perjalanan dengan tepat.
  3. Semak semula maklumat sebelum menghantar borang.
  4. Hantar borang sekurang-kurangnya 3 hari sebelum perjalanan ke Malaysia.
  5. Simpan salinan digital atau cetakan MDAC untuk rujukan semasa ketibaan di imigresen Malaysia.

Syarat Kemasukan ke Malaysia

Selain mengisi MDAC, pelancong juga perlu memenuhi syarat-syarat berikut sebelum memasuki Malaysia:

🔗 Syarat Kemasukan Ke Malaysia

  1. Mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah
  2. Mempunyai visa (jika diperlukan mengikut kewarganegaraan)
  3. Mempunyai tiket perjalanan pulang atau tiket ke destinasi seterusnya
  4. Bukti kewangan yang mencukupi sepanjang tempoh lawatan

Apa Berlaku Jika Tidak Mengisi MDAC?

Individu yang gagal mengisi MDAC sebelum tiba di Malaysia mungkin akan menghadapi kelewatan dalam pemeriksaan imigresen atau berisiko ditolak masuk ke Malaysia sekiranya tidak memenuhi keperluan imigresen yang ditetapkan. Oleh itu, pastikan anda melengkapkan borang MDAC sebelum perjalanan bagi mengelakkan sebarang masalah.

Kesimpulan

Pelaksanaan Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) adalah langkah penting oleh Jabatan Imigresen Malaysia untuk memperkemas kawalan masuk pelancong dan meningkatkan keselamatan negara. Oleh itu, pastikan anda mengisi MDAC sebelum memasuki Malaysia untuk mengelakkan sebarang kesulitan semasa pemeriksaan imigresen.

📌 Isi borang MDAC di sini:
🔗 Malaysia Digital Arrival Card (MDAC)

Semoga dengan adanya panduan ini, ia dapat membantu anda merancang perjalanan ke Malaysia dengan lebih lancar!

Artikel Berkaitan : Apa Itu i-KAD? Dokumen Penting Untuk Pekerja Asing di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *