Resepi Apam Nasi Gebu | Apam nasi merupakan salah satu kuih tradisional Melayu yang semakin digemari ramai, bukan sahaja kerana rasanya yang lembut dan manis, tetapi juga kerana teksturnya yang gebu serta mudah disediakan. Dengan menggunakan lebihan nasi putih, apam nasi bukan sahaja sedap, malah menjimatkan dan sesuai sebagai pencuci mulut atau hidangan minum petang.
Dalam artikel ini, kami kongsikan resepi lengkap, langkah demi langkah serta tips untuk menghasilkan apam nasi yang gebu dan tidak berbau yis.
Bahan-bahan
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 cawan tepung beras
- 2 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar yis kering
- 1 cawan gula (boleh lebihkan jika suka manis)
- 2 cawan air
- Sedikit garam
- Pewarna makanan (pilihan)
- Kelapa parut putih + sedikit garam (gaul rata untuk hiasan)
*Sukatan cawan metrik atau cawan kopi
Cara Penyediaan Apam Nasi Gebu
- Kisar bahan asas
Masukkan nasi sejuk, air dan gula ke dalam pengisar. Kisar hingga benar-benar halus. - Sediakan adunan kering
Dalam mangkuk besar, satukan tepung beras, tepung gandum, yis dan garam. - Gabungkan bahan kisar
Tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam mangkuk berisi tepung. Gaul hingga sebati. - Rahatkan adunan
Tutup mangkuk dan peram selama 1 hingga 2 jam, atau sehingga adunan kelihatan ringan dan mengembang. - Sediakan acuan
Gunakan acuan kecil atau loyang. Boleh sapu sedikit minyak untuk elakkan kuih melekat, atau guna acuan tidak melekat. - Pewarna (jika suka)
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna pilihan. Kacau rata setiap bahagian. - Tuang dan kukus
Panaskan pengukus terlebih dahulu.
Sapu sedikit minyak pada acuan kecil atau loyang. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disediakan.
Bila air mendidih, susun acuan dalam pengukus dan kukus selama 20–25 minit. Pastikan penutup pengukus dibalut dengan kain supaya wap tidak jatuh ke atas apam.
Nota penting: Gunakan api besar dan jangan buka penutup pengukus sepanjang proses mengukus untuk memastikan apam naik mekar dan gebu.
Cara Hidangan
Angkat dan biarkan apam sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Kombinasi rasa manis apam dan lemak masin kelapa sangat seimbang dan menyelerakan.
Artikel Berkaitan : Resipi Agar-Agar Santan Pandan: Sedap, Lemak dan Wangi
Apam nasi gebu bukan sahaja enak, malah boleh disediakan dengan bahan asas yang mudah dan kos rendah. Ia sesuai dijadikan kudapan keluarga, sajian berbuka puasa mahupun menu minum petang. Cubalah resepi ini di rumah dan rasai sendiri keenakan kuih tradisional yang kekal relevan sepanjang zaman.
Save dan share artikel ini jika korang rasa resepi ni bermanfaat untuk dicuba bersama keluarga. Jangan lupa follow media sosial Projek Travel untuk lebih banyak resepi dan kisah menarik tentang warisan kulinari tempatan!
One thought on “Resepi Apam Nasi Gebu: Mudah & Wajib Cuba di Rumah”