Senarai Title & Gelaran Profesional di Malaysia dan Cara Memperolehnya

Senarai Title & Gelaran Profesional di Malaysia
Kongsi Artikel ini

Senarai Title & Gelaran Profesional di Malaysia. Di Malaysia, selain daripada Gelaran Kehormatan, terdapat pelbagai gelaran profesional lain yang digunakan sebagai pengiktirafan terhadap kelayakan dan kepakaran seseorang dalam bidang tertentu. Antara gelaran yang paling biasa kita dengar termasuklah Dr, Ir, Ts, dan Ar. Namun, tahukah korang apa maksud sebenar di sebalik setiap gelaran ini?

Dalam dunia akademik, kejuruteraan, seni bina, teknologi dan banyak lagi, gelaran seperti ini bukan sekadar hiasan nama. Ia menunjukkan tahap pendidikan, pendaftaran profesional, serta pengiktirafan rasmi oleh badan-badan berautoriti.

Dalam artikel ini, kami senaraikan semua title dan gelaran profesional di Malaysia berserta penerangan ringkas dan bagaimana korang boleh mencapainya.

Senarai Title Profesional dan Cara Memperolehnya

Dr. (Doktor)

Cara diperoleh:

  • Perubatan: Diberikan kepada mereka yang tamat pengajian perubatan seperti MBBS atau MD.
  • PhD: Mereka yang habis pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang akademik seperti sains, pendidikan, ekonomi dan lain-lain.

Nota: Bukan semua Dr. adalah doktor perubatan ya!

Ir. (Professional Engineer)

Cara diperoleh:

  • Miliki Ijazah Kejuruteraan dari institusi yang diiktiraf.
  • Berdaftar dengan Board of Engineers Malaysia (BEM).
  • Lalui latihan sekurang-kurangnya 3 tahun dan lulus Professional Assessment Examination (PAE).

Nota: Ir. hanya boleh digunakan oleh jurutera yang berdaftar penuh.

Ar. (Arkitek Berdaftar)

Cara diperoleh:

  • Tamatkan Ijazah Sarjana Muda Senibina dan Ijazah Sarjana (Part II).
  • Lalui latihan praktikal dan lulus LAM Part III.
  • Berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (LAM).

Ts. (Professional Technologist)

Cara diperoleh:

  • Graduan bidang teknologi seperti IT, teknologi makanan, teknologi automotif.
  • Berdaftar dengan Malaysia Board of Technologists (MBOT).
  • Lulus proses penilaian dan latihan.

Sr. (Surveyor)

Cara diperoleh:

  • Graduan bidang ukur tanah, ukur bahan, ukur bangunan.
  • Lakukan latihan profesional dan berdaftar dengan Lembaga Juruukur Malaysia.
  • Biasanya perlu lulus ujian profesional.

Prof. (Profesor)

Cara diperoleh:

  • Gelaran akademik tertinggi di universiti.
  • Kenaikan pangkat berdasarkan pengalaman, penerbitan, penyelidikan dan sumbangan akademik.

Assoc. Prof. / Prof. Madya

Cara diperoleh:

  • Peringkat sebelum menjadi Profesor penuh.
  • Berdasarkan pengalaman mengajar, penerbitan ilmiah dan penyelidikan.

Haji / Hajah

Cara diperoleh:

  • Dengan menunaikan ibadah haji di Mekah.

Nota: Bukan gelaran rasmi, tapi sangat dihormati dalam masyarakat Muslim.

Dengan adanya senarai Title & Gelaran Profesional di Malaysia dalam artikel ini, kini anda lebih jelas mengenai maksud dan cara untuk memperoleh setiap gelaran profesional dan kehormatan. Semoga artikel ini dapat membantu menghilangkan kekeliruan ketika melihat gelaran yang digunakan oleh seseorang.

Artikel Berkaitan : Senarai Gelaran Kehormatan di Malaysia; Penerangan Setiap Pangkat dan Gelaran

Bagi mereka yang sedang melanjutkan pelajaran atau berkhidmat dalam bidang profesional, tidak mustahil gelaran ini akan menjadi milik korang suatu hari nanti. Semoga dipermudah kami doakan yang terbaik untuk korang!

3 thoughts on “Senarai Title & Gelaran Profesional di Malaysia dan Cara Memperolehnya

  1. Di chow kit road ada banyak dr dr jual obat tepi jalan dan ramqinir dikalangan mat mat rempit-mereka bukan setakat ubahsuai malah rekabentok motosikal yg jauh lebih advance dari pengeluau asal sampai polis trafik yg accident ketika kejau mereka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *