Platform Online Terbaik Jana Pendapatan Sampingan di Malaysia | Dalam era digital yang serba pantas ini, semakin ramai rakyat Malaysia mencari cara untuk menjana pendapatan sampingan dari rumah. Sama ada untuk menampung kos sara hidup, menyimpan untuk tabung percutian atau sekadar menambah pendapatan bulanan; platform online kini membuka peluang yang luas dan fleksibel.
Artikel ini akan mengupas 10 platform online paling berkesan dan popular di Malaysia tahun 2025 untuk menjana pendapatan sampingan secara konsisten.
Senarai Platform Online Terbaik Jana Pendapatan Sampingan di Malaysia
Shopee & Lazada – Jualan Produk Fizikal
Shopee dan Lazada merupakan platform e-dagang popular di Malaysia untuk menjual produk fizikal, sama ada buatan tangan seperti kraftangan dan makanan ringan, atau barangan borong seperti pakaian, aksesori dan gajet.
Anda boleh membuka kedai digital dengan mudah, urus inventori, tetapkan harga, tawar promosi dan terima bayaran secara automatik. Sistem logistik mereka juga memudahkan penghantaran terus kepada pelanggan.
Dengan menyertai kempen seperti 9.9 Sale atau Double 12, anda berpeluang tarik lebih ramai pembeli. Jika diurus dengan baik, platform ini boleh menjadi sumber pendapatan sampingan yang stabil.
TikTok Shop – Jualan Secara Live & Konten
TikTok Shop menggabungkan elemen hiburan dan e-dagang melalui video pendek dan siaran langsung. Ia membolehkan peniaga mempamerkan produk sambil berinteraksi terus dengan pelanggan; menjadikan proses jual beli lebih menarik dan meyakinkan.
Peniaga juga boleh hasilkan konten seperti tutorial, ulasan produk, atau video trend untuk promosi organik. Platform ini sangat sesuai untuk mereka yang selesa di depan kamera dan ingin menjana pendapatan melalui pemasaran berasaskan komuniti.
Dengan capaian algoritma TikTok yang tinggi, peluang untuk menarik pembeli dan menjana pendapatan sampingan di sini memang besar.
Fiverr & Upwork – Freelancing Kemahiran Profesional
Fiverr dan Upwork ialah platform freelancing global yang sesuai untuk individu dengan kemahiran seperti penulisan, rekaan grafik, terjemahan, pemasaran digital, pembangunan web, dan banyak lagi.
Di Fiverr, anda tawarkan servis dalam bentuk gig, manakala di Upwork, anda membida projek daripada klien. Kedua-duanya memberi peluang untuk bekerja dengan klien antarabangsa dan menjana pendapatan dalam mata wang asing seperti USD.
Anda boleh menetapkan kadar bayaran sendiri, pilih projek ikut minat dan waktu, serta bina profil profesional untuk jangka panjang. Sangat sesuai untuk mereka yang mahu bekerja secara fleksibel dari rumah dan menjana pendapatan sampingan — atau membina kerjaya sepenuh masa dalam dunia freelancing.
Involve Asia, Tiktok Affiliate & Shopee Affiliate – Affiliate Marketing
Affiliate marketing ialah cara mudah dan fleksibel untuk menjana pendapatan sampingan secara online, terutamanya bagi yang aktif di media sosial, blog atau YouTube. Melalui platform seperti Involve Asia, TikTok Affiliate, dan Shopee Affiliate, anda boleh memperoleh komisen hanya dengan berkongsi pautan produk atau servis.
Tiada keperluan untuk simpan stok atau urus penghantaran. Tugas utama anda hanyalah promosi pautan khas melalui video, ulasan produk, atau perkongsian di Facebook, Instagram, dan TikTok.
Setiap pembelian melalui pautan anda akan menjana komisen. Contohnya, Involve Asia menyokong jenama besar seperti Lazada dan Agoda, manakala TikTok Affiliate memberi peluang jana pendapatan terus dari video dan live.
Sesuai untuk mereka yang suka berkongsi dan ada pengaruh digital; dengan strategi konten yang betul, anda boleh bina pendapatan pasif yang konsisten.
YouTube, Facebook, TikTok & Instagram – Kandungan Media Sosial
Platform seperti YouTube, TikTok, Instagram dan Facebook menawarkan peluang menjana pendapatan sampingan melalui penciptaan kandungan kreatif. Sesiapa sahaja boleh menjadi pencipta kandungan asalkan ada idea menarik, konsisten dan faham kehendak audiens.
Antara sumber pendapatan termasuklah program monetisasi seperti YouTube AdSense, Facebook Reels Bonus, TikTok Creator Fund, serta video berbayar dan sesi live. Anda juga boleh jana pendapatan melalui kerjasama jenama, affiliate marketing, serta menjual produk atau servis sendiri.
Facebook kekal relevan dalam kalangan pengguna lebih matang, sesuai untuk bina komuniti, live selling, dan perkongsian konten bermaklumat.
Dengan strategi konten dan pemahaman algoritma, media sosial boleh menjadi sumber pendapatan yang stabil; sama ada sepenuh masa atau sambilan.
Setel, Touch ‘n Go eWallet – Program Rujukan
Aplikasi kewangan dan gaya hidup digital seperti Setel (Petronas) dan Touch ‘n Go eWallet turut menyediakan peluang menjana pendapatan sampingan melalui program rujukan (referral program). Melalui program ini, pengguna boleh berkongsi kod rujukan unik mereka kepada rakan atau keluarga. Apabila pengguna baru mendaftar dan memenuhi syarat tertentu; seperti membuat transaksi minimum, anda akan menerima ganjaran tunai atau kredit eWallet secara automatik.
Contohnya, Setel menawarkan ganjaran tunai selepas pengguna baharu yang dirujuk menggunakan kod anda dan membuat pembelian bahan api atau barangan di Kedai Mesra. Manakala Touch ‘n Go eWallet pula kerap menjalankan kempen ganjaran berkala di mana anda boleh memperoleh pulangan tunai, baucar, atau mata ganjaran apabila rujukan anda aktif menggunakan aplikasi.
Gunakan Setel sebagai teman setia korang di jalan raya. Daftar Setel dengan kod rujukan kami dan terima ganjaran RM7 selepas korang belanjakan RM30 untuk isian minyak, Deliver2Me, atau di Kedai Mesra.
Kod rujukan : kt2dw
https://www.setel.com/ref/kt2dw
Kelebihan utama program ini ialah anda tidak perlu menjual apa-apa. Anda hanya perlu berkongsi manfaat aplikasi tersebut dan galakkan orang sekeliling mencubanya. Program rujukan ini sesuai untuk yang aktif di media sosial atau ada ramai kenalan. Anda boleh jana pendapatan pasif secara konsisten hanya dengan satu pautan atau kod.
Airbnb & Agoda Homes – Sewa Kediaman
Jika anda ada bilik kosong, rumah kedua atau homestay, gunakan Airbnb atau Agoda Homes untuk sewakan kepada pelancong; jangka pendek atau panjang. Ini boleh jadi sumber pendapatan pasif setiap bulan.
Anda mempunyai kawalan penuh ke atas harga, tarikh, dan peraturan rumah, sama ada menyewa satu bilik atau keseluruhan unit. Ulasan dari tetamu turut membantu meningkatkan reputasi dan kepercayaan.
Lokasi strategik seperti berhampiran tempat pelancongan, universiti atau hospital sering mendapat permintaan tinggi. Dengan pengurusan yang baik, platform ini boleh menjadi sumber pendapatan tambahan yang stabil atau bahkan sumber utama.
Carousell & Mudah.my – Jual Barang Terpakai
Carousell dan Mudah.my ialah platform jual beli dalam talian yang sesuai untuk menjual barangan terpakai, lebihan stok atau barangan preloved. Sama ada pakaian, gajet, perabot, buku atau koleksi hobi ; semuanya boleh dijual dengan mudah.
Kelebihan utama ialah proses iklan yang percuma dan mesra pengguna. Carousell lebih popular dalam kalangan anak muda di bandar. Mudah.my pula lebih luas jangkauannya, termasuk barangan besar seperti motosikal dan peralatan rumah.
Sesuai untuk mereka yang ingin ‘declutter’ rumah atau menjana pendapatan kecil-kecilan tanpa perlu membuka kedai. Harga yang munasabah dan gambar yang jelas mampu menarik pembeli dan menjana pendapatan sampingan dengan mudah.
Luno, MIDF Invest, Bursa Anywhere – Pelaburan Digital
Platform seperti Luno, MIDF Invest, dan Bursa Anywhere memudahkan orang ramai mula melabur tanpa modal besar atau pengalaman profesional. Anda boleh melabur dalam saham, unit amanah, ETF atau mata wang kripto dengan hanya menggunakan aplikasi di telefon.
Contohnya, Luno fokus pada kripto seperti Bitcoin, MIDF Invest pada pelaburan patuh syariah serendah USD 100, manakala Bursa Anywhere memudahkan urusan akaun CDS dan saham tempatan.
Walaupun mudah, pelaburan tetap perlukan ilmu dan kesedaran risiko. Dengan perancangan yang bijak, ia boleh menjadi sumber pendapatan jangka panjang yang stabil.
Shutterstock, EyeEm, Adobe Stock – Jual Gambar Digital
Jika anda minat fotografi, sama ada secara profesional atau sekadar hobi, anda boleh menjana pendapatan pasif dengan menjual gambar di platform stok seperti Shutterstock, EyeEm, dan Adobe Stock. Platform ini digunakan oleh syarikat, pereka dan pencipta kandungan global yang mencari gambar berkualiti untuk kegunaan komersial.
Anda hanya perlu mendaftar sebagai penyumbang, memuat naik gambar, dan menambah tajuk serta kata kunci yang sesuai. Setiap kali gambar anda dimuat turun, anda akan menerima royalti atau komisen.
Gambar yang laris termasuk foto bertema gaya hidup, perniagaan, makanan, budaya tempatan dan alam semula jadi. Dengan strategi yang betul, koleksi gambar anda boleh menjadi sumber pendapatan jangka panjang yang bekerja untuk anda tanpa henti.
Kini, rakyat Malaysia boleh jana pendapatan sampingan dengan lebih mudah dan fleksibel melalui pelbagai platform online; tanpa perlukan modal besar. Kuncinya adalah konsisten, berilmu dan tahu saluran yang sesuai dengan minat serta kemahiran anda.
Save dan share artikel Senarai Platform Online Terbaik Jana Pendapatan Sampingan di Malaysia ini untuk rujukan korang atau rakan-rakan yang tengah cari peluang jana pendapatan online! Follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak inspirasi dan panduan digital dari kami.
- Kota Bharu Diiktiraf Smart City Early Adopter 2025: Langkah Besar Menuju Bandar Raya Pintar Islam
- Ferrari Build & Race di Legoland Malaysia: Tarikan Baharu Interaktif Pertama di Asia!
- Macao Trip: Panduan Mesra Muslim
- Timor-Leste Kini Anggota ke-11 ASEAN: Sejarah Baharu Asia Tenggara
- Jalan Ditutup Sempena ASEAN Summit 2025: Info Penting Untuk Pengguna Jalan Raya
 
			 
			