Pok Loh Milo Tunggeng: Warung Nostalgia Zaman 90-an Wajib Singgah di Kota Bharu

Pok loh milo tunggeng
Kongsi Artikel ini

Kalau korang berada di Kota Bharu, dan tercari-cari tempat sarapan pagi yang lain dari yang lain, Pok Loh Milo Tunggeng adalah antara warung yang wajib korang singgah! Warung ni bukan sekadar tempat makan, tapi turut membawa vibe penuh nostalgia, seolah-olah kembali ke zaman 90-an.

Warung ‘Keda Pati’ Dengan Sentuhan Klasik

Pok Loh Milo Tunggeng sebenarnya bukan nama asing dalam kalangan penduduk setempat. Warung ini dibina daripada kayu, dengan bentuk yang unik seakan sarang burung merpati, dan sebab tu jugalah orang Kelantan panggilnya sebagai “Keda Pati“.

Suasana warung sangat santai dan klasik – dari binaan kayu, susun atur meja lama, sampai ke gaya layanan tuan kedai. Memang buat korang rasa macam balik kampung!

Milo Tunggeng Jadi Tarikan Utama

Nama “Milo Tunggeng” berasal daripada cara penyediaan minuman Milo di sini, di mana serbuk Milo dituang terus dari tin tanpa menggunakan sudu, menghasilkan minuman yang pekat dan kaya rasa. Minuman ini menjadi pilihan utama pelanggan yang datang untuk menikmati sarapan pagi yang berbeza daripada kebiasaan.

@projektravel

📍#PokLohMiloTunggeng . Lokasi sarapan pagi popular di #KotaBharu . Vibe dia lain macam boss. Buat air milo dalam tin susu, Tunggeng milo tok pala sudu. #MakanLokal #Breakfast #KelantanViral #KedaPati

♬ Wau Bulan – ProjekTravel

Kalau korang penggemar air Milo, ini antara Milo paling ikonik di Kelantan yang wajib korang cuba!

Menu Sarapan Tradisional Kelantan

Pok Loh Milo Tunggeng

Selain Milo Tunggeng, warung ini juga menawarkan pelbagai pilihan sarapan tradisional Kelantan seperti:

  • Nasi berlauk
  • Nasi dagang
  • Nasi tumpang
  • Nasi lemak
  • Roti bakar
  • Telur separuh masak (menu wajib!)
  • Aneka kuih-muih tradisional Kelantan seperti akok, tepung pelita, jala emas, dan banyak lagi

Semua sudah tersedia dan korang hanya tunggu pilih je — memang puas hati!

Lokasi & Waktu Operasi

Warung Pok Loh Milo Tunggeng terletak di belakang Hotel Perdana, Kota Bharu, sangat mudah diakses. Korang boleh terus search atau Waze: “Pok Loh Milo Tunggeng” dan terus jumpa. Lokasinya yang strategik di pusat bandar Kota Bharu memudahkan pengunjung untuk singgah, sama ada untuk sarapan pagi atau minum petang.

Waktu operasi:

Setiap hari (kecuali Jumaat), dari jam 6:30 pagi hingga 4:00 petang. Tapi, kalau nak elak ramai orang, datang awal!

Kenapa Korang Kena Cuba?

  • Milo pekat viral dengan gaya ‘tunggeng’ yang rare
  • Sarapan tradisional Kelantan yang asli dan sedap
  • Suasana kampung & vibe warung kayu 90-an
  • Lokasi strategik tengah bandar Kota Bharu
  • Harga murah & berpatutan

Pok Loh Milo Tunggeng bukan sekadar tempat makan, tapi juga lokasi yang membawa korang menyelami suasana warung klasik penuh kenangan. Kalau korang tengah cuti-cuti Malaysia di Kelantan, rugi kalau tak singgah. Selain kenyang, korang akan balik dengan senyuman dan cerita menarik untuk dikongsi.

Artikel Berkaitan : Senarai Tempat Makan Menarik di Kota Bharu, Kelantan 2025

Kongsi artikel ini di media sosial korang, supaya lebih ramai tahu tempat makan best di Kelantan. Selamat menjelajah dan selamat bersarapan di Kota Bharu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *